Skip to main content

Hakikat Hidup

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum

Kala aku menulis ni, aku sendiri tak tahu apa yang nak diceritakan untuk dikongsi. Perjalanan seharian memang terlalu banyak perkara baru yang dilalui. Tekanan, gembira, bahagia, marah dan amarah. Semua ada kan. Korang pun mesti rasa macam tu kan. 

Hari ni aku ke Melaka, pergi ke hospital Melaka. Bukan jauh sangatkan dari Putrajaya ke Melaka. Dalam sejam 15 minit jer. Pergi Melawat Pegawai atasan aku yang admitted akibat masalah jantung. Alhamdulillah dia tak apa2 cuma doc kata denyutan jantungnya tak stabil. 

Dalam perjalanan tu, aku sempat membaca novel  Islamic Pembangun Jiwa – Tribute Buat Nenda Karya Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid. Novel tu sangat bagus untuk pengisian jiwa. Bergenang juga airmata ni membaca kisah hidupnya yang disulami dengan sirah2 nabi dan para cendiakawan serta ilmuan islam yang tak pernah aku tahu. 

Tadi ketika membaca kosmo onlie aku terpanggil untuk membaca artikel tentang ‘Dakwah Cara Fatimah dan Farhan’ aku tertarik tentang kata-katanya  - Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.

“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili. 

“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat”

Jadi bila fikir balik tentang penulisan aku kat blog ni, aku jadi takut pula  jika terdapat kata2 aku yang boleh merosakkan orang, Nauzubillah. Lantas aku terfikir yang aku perlu gunakan medium penulisan blog ini untuk ke arah kebaikan, bukan setakat sebagai diari online dan kenangan masa hadapan, tetapi juga yang boleh bermanfaat. Jadi orang yang membaca blog aku ni bukan semata-mata untuk release tension, atau mengetahui tentang cerita aku tetapi boleh mengambil sedikit pengajaran dan iktibar di dalamnya. Insya Allah.

Psst – Kalu contest cam ne ek?. Tu nak kira cam ne?

Ku petik kata-kata penyair Arab dalam novel Tribute untuk Nenda -

"Kita disibukkan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita. Sedangkan hajat bagi orang yang hidup itu tidak pernah habis-habis"

Comments

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Selamat Datang Anak-Anak Suamiku

Salam... Emm me x pernah buat review drama kan, ni 1st time me buat. Drama tu mmg menarik, kisah isteri tua yang dianiaya oleh madunya (Lakonan Rita Rudaini, Nor Khiriah)...perebutan kuasa yang tak nampak secara nyata, bilamana kematian suami menyebabkan isteri muda (Nor Khiriah) datang bersama dengan anak-anaknya hani dan hana. Kehadiran keduanya disambut dengan tenang oleh Maya, tapi dalam kelembutan dan kebaikan yang ditunjukkannya itu rupanya diambil kesempatan oleh madu dan juga adik Maya (Lakonan Fizz Fairuz), mereka berpakat untuk merampas semua harta suami Maya yang sememangnya kaya-raya, pelbagai cara dan tipu helah dilakukan yang akhirnya terjerat dek perangkap Aida sendiri yang rupanya telah mengetahui tindak tanduk serta tipu helah yang dipermainkan oleh kedua-dua musuh dalam selimutnya itu. Kesimpulan cerita ni, sebenarnya Aida cuma inginkan anak-anak suaminya sahaja kerana Maya sebelum ini pernah keguguran yang akhirnya menyebabkan beliau tidak boleh mengandung la