Skip to main content

Dia Akan Pergi,

Salam,

Lagi beberapa hari jer, dia akan pergi, pergi meninggalkan alam remaja, alam solonya. Melangkah pergi ke alam lain, yang tak pasti kedudukannya. Dengar kata orang semua indah belaka, seronok kerana dapat bersama si dia, yang haram jadi halal, yang teori jadi praktikal. Dia selalu dengar kata orang semua manis-manis belaka, semua penuh bunga-bunga bahagia. Masa bercinta kentut pun jadi wangi, yang buruk semua tersembunyi, yang buruk semua disorokki. Merajuk mcm mana berjaya juga dipujuknya.


Tapi ada yang kata perkahwinan itu ibarat perjudian, jika pandai main percaturannya, bahagia kekal selamanya, jika tidak pasti merana di tengah jalan, yang buruk akan terserlah, yang dipendam akan terkeluar, kentuk akan terbau busuknya. Bila kawin, banyak hati mahu dijaga, yang perempuan akan kena lebih dengar perintah suami (itu sudah semesti, kerana Allah dah berfirman dalam AL-Quran) jika baik percaturan suami, baik lah jadinya, jika tidak akan berat sebelah, antara lebihkan keluarga isteri atau lebihkan keluarga suami, jarang didengar pasangan yang dapat atasi masalah ini, banyak yang berat sebelah sahaja yang di dengar.
Lebih malang lagi apabila kawin rupanya suami anak emak, (tidak salah mendahulukan ibu, dalam Al-Quran dah ada, ibu itu perlu diutama) memang masalah besar jika suami tak pandai tangani. 

Tak lama lagi, dia akan pergi, pergi menjadi isteri, melangkah penuh  gembira bersama dengan si dia, keluarga bukan lagi keutamaan, perintah suami yang harus diutamakan, tinggalkan semuanya, emak,ayah, kakak, abang,adik dan saudara, (ikatan mmg tetap akan ada x akan pernah putus atau patah, cuma tak akan sama seperti sebelum berumahtangga, tak percaya? tunggu dan lihatlah)

Bila dah jadi isteri, tanggungjawab tergalas sudah, bukan mudah mcm didengar, berat dan payah, kalau sebelum berumahtangga semua boleh dibawa berbincang bersama, egonya boleh direndahkan. Tapi bila dah berumahtangga akan ego jadi keutamaan, jika tak dengar cakapnya atau melawan, dia akan mengamuk sakan. Jangan biarkan masalah rumahtangga hanya dipendam dan disimpan, kerana ia 'Ibarat Gunung Merapi, apinya sikit tapi panasnya perit, ibarat tsunami, sekali datang, musnahlah segala isi' (pepatah karang sendiri)


Tolak ansur, kesepakatan, persefahaman semua memain peranan, di awal permulaan, semuanya jadi cubaan, tapi akan bertahankan sehingga 759 hari? Itu belum pasti, usaha ikhtiar dan doa pada Ilahi. Kerana perkahwinan bukan untuk mainan, bukan  untuk melempiaskan nafsu semata-mata. Ia adalah penyatuan 2 jiwa yang berlainan jantina untuk hidup dalam harmoni, mencari keserasian. Ramai jer yang tak mengerti, kawin 2-3 hari ada yang bercerai sudah, kerana tak persefahaman, ada juga 1-2 tahun pun timbul tak ada persefahaman. Kenapa boleh terjadi sedangkan masa bercinta beriya berjanji sehidup semati, kaulah pujaan hati, tiada galang ganti. Tapi bila dah dapat semuanya semua dah tak bererti.


Dia akan pergi, pergi menjadi isteri,
Jadilah isteri yang berbudi pekerti, menjaga maruah dan aib suami, persiapkan diri seindah dan selayaknya walau dalam rumah. Jangan hanya waktu bekerja atau berjalan keluar, bila di rumah dah rupa pembantu rumah, rambut serabai pakaian terabai rupa tak dirapi bau macam-macam  bau. Ingatlah aurat itu utama, dengan saudara dan ipar duai jangan lupa dijaga, sehelai rambut = 60 tahun di akhirat sana (dosa suami yang bawa).

Dia akan pergi, pergi menjadi isteri,
Kudoakan agar bahagia mengiringi, jangan dilupa pada kami, walau renggang akan lahir juga nanti, silap kata harap dimaafi, kini tak boleh lagi kita berkongsi, kerana suami perlu ditaati, kalu dulu kita berkongsi cerita, pasal segala dan masalah bersama, kini hal rumahtangga harus dijaga, maruah dan aib jangan dibuka, jika teruk atau buruk kena pendamkan juga. (tapi  jika akan membuatkan diri menjadi separuh gila, perlu luahkan jugakan...)

Comments

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal

Selamat Datang Anak-Anak Suamiku

Salam... Emm me x pernah buat review drama kan, ni 1st time me buat. Drama tu mmg menarik, kisah isteri tua yang dianiaya oleh madunya (Lakonan Rita Rudaini, Nor Khiriah)...perebutan kuasa yang tak nampak secara nyata, bilamana kematian suami menyebabkan isteri muda (Nor Khiriah) datang bersama dengan anak-anaknya hani dan hana. Kehadiran keduanya disambut dengan tenang oleh Maya, tapi dalam kelembutan dan kebaikan yang ditunjukkannya itu rupanya diambil kesempatan oleh madu dan juga adik Maya (Lakonan Fizz Fairuz), mereka berpakat untuk merampas semua harta suami Maya yang sememangnya kaya-raya, pelbagai cara dan tipu helah dilakukan yang akhirnya terjerat dek perangkap Aida sendiri yang rupanya telah mengetahui tindak tanduk serta tipu helah yang dipermainkan oleh kedua-dua musuh dalam selimutnya itu. Kesimpulan cerita ni, sebenarnya Aida cuma inginkan anak-anak suaminya sahaja kerana Maya sebelum ini pernah keguguran yang akhirnya menyebabkan beliau tidak boleh mengandung la