Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2015

Menjamu Selera di Aroma Ikan Bakar Jeram

Salam, Alhamdulillah cuti hujung diminggu dimanfaatkan dengan day trip bersama suami di sekitar selangor. Sabtu lepas berpeluang ke Kuala Selangor, tapi disebabkan jerebu tak la melawat tempat2 bersejarah & pelancongan, cuma pergi jjcm jelah.. Jom kita ke Aroma Ikan Bakar yang terletak di tepi pantai - nak pergi lalu jalan   Pantai jeram, nanti sebelum pantai ada selekoh kiri belok, sebab kalu terus ke pantai mmg ada 1 kedai ikan bakar, tp kami pergi yg ni dia di selekoh dan belakang sikit dari yg tepi pantai tu...lagi meriah dan seronok, terletak di tepi pantai juga, tp jerebu mmg x cantik le Nak dtg berkumpulan kena buat tempahan. Kalu ikutkan mmg boleh muat 1k org tp orang mmg ramai, nasib datang awal... Siap ada gerai jual mainan kanak2 bersiaplah ibubapa dgn duit ye..😊           Ootd tudung by Nur Amirah II Menu - semua bermula dari rM5 ke atas sekilo, ikan fresh2, pepapan RM25/paket. Harga termasuk bermasak... Nak jd cerita duit bawa x byk, makan pula ambil 2 ekor ketam, 1 p

The Chaiwalla Banting

Salam.. Hari ni hari Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). Destinasi kami ke Banting - nak ke pasar kampuchea beli sosej sedap tu. Nasib baik gerai belum tutup dapatla beli 10 cucuk yg di bakar dan 30 biji yg blum dibakar. Cadang nak bawa balik kluang nanti, sebab adik bongsu tempoh hari dah bertanya pasal sosej ni (baik tak akak dia ni 😊)  Sosej yang sedang di bakar, makan panas2 dengan rasa jus nya amat menyelerakan...nyummm  Kemudian kami teruskan perjalanan, disekitar pekan banting. Selalu tu lalu je, hari ni kami selusuri bangunan2 kedai yang ada. Dah membangun sangat2...kedai2 makan ala hipster pun dah byk.. Kami terjumpa kafe ni Macam menarik je kan, jadi disinilah kami menjamu selera tengahari ni  

11 Zulhijjah 1435H - Perginya Seorang Sahabat

Assalamualaikum,  Petang maghrib semalam menerima berita dukacita pemergian seorang sahabat seperjuangan - sama2 lantikan tahun 2/2008, beliau terlibat dalam kemalangan di Ayer Hitam Kedah. Kejadian berpunca disebabkan kenderaan yg dipandu suami Allahyarhammah dilanggar oleh sebuah bas di persimpangan ke kedai ibu mertuanya, setelah dilanggar dari belakang oleh bas, kereta yang dinaiki berpusing dan menongkah arus mengakibatkan keretanya dilanggar pula oleh dua buah kereta yang lain dan sebuah motosikal berkuasa tingggi.  Allahyarhammah yang duduk dibahagian belakang dan memangku anak sulungnya, dipercayai meninggal di hospital akibat pendarahan dan kecederaan dalaman.  Selain beliau, turut menjadi korban kemalangan tersebut adalah penunggang motosikal berkuasa tinggi.  Al-fatihah untuk Allahyarhammah Nor haslinda binti Hashim - moga rohmu dicucuri rahmat Allah & ditempatkan di kalangan orang yang solehin. 

Felinna Boutique - Butik Terbaru di Bangi Sentral

Assalamualaikum, Ahad lepas berkesempatan menerjah ke butik kepunyaan Puan Nadia Felinna @ Kak Fel & suami En. Rafi'e Ramli  di bangi sentral bersempena dengan pembukaan cawangan yang pertama di lembah klang selepas 2 buah butik di Kedah.  Fuh memang fenomena sungguh event pada hari tersebut. Mana taknya Kak Fel telah bermurah hati menaja 300 helai jubah percuma sempena pembukaan butiknya itu, mahu tidak orang beratur dari subuh hari untuk mendapatkan angka giliran masing2... Harga jubah juga dijual RM99 sahaja untuk semua jubah keluaran mereka. Mahu tak berebut!!!      Tu yang beratur, yang x beratur lagi ni sedang menunggu giliran Ai sempatla singgah pada seblah pagi sebab menghantar pavlova untuk pagi tu     Pavlova yang menjadi santapan krew butik tempoh hari  En. Rafi'e juga memaklumkan pihak beliau telah menyediakan sejumlah 10K dengan 15 jenis rekaan yang ada.  Ai sempat la sambar 2 helai cardigan masa sesi lawatan para media & blogger tempoh hari pada sebelah pe

Felinna Boutique Grand Opening

Salam... Hari ni ai kena pakai 2 topi  Pagi tadi topi penaja lol Petang topi media gitu... Sekadar teaser untuk hari ni Cerita penuh nanti ye Tapi Bangi Sentral ni dah macam pesta tau, banyak butik buat sale & opening 

Grand Opening Butik Werda

Salam... Tik tok tik tok  Aishh beberapa jam je lagi uols perasmian butik tudung muslimah jenama Werda nak dilancarkan... Ai pula nebes ni..tu yg tdo lg... Insya Allah esok juga merupakan penampilan sulung or baby sulung giteww untuk Pav's Lover Bakery Dessert Table...fuhhh berpeluh n nebesss kite tau... Tadi singgah sambil2 tengok BFF suami ai pasang khemah - Izzicanopy - uikss cantik uolss terasa2 arabian night (tu blum siap 100% masa kite jengah td) kalu dah siap esok fuhh mesti meletops cantek..banyak dah retis2 yg ambil khemah dari izzicanopy tu..gi le jengah instagram mereka.  Jangan lupa temujanji dgn Werda mula jam 9 pagi tau - ada 200 goodies bag menanti uols... Oppss lupa lokasi kat Bangi Sental le 😆 😊

Karnival Hari Perpaduan Peringkat Putrajaya - Gubahan Buah

Kedai Botol Doorgift Murah

Salam, Tercari-cari pembekal botol kaca murah? Terjah la ke Quality Pack -  Kedai tersebut terletak di Jalan Kelang Lama menghala ke Puchong. Memang murah dan berbaloi untuk mereka yang ingin berniaga. Ai dah terjah. Oh ya penghantaran boleh dilakukan bagi pembelian melebihi RM2ribu ke atas. Tempahan boleh dibuat melalui website mereka  http://qp.com.my

Karnival Sempena Minggu Perpaduan Peringkat Putrajaya - Chef Cilik

Salam, Semalam pelbagai aktiviti telah diadakan bertempat di Padang Putsal Presint 18 sempena menyambut dan meraikan minggu perpaduan peringkat Putrajaya. Ai kena uruskan 4 perkara dibawah program Jiran Wanita Putrajaya.  Ni antara aktiviti yang dianjurkan - pertandingan Chef cilik bagi kanak- kanak berumur 8-12 tahun...  Adik - adik ini memulakan dekorasi di atas cupcake yang telah disediakan  wajah-wajah tak sabar anak-anak itu mendeko cupcake  Eh jangan kata lelaki tak pandai deco ya, tengok adik kita ni  Bahang Merdeka & Hari Malaysia yang masih dirasai dapat dilihat pada dekorasi Chef cilik kita  Antara hasil dekorasi para pemenang... 

Menerjah Seorang Felinna

Assalamualaikum  Malam tadi setelah dinner di Flamingo Cafe Bangi, ai dan suami pun ronda-ronda sekitar Bangi Sentral Area - suami nak tengok kedai/butik2 yang ada sebab tak pernah lalu (ikutkan je la). Ketika memandu tu disekitar kawasan Bangi Sentral tu - pergi laluan second row dia - kawasan tu ada butik Siti khadijah, Sarc, Restoran Tempoyak Daun Kayu. Ai bawa kereta perlahan je sambil tengok2 nama2 deretan kedai yang ada tetiba tengah2 jalan tu berdiri 1 lembaga hitam -terkejut juga, puas tenung orang ke hantu - tapi berdepan denganya lembaga  tu terang lampu kedai - jadi ai ni antara takut dan tak pandu juga. Dia toleh - wanita berpurdah - terus pk "Eh Felinna ke?" ntah nape dia yang ai teka, kereta yang ai pandu melepasi bangunan tu tapi siap toleh bangunan tu tertulis Felinna Boutique - hah betulla. Cakap dengan suami, nak patah balik n nak jumpa dia. Kereta parkir jauh sikit dari kedai dia, jalan dan beri salam dengan agak kuat supaya tak mengejutkannya

Diy - Rak Mini Dari Daiso

Salam... Saja nak share, tadi pergi daiso nampak kepingan papan alas yang comel, bila tgk pada gambar bila dicantum2 jadi rak kecil, wah semangat beli... Jom buat rak mini sendiri.. Beli 5 set jumlahnya RM26.50 (mcm mahal kot?) beli paku 1/2 inchi RM1 jumlah keseluruhan RM27.50  Masa yang diperuntukan 1/2 jam..                      Ok ini alatannya        Ini hasilnya sangat comel dan kecil          je...hurm ada projek nak guna tu yang       gigih bertukang malam2 jumaat ni 😆

Mondelez Warehouse Sales

Salam,  Pagi td terjebak ke warehouse sales ni, dtg n beratur kul 8.45pg dengan en suami tunggu dlm kereta... Mmg la tak pernah jejak Harbour Placd yg sejengkal je dari rumah mak mertua,  Tapi Ya Allah ramai nya umat n yg paling teruk tak reti beratur!!!! Setelah 2 jam Q, setelah menjerit pekik suruh beratur, ai pun balik dengan tangan kosong! Ya Tangan kosong sebab x sanggup nak hadap kerenah manusia yg tak reti beratur, bila orang marah dia marah balim tapi dah terang2 salah sendiri!!!