Skip to main content

Posts

Showing posts from 2015

Pasar Malam Terpanjang di Malaysia - Setia Alam

Pernah pergi pasar malam? Mesti pernah kan?  Tapi pernah pergi pasar malam terpanjang di Malaysia? Yang telah masuk book of record? Terletak di Setia Alam, panjangnya dekat 1.5km Tapi kebanyakan gerai dan menu jualan dimonopoli oleh peniaga cina (ini memang kawasan cina, ada juga peniaga melayu) Yg menarik terdapat pelbagai jualan makanan cina yang menarik dan rare yang susah nak dapat...bagi penggemar cina yg suka makanan tepi jalan boleh cuba datang ke Setia Alam setiap sabtu bermula jam 5 petang hingga 9mlm untuk menikmati pelbagai menu yg lazat  *walau tak makan tp tgk menu mereka sangat mengujakan - mmg ada jual makanan yg berasaskan daging khinzir Apa. Balik ranggup abang ni jual bermula dari RM1.50 - RM2 ikut jenis intinya, apam balik biasa ada yg inti pulut hitam, penah cuba? Ramai pembeli cina yg gemar tau...

Royal Belum - Selusuri Kehidupan Alam

Salam Jumaat lepas berpeluang pergi Belum RainForest Resort - ok duk kat hutan tepi jalan. Perjalanan ambil masa 5jam dari putrajaya ke sini. Keluar/exit tol kuala kangsar tuju ke gerik - jalan ni pun adalah jalan untuk ke pantai timur - orang2 utara mesti familiar.  Lokasi Belum  Terletak 41Km selepas pekan gerik - jalan menyelusuri banjaran titiwangsa jadi sedikit bercerun dan sempit (macam lalu kat area danau kalau di Padang tu)  Tapi lebuhraya ini dipanggil lebuhraya timur - barat . Jalan mmg x ada lampu, keliling hutan (nasihat utk yg tak biasa sila datang waktu siang)  Awas - kawasan hutan ni masih ada binatang yg menghuni ya seperti gajah, rimau, dan binatang2 lain, jd hati2 ketika memandu & mulut jangan cabul ya                    Tu curam tu... Belum rainforest resort ni terletak di tepi jambatan yang merentas tasik buatan manusia - tasik banding. Kedalaman tasik ni cecah 300m ya..        Pemandangan dari atas jambatan  Harga pakej bermula dari RM150 (basic room x ada tv y

Menjamu Selera di Aroma Ikan Bakar Jeram

Salam, Alhamdulillah cuti hujung diminggu dimanfaatkan dengan day trip bersama suami di sekitar selangor. Sabtu lepas berpeluang ke Kuala Selangor, tapi disebabkan jerebu tak la melawat tempat2 bersejarah & pelancongan, cuma pergi jjcm jelah.. Jom kita ke Aroma Ikan Bakar yang terletak di tepi pantai - nak pergi lalu jalan   Pantai jeram, nanti sebelum pantai ada selekoh kiri belok, sebab kalu terus ke pantai mmg ada 1 kedai ikan bakar, tp kami pergi yg ni dia di selekoh dan belakang sikit dari yg tepi pantai tu...lagi meriah dan seronok, terletak di tepi pantai juga, tp jerebu mmg x cantik le Nak dtg berkumpulan kena buat tempahan. Kalu ikutkan mmg boleh muat 1k org tp orang mmg ramai, nasib datang awal... Siap ada gerai jual mainan kanak2 bersiaplah ibubapa dgn duit ye..😊           Ootd tudung by Nur Amirah II Menu - semua bermula dari rM5 ke atas sekilo, ikan fresh2, pepapan RM25/paket. Harga termasuk bermasak... Nak jd cerita duit bawa x byk, makan pula ambil 2 ekor ketam, 1 p

The Chaiwalla Banting

Salam.. Hari ni hari Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). Destinasi kami ke Banting - nak ke pasar kampuchea beli sosej sedap tu. Nasib baik gerai belum tutup dapatla beli 10 cucuk yg di bakar dan 30 biji yg blum dibakar. Cadang nak bawa balik kluang nanti, sebab adik bongsu tempoh hari dah bertanya pasal sosej ni (baik tak akak dia ni 😊)  Sosej yang sedang di bakar, makan panas2 dengan rasa jus nya amat menyelerakan...nyummm  Kemudian kami teruskan perjalanan, disekitar pekan banting. Selalu tu lalu je, hari ni kami selusuri bangunan2 kedai yang ada. Dah membangun sangat2...kedai2 makan ala hipster pun dah byk.. Kami terjumpa kafe ni Macam menarik je kan, jadi disinilah kami menjamu selera tengahari ni  

11 Zulhijjah 1435H - Perginya Seorang Sahabat

Assalamualaikum,  Petang maghrib semalam menerima berita dukacita pemergian seorang sahabat seperjuangan - sama2 lantikan tahun 2/2008, beliau terlibat dalam kemalangan di Ayer Hitam Kedah. Kejadian berpunca disebabkan kenderaan yg dipandu suami Allahyarhammah dilanggar oleh sebuah bas di persimpangan ke kedai ibu mertuanya, setelah dilanggar dari belakang oleh bas, kereta yang dinaiki berpusing dan menongkah arus mengakibatkan keretanya dilanggar pula oleh dua buah kereta yang lain dan sebuah motosikal berkuasa tingggi.  Allahyarhammah yang duduk dibahagian belakang dan memangku anak sulungnya, dipercayai meninggal di hospital akibat pendarahan dan kecederaan dalaman.  Selain beliau, turut menjadi korban kemalangan tersebut adalah penunggang motosikal berkuasa tinggi.  Al-fatihah untuk Allahyarhammah Nor haslinda binti Hashim - moga rohmu dicucuri rahmat Allah & ditempatkan di kalangan orang yang solehin. 

Felinna Boutique - Butik Terbaru di Bangi Sentral

Assalamualaikum, Ahad lepas berkesempatan menerjah ke butik kepunyaan Puan Nadia Felinna @ Kak Fel & suami En. Rafi'e Ramli  di bangi sentral bersempena dengan pembukaan cawangan yang pertama di lembah klang selepas 2 buah butik di Kedah.  Fuh memang fenomena sungguh event pada hari tersebut. Mana taknya Kak Fel telah bermurah hati menaja 300 helai jubah percuma sempena pembukaan butiknya itu, mahu tidak orang beratur dari subuh hari untuk mendapatkan angka giliran masing2... Harga jubah juga dijual RM99 sahaja untuk semua jubah keluaran mereka. Mahu tak berebut!!!      Tu yang beratur, yang x beratur lagi ni sedang menunggu giliran Ai sempatla singgah pada seblah pagi sebab menghantar pavlova untuk pagi tu     Pavlova yang menjadi santapan krew butik tempoh hari  En. Rafi'e juga memaklumkan pihak beliau telah menyediakan sejumlah 10K dengan 15 jenis rekaan yang ada.  Ai sempat la sambar 2 helai cardigan masa sesi lawatan para media & blogger tempoh hari pada sebelah pe

Felinna Boutique Grand Opening

Salam... Hari ni ai kena pakai 2 topi  Pagi tadi topi penaja lol Petang topi media gitu... Sekadar teaser untuk hari ni Cerita penuh nanti ye Tapi Bangi Sentral ni dah macam pesta tau, banyak butik buat sale & opening 

Grand Opening Butik Werda

Salam... Tik tok tik tok  Aishh beberapa jam je lagi uols perasmian butik tudung muslimah jenama Werda nak dilancarkan... Ai pula nebes ni..tu yg tdo lg... Insya Allah esok juga merupakan penampilan sulung or baby sulung giteww untuk Pav's Lover Bakery Dessert Table...fuhhh berpeluh n nebesss kite tau... Tadi singgah sambil2 tengok BFF suami ai pasang khemah - Izzicanopy - uikss cantik uolss terasa2 arabian night (tu blum siap 100% masa kite jengah td) kalu dah siap esok fuhh mesti meletops cantek..banyak dah retis2 yg ambil khemah dari izzicanopy tu..gi le jengah instagram mereka.  Jangan lupa temujanji dgn Werda mula jam 9 pagi tau - ada 200 goodies bag menanti uols... Oppss lupa lokasi kat Bangi Sental le 😆 😊

Karnival Hari Perpaduan Peringkat Putrajaya - Gubahan Buah

Kedai Botol Doorgift Murah

Salam, Tercari-cari pembekal botol kaca murah? Terjah la ke Quality Pack -  Kedai tersebut terletak di Jalan Kelang Lama menghala ke Puchong. Memang murah dan berbaloi untuk mereka yang ingin berniaga. Ai dah terjah. Oh ya penghantaran boleh dilakukan bagi pembelian melebihi RM2ribu ke atas. Tempahan boleh dibuat melalui website mereka  http://qp.com.my

Karnival Sempena Minggu Perpaduan Peringkat Putrajaya - Chef Cilik

Salam, Semalam pelbagai aktiviti telah diadakan bertempat di Padang Putsal Presint 18 sempena menyambut dan meraikan minggu perpaduan peringkat Putrajaya. Ai kena uruskan 4 perkara dibawah program Jiran Wanita Putrajaya.  Ni antara aktiviti yang dianjurkan - pertandingan Chef cilik bagi kanak- kanak berumur 8-12 tahun...  Adik - adik ini memulakan dekorasi di atas cupcake yang telah disediakan  wajah-wajah tak sabar anak-anak itu mendeko cupcake  Eh jangan kata lelaki tak pandai deco ya, tengok adik kita ni  Bahang Merdeka & Hari Malaysia yang masih dirasai dapat dilihat pada dekorasi Chef cilik kita  Antara hasil dekorasi para pemenang...