Skip to main content

You Can Call Me Monster


Assalamualaikum,

Sempena meraikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2020 yang akan berlangsung bermula 27 Mac 2020 hingga 5 April 2020. Jadi mula bulan Mac mendatang ni, Ai akan cuba untuk kongsi seberapa banyak ulasan buku yang telah dibaca untuk perkongsian rakan-rakan. Kita patut berbangga sebab Kuala Lumpur telah diiktiraf sebagai Kota Buku Dunia 2020  dengan slogan "KL Baca - Caring Through Reading" oleh UNESCO. Wow sesuatu yang hebat untuk dibanggakan. Seperti yang dinyatakan dalam berita harian ini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/475757/kuala-lumpur-dinobat-kota-buku-dunia-2020



Ok jom kita baca ulasan novel yang diberi tajuk "You Can Call Me Monster" karya Aein Dhiyauddin terbitan karnaDya Publication. Bukan novel inggeris tau, tapi novel melayu. Novel ini merupakan karya ketiga penulis, sebelum ini Aein pernah menulis karya yang bertajuk Hero Jelita dan Izinkan Aku mencintai Dia.

Novel You Can Call Me Monster berkisar mengenai Najla Atiqah - gadis pelik yang boleh nampak hantu. Gara-gara kebolehannya yang satu itu, dia sering terpekik, jerit dan marah-marah seorang diri kerana sikapnya itu dia digelar Monster. Sehingga tiada yang ingin mendekatinya kerana menyangkakan dia gila melainkan Sufian dan Hana yang masih sudi berkawan dengannya.
Atiqah juga bersifat seperti lelaki walaupun bertudung. Dia lebih suka memakai kemeja dan berseluar berbanding baju kurung, blouse atau skirt.

Hidupnya sebatang kara setelah nenek yang dikasihi meninggal dunia. Atikah bekerja di stesen minyak dan mengambil upah membuat kuih bagi menyara hidupnya dan melunaskan hutang tanah yang telah dipajak oleh bapa saudaranya. Atikah tidak pernah mendapat kasih sayang daripada Ayahnya, Tuan Akmal kerana lelaki itu telah menceraikan ibunya ketika Atikah 4 bulan dalam kandungan dan tidak pernah menganggap Atikah sebagai anak kandungnya. Setelah Atikah lahir, ibunya menyerahkan Atikah kepada neneknya untuk dijaga dan menghilangkan diri. Hidup dan membesar Atikah hanya menumpang kasih sayang neneknya sahaja.

Nur Hasnul Hisham - lelaki yang kematian isteri dan anaknya kerana tumpah darah. Duda yang telah mati jiwa akibat tidak boleh menerima kenyataan akan kehilangan orang yang tersayang itu tega membiarkan kehidupannya hampir musnah. Dia tidak menghiraukan situasi sekeliling dan mengabaikan kehidupannya. Tidak bekerja dan mengurus diri. Gelagatnya itu menggusarkan hati ibunya Puan Aida.

Pertemuan di antara Hasnul dan Atikah bukanlah sesuaut yang manis untuk dikenang. Pertemuan pertama di kafe sangat menjengkelkan bagi Hasnul apabila gadis itu datang ke mejanya dan memakan kek dan air yang dipesan selain menjerit di telinganya. Namun perbuatan Atikah itu tidak pula ada keinginan untuk Hasnul membalasnya. Malah dia merasa gerun dengan gadis itu yang sesuka hati menengkingnya dengan alasan ada hantu disebelahnya.

Disebabkan tidak ingin melihat anak tunggal yang dikasihi terus larut dalam duka dan risau akan situasi anaknya yang dikatakan 'didampingi' hantu arwah menantunya. Puan Aida mendesak Hasnul untuk menerima Atikah sebagai pengganti. Walaupun hakikatnya Puan Aida amat tidak menyukai gadis itu, asalkan anaknya kembali pulih, Puan Aida sanggup menerimanya.

Bermulalah sebuah perkahwinan tanpa rela antara Hasnul dan Atikah, sungguhpun tidak rela tetapi Hasnul menerima kehadiran Atikah. Atikah yang mengahwini Hasnul dengan niat untuk memulihkannya semula dan telah menanamkan dalam dirinya bahawa perkahwinannya tidak akan lama - bila Hasnul kembali sembuh, dia akan dilepaskan. Dia menjalankan tanggungjawab kepada Hasnul dengan menyediakan makan minum dan mengemas rumah. Namun tiada hubungan intim antara mereka kerana Hasnul masih tidak dapat menerima hakikat kematian isterinya.
Kedegilan dan kegilaan Atikah adakalanya menjadikan Hasnul penasaran dan terpaksa akur dengan arahannya. Sehinggakan akhirnya dia disedarkan yang hidup tidak akan kembali.

Bagaimanakah pengakhiran perkahwinan mereka dengan kemunculan Sarina, adik arwah Sofea yang mirip akan wajah arwah bersama wasiat tidak masuk akal arwah kakaknya. Berjayakah Atikah dengna misi untuk memulihkan Hasnul? Korang kena beli tau.





Comments

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Selamat Datang Anak-Anak Suamiku

Salam... Emm me x pernah buat review drama kan, ni 1st time me buat. Drama tu mmg menarik, kisah isteri tua yang dianiaya oleh madunya (Lakonan Rita Rudaini, Nor Khiriah)...perebutan kuasa yang tak nampak secara nyata, bilamana kematian suami menyebabkan isteri muda (Nor Khiriah) datang bersama dengan anak-anaknya hani dan hana. Kehadiran keduanya disambut dengan tenang oleh Maya, tapi dalam kelembutan dan kebaikan yang ditunjukkannya itu rupanya diambil kesempatan oleh madu dan juga adik Maya (Lakonan Fizz Fairuz), mereka berpakat untuk merampas semua harta suami Maya yang sememangnya kaya-raya, pelbagai cara dan tipu helah dilakukan yang akhirnya terjerat dek perangkap Aida sendiri yang rupanya telah mengetahui tindak tanduk serta tipu helah yang dipermainkan oleh kedua-dua musuh dalam selimutnya itu. Kesimpulan cerita ni, sebenarnya Aida cuma inginkan anak-anak suaminya sahaja kerana Maya sebelum ini pernah keguguran yang akhirnya menyebabkan beliau tidak boleh mengandung la