Alhamdulillah sabtu lepas berpeluang pergi ke sebuah pembukaan butik pakaian muslimah yang makin di kenali kepunyaan En. Nizar & Pn. Hafizah iaitu Muslimahclothing.com atau MCC di Bangi sentral.
Yang bestnya ini butik ini merupakan butik pertama ai membeli jubah di kawasan yang kian pesat dihujani butik-butik muslimah yang lain. Kiranya sekarang orang area kajang/putrajayA/cyberjaya dah boleh ke Bangi sentral instead of Shah Alam...sebelum ni mmg tak pernah pergi dan bershopping di sana
Dan paling ai respek, tak ada lagi barisan panjang berjela seperti yg jadi trend sebelum ni untuk mendapatkan jubah percuma...
Yg bagusnya McC ni sediakan pass vip percuma kepada pembeli yang ingin berkunjung ke butiknya seawal 9pagi.
Ai pun yg kebetulan menemani suami warded di hospital, gigihla DM pihak admin MCC di instagram dapatkan pass vip - saja tanya kalu ada peluang dapatla kalu tak, tak apa..
Rupanya dapat uols...jadi gigihla ke Bangi sentral jam 8.50pg dah sampai dan mereka masih tengah gigih mempersiapkan persiapan terakhir..
Ok untuk yang belum tahu MCC buat promosi dari 29-31 Ogos sempena pembukaan mereka, terdapat promosi beli 2 percuma 1 bagi koleksi syawal dan potongan RM20 bagi koleksi terkini...tunggu apa lagj..pergi la terjah tau 😊😊
Psst - ai dah rembat 3 untuk size xl dan L sebab potongan besar dan dapat pula goodies bag yang ada macam2 sebab pembeli terawal..
Pn. Hafizah & En.Nizar
Antara koleksi yang ada di MCC - beli 2 percuma 1
Koleksi Keluaran terbaru mereka - potongan RM20
Antara jubah yang menambat hati dan mendera poket 😅
Terdapat blouse, palazo dan tudung untuk dipilih
Comments