Tanggal 7 Mac 2023 jam 3.30 pagi, suami yang tercinta telah pergi menemui Pencipta Abadi di Zon Merah Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom Kluang Johor. Perginya tanpa ku jangka dalam keadaan mengejut, walau aku tahu derita sakitnya yang sekian lama memungkinkan perginya tanpa dijangka.
Aku bawa dia ke Hospital berpunca dari dia demam, dan dia masih keadaan ok saja, aku cuma bayangkan yang aku hanya membawanya untuk mendapatkan rawatan dan bukannya membawa balik jasadnya tanpa nyawa. Tapi sudah ketentuan Ilahi, ajalnya telah tiba. Airmata aku tidak sederas air hujan bilamana dirinya aku redha akan perginya. Sungguh aku tidak menangis beriya, sekadar mengalir tanda sedih sahaja.
Jasadnya aku kebumikan di Kampung Melayu Kluang, di kampung halamanku.
Kini hampir 11 bulan tanpanya di sisi, aku masih tidak betah. Masakan tidak hampir 20 tahun bersama, dia sentiasa disisi menemani saat suka dan duka bersama, ketawa dan air mata, susah dan senang. Janggal yang aku rasa cuba aku adaptasikannya. Tapi adakala air mata jadi peneman setia.
Abang,
Terima kasih untuk 20 tahun yang manis dan indah. Terima kasih atas semua kenangan yang telah kita cipta. Terima kasih mengajar aku erti dewasa dan menjadikan aku seperti hari ini.
#tungguakudipintusyurga
Comments