Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2020

You Can Call Me Monster

Assalamualaikum, Sempena meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 yang akan berlangsung bermula 27 Mac 2020 hingga 5 April 2020. Jadi mula bulan Mac mendatang ni, Ai akan cuba untuk kongsi seberapa banyak ulasan buku yang telah dibaca untuk perkongsian rakan-rakan. Kita patut berbangga sebab Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia 2020  dengan slogan "KL Baca - Caring Through Reading" oleh UNESCO. Wow sesuatu yang hebat untuk dibanggakan. Seperti yang dinyatakan dalam berita harian ini: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/475757/kuala-lumpur-dinobat-kota-buku-dunia-2020 Ok jom kita baca ulasan novel yang diberi tajuk "You Can Call Me Monster" karya Aein Dhiyauddin terbitan karnaDya Publication. Bukan novel inggeris tau, tapi novel melayu. Novel ini merupakan karya ketiga penulis, sebelum ini Aein pernah menulis karya yang bertajuk Hero Jelita dan Izinkan Aku mencintai Dia. Novel You Can Call Me Monster berkisar menge

~ SEINDAH 7 WARNA PELANGI ~

Assalamualaikum, Fuhh..fuhh..Fuhh 2 tahun lebih bersawang blog ni rupanya. Kesiannya. Skill nak menulis pun dah berkarat. Lebih banyak menulis di FB ntah sapa yang baca agaknya kan. Tak apalah jom mulakan semula apa yang ditinggalkan. Harap masih boleh menulis dan ada yang sudi yang baca. Minggu ni rakyat masih kepeningan dengan politik negara, macam-macam drama yang ada. Rakyat marhein macam kita ni nak cakap banyak pun bukan boleh, terikat dengan pelbagai akta dan undang-undang. Jadi, kita berdoa yang terbaik buat negara. Untuk book review yang pertama di tahun 2020 ni, Ai nak share novel Seindah 7 Warna Pelangi karya E-man Sufi terbitan Penulisan 2u. Yang telah diadaptasi ke drama di slot akasia Tv3 pukul 7mlm. Novel yang dikeluarkan pada Mac 2019 lalu. Kira cepat juga novel ni dibuat adaptasi. Novel ni dah lama beli dah, tahun lepas lagi dan dah habis khatam pun. Mula-mula lepas tengok drama, google di wattpad E-man Sufi. Baca sampai bab 17, lepastu tergerak hati nak tengok