Skip to main content

~ 7 Tahun Menyemai Cinta ~

Salam,

Tatkala aku mencoret n3 ni tentunya kalian sedang lena diulit intan, x apalah selamat beradu buat kalian.

7 Tahun Menyulam dan Menyemai Cinta
(Kalu n3 agak jiwang sori lah yer pada sesapa yg x berkenan n gemar n bahasa2 puitis ni)

Hari ini tanggal 13 Julai genaplah 7 tahun cintaku berputik pada si dia. (Jika kanak2 seusia ini sudah pasti telah menjejakkan kaki ke sekolah rendah) Tidak terasa begitu cepat dan pantasnya masa berlalu, terasa bagaikan baru semalam ku kenal dirimu abang. Momen-momen indah tatkala perkenalan kita masih terbayang di kornea mataku ini...

SOGO menjadi saksi pertemuan kita.. 13 Julai 2003 - Ahad, 4.30-tg
Kala itu jam telah menunjukkan pukul 4.30 petang, aku bersama geng2 Yayasan Salam sedang bertenggek di tangga Sogo, menantikan ahli baru SALAM yang belum datang untuk mengedarkan pampelets sempena Hari Sukarelawan pada minggu berikutnya. Sambil sok-sek sok sek dengan kak Gie, mataku tetiba terpandang kelibat seseorang yang sedang berjalan ke arah kami, "Ya Allah, besarnya badan brother ni" detik hatiku..sambil mencuit kak Gie disebelah. "Kak gie tgk brother tu mak ai besarnya badan" kataku bila terpandang ke arah seorang brother yang berbaju raihan warna biru gelap, badannya yang besar hampir menyerupai Kuman Ku2 membuatkan aku terkesima. Dan brother tu terus berjalan menuju ke arah kami dan berjumpa dengan Alang. "Kenalkan ni ahli baru SALAM, Didi namanya" Alang memperkenalkan Dd pada kumpulan kami yang semuanya perempuan. "Lah budak Salam rupanya" kataku dalam hati. Didi datang bersama pampelet yang ditunggu2, dapat pampelets kami pun berpecah dan membawa diri untuk mengedarkannya kepada orang ramai, aku dgn kak jie ke seberang jalan bangunan Sogo, Didi pula berada di depan Secret Recipe seorang diri.

Hampir sejam mengedarkan pampelet, tugas kami berakhir. Bila time balik Didi offer nak tumpangkan sesapa yg nak ke s.alam, chacha angkat tangan, aku pun sama (coz  time tu aku studi kat s.alam). Didi tumpangkan kami dengan kereta Waja. Kira beso lah keta tu nak memuatkan kami yg seramai 4 orang tu.
Lepas anto Alang ke pantai dalam, aku amik tpt duduk depan, Didi singgah disebuah gerai beli air 100plus dan goreng pisang. Sambil mengunyah2 makanan, mulut aku potpet2 bertanya itu ini (aku ni mmg kecoh n mcm polis pencen). Aku tanya dia keje apa, buat apa n yg x bleh lupa aku siap tanya GF dia x marah ke tumpangkan aku n chacha ni. dia kata dia x ada GF. (Wah ati aku sudah berbunga kala itu...kuakuakuaa) Dipendekkan cerita..aku dgn muka x tau malu nak tumpang dia lagi minggu depan utk program di pantai dalam. (terukkan aku ni materalistik ker?)

Bibit hubungan kami kian mekar bila aku minta tolong dia belikan aku laptop, x kiralah mcm mana janji aku dpt sebiji laptop (aku percayakan dia sebab dia ada tunjukkan nama comp. ni yg menjurus ke arah alatan komputer, sbb tu aku percayakan dia) Then 1 fine day, dia call aku kata dia dah jumpa lappy 2nd hand nak tunjuk kat aku, dia nak minta duit buat byr rege lappy tu, so time nak jumpa dia ajak aku g dinner. (Perrghh terkujat jap aku bila 1st time lelaki ajak kuar dinner) So he bring me to Kiwi Xpress kat Sek. 9 S.alam (Sekrang dah x ada dah restoran tu). Aku ni punya teruk + teruja org belanja, aku pi order makanan paling mahal tu...steak yg rege kat RM20+..dia lak makan mi udang jer..(hahahahaa teruk kan)

Esok pagi pun jumpa lagi coz dia nak serahkan lappy yg dia dah amik kat kawan dia, g kuar breakfast lak. And da stori go on...(malas lak nak ceta pepanjang ni..penat ahh n x baik pulak nak xpose lebih2 skit2 cukup arr kan, kang jd novel laak...hhihihiii)

Yang Pasti
Kesabarannya, telatahnya serta keikhlasan si dia membuatkan aku terus jatuh cinta..(mungkin pada permulaannya krn materalistik, tp lama kelamaan lebih kepada keserasian)
Kami berdua memang serasi..walau sikap kami penuh kontra, dia begitu aku begini..mcm lagu Juliana Banos dalam lagu Cinta Gila.

Penuh dgn pergaduhan, pertengkaran, pertikaman lidah, cemburu dan mcm2 lagi...huhuuhuhuuu semuanya dah di lalui dan di harungi..

Akhirnya cinta itu terpatri bila kami dinikahkan pada 26 Oktober 2008.

Si Dia pujaan hati hamba...my big little baby....

Comments

Momma Qiestina said…
wahhhhhhh lama gak korg sesama yeee?


tahniah!

moga cinta u all berkekalanke syurga.aminnn :))
asfiedaimpiana said…
tenkiuu beb...tp ni pun sering bergelora gakk..kapalnyaa blum stabil...hihihi
Kujie said…
wah... tengah kota raya tu
asfiedaimpiana said…
hahaaaa...kak gie..kena nyanyi lg sudirman tuh..'d tgh kotaraya...lalalaaa' hihihiii
Unknown said…
wow..best tu..tulah pasal mulut tu bukan boleh kondem org..kang dah tersangkut jadi cik suami..semuga berbahagia selamanya
asfiedaimpiana said…
kak ina tq..hehehe benci tp rindu...heheheheee

Popular posts from this blog

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam, Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita: 1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu. 2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami. 3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan). Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut: 1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++ 2. Tiada tolak a

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu. Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!! Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya? Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ada

Ubat Resdung

Harini nak kongsi berkenaan Nasal Spray - bagi yang menghadapi resdung (sinus) atau selsema. Ni sebab dah rasa teruk resdung sampai hidung berdengung (selalu kepala je dengung) maka dah rasa tak sedap hati. Jadi jom kita berubat (huhuhuu dah teruk baru nak berubat, jangan amalkan)? Yang ini jenis pancit @ spray ke hidung - macam spray untuk semput tu, memang agak mahal sedikit. Tetapi kalau dah mahal tu mesti keberkesanan lebih sedikit. Mana nak dapat ni? Kalau duduk putrajaya memang payah sikit nak cari farmasi yang jual. Doktor pun dah pesan cari di farmasi luar putrajaya. Jadi Ai pun pergi ke Bangi. Farmasi sebelah Gulati's Textile.  Cara pemakaian - pharmacist ajar - kalau jenis bersin atau selsema ketika pagi, pancit la waktu malam, jadi ia akan membantu mengurangkan selsema dari berlaku sebelah pagi. Jika kerap selsema sebelah petang maka pancit la sebelah pagi. Ok malam ni kita cuba dan tengok apa kesannya esok.  Yang ini Ai beli mula-mula, walaupun di kotak tulis 'nasal