Assalamualaikum, Setahun selepas entri yang terakhir bertarikh 9 Februari 2024. Cadang nak menulis dengan kerap hanya angan-angan yang tak tertunai. Teruknya kan?. 365 dah berlalu dengan pelbagai cerita yang tidak tercoret di sini. Entah kenapa malas menulis teruk sangat. Sinopsis 365 di tahun 2024 lalu; 1. Masih kekal solo - tak jumpa lagi pengganti, tak reti nak mencari dan tak tahu nak mencari hahahaha 2. Mula sambung pengajian diperingkat master sejak Oktober 2024, Alhamdulillah selesai 1 sem dah. 3. Tambah sijil dalam Certified Body Language Analyzer - dah boleh baca bahasa badan orang dah hahahaha 4. Badan masih maintain kembang...kahkahkah.. tu kot yang besar, yang kecil-kecil biasa saja..