Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Bila Kena Hentak Meja

Assalamualaikum, Rindu nak menaip!! Semalam dah miss satu hari menaip, ni curi masa rehat sekejap menaip. What a stress day begin today. Huhuhuhuuu... Ai ni dari kecil berangan nak jadi pegawai psikologi/kaunseling penah bercita-cita sebab macam best kot jadi pendengar masalah orang dan kemudian kaunselingkan mereka dengan perkara-perkara baik saja. Hahahaha kelakar kan? Tapi perancangan Allah hebat dan lagi baik rasanya, sebab Ai ni bukan ditakdirkan untuk jadi sebegitu rupa, sendiri pun banyak masalah oii ada hati nak kaunselingkan orang hahahaha. Tapi disebabkan tugas dan tanggungjawab, jadi peranan dalam kerja sekarang ni ada la sikit sebanyak sebaagai pegawai kaunseling tak bertauliah, ye lah mana nak handle staff-staff bermasalah jadi kenalah tau latarbelakang di dulu baru boleh buat tindakan. :) Nak jadi cerita hari ni, waktu masuk kerja tadi pagi dah panggil sorang staff ni yang boleh dikira ada masalah attitude. Tapi dia ni kalau kena dengan cara dan layanan dia ok je

Kegembiraan Yang Hilang

Assalamualaikum, Tengah buat apa tu? Mesti tengah berehat-rehat di hujung minggu kan :) Ai dah mula kerja hari ni. Hampir setahun bertukar arah dan angin, tapi masih tak boleh nak hadam lagi otak ni bila bab pertukaran waktu kerja. Body clock masih set hari isnin hari mula kerja. Huhuhuhu.. Mana taknya selama membina kerjaya ni, Ai kerja di kota metropolitan sana, hampir 11 tahun membesar dengan cara dan gaya hidup di sana. Bila berubah angin ni, susah sangat nak hadamnya. Entahlah. Jiwa meronta-ronta nak balik ke kota sesak itu..Uwaaa. Sampaikan rasa tak seronok nak kerja. Banyak perkara yang tak dapat buat, yang ditinggalkan sebab tempat ni tak sama langsung dengan cara sana. Baik dari segi keperluan prasarana - duduk di kota metropolitan nun semua dihujung jari dan memudahkan terutamanya bagi suami yang guna kerusi roda. Dekat sini kekangan sangat tinggi untuk suami bergerak guna kerusi roda sampaikan Ai sendiri tak ada mood nak bawa suami berjalan-jalan hujung minggu ke mana