Monday, August 31, 2015

Salam Kemerdekaan Malaysia 58thn - Sehati Sejiwa

Salam Merdeka Malaysia ku tercinta!! 

58 tahun usiamu,
Walau jauh kau melangkah
Perkasamu kian teruji
Kekentalanmu kian diasak
Aku sekadar melihat waktu 
Adakalanya merenung sayu 
Apa kudratku untuk membantu? 
Tangan terikat mulut terkunci batinku yang menjerit maki
Walau terkurung di sini
Aku tetap meraikan
Ini tanah tumpah aku dilahirkan 
Malaysiaku
Ku doakan kau tabah
Barah yang menyerang jangan buatmu tumbang! 
Aku dan mereka sayangkanmu...
Takkan bisa kami musnahkan kemerdekaan ini untuk sebuah janji palsu



Walau di hospital, kami tetap raikannya! 

MCC Bangi Sentral Grand Opening


Salam...

Alhamdulillah sabtu lepas berpeluang pergi ke sebuah pembukaan butik pakaian muslimah yang makin di kenali kepunyaan En. Nizar & Pn. Hafizah iaitu Muslimahclothing.com atau MCC di Bangi sentral. 

Yang bestnya ini butik ini merupakan butik pertama ai membeli jubah di kawasan yang kian pesat dihujani butik-butik muslimah yang lain. Kiranya sekarang orang area kajang/putrajayA/cyberjaya dah boleh ke Bangi sentral instead of Shah Alam...sebelum ni mmg tak pernah pergi dan bershopping di sana

Dan paling ai respek, tak ada lagi barisan panjang berjela seperti yg jadi trend sebelum ni untuk mendapatkan jubah percuma...

Yg bagusnya McC ni sediakan pass vip percuma kepada pembeli yang ingin berkunjung ke butiknya seawal 9pagi. 

Ai pun yg kebetulan menemani suami warded di hospital, gigihla DM pihak admin MCC di instagram dapatkan pass vip - saja tanya kalu ada peluang dapatla kalu tak, tak apa..

Rupanya dapat uols...jadi gigihla ke Bangi sentral jam 8.50pg dah sampai dan mereka masih tengah gigih mempersiapkan persiapan terakhir..

Ok untuk yang belum tahu MCC buat promosi dari 29-31 Ogos sempena pembukaan mereka, terdapat promosi beli 2 percuma 1 bagi koleksi syawal dan potongan RM20 bagi koleksi terkini...tunggu apa lagj..pergi la terjah tau 😊😊


Psst - ai dah rembat 3 untuk size xl dan L sebab potongan besar dan dapat pula goodies bag yang ada macam2 sebab pembeli terawal..



                      Butik MCC 


              Pn. Hafizah & En.Nizar 




Antara koleksi yang ada di MCC - beli 2 percuma 1 



Koleksi Keluaran terbaru mereka - potongan RM20 


Antara jubah yang menambat hati dan mendera poket 😅

     Terdapat blouse, palazo dan tudung      untuk dipilih 


Wajah ceria + gembira pembeli dan kakitangan MCC 😊😊😊



                Seronok ye 😆😆😆










Wednesday, August 26, 2015

Nutellabrownies ke Penang

Salam, 

Nak habaq ni kot2 la ada yg teringin nak order nutellabrownies sedap murah dan lazat dr ai, meh order sekarang sehingga jam 10pg esom je tau, Insya Allah hari jumaat boleh dpt...

Wassup je 0163165209 

Size brownies 10x10" 
Harga RM45 je 


Tuesday, August 25, 2015

Selamat Hari Wanita 2015!


Salam..

Wah hari ni merupakan hari wanita untuk wanita2 di Malaysia...

Marilah kita menghargai diri kita selaku wanita, manjakan diri anda dan bebaskan diri anda dari sebarang tekanan untuk hari ini. Hari untuk anda menjadi Diva gitu 😊



Sunday, August 23, 2015

Masterchef Asia 2015 - Malaysia Tour - Part 2

Salam semua, 

Sambungan siri cerita MCA2015 Part 2 pulak. 
Ok ni antara ruang-ruang yang ada di pamerkan di Centrecourse Midvalley tempoh hari masa siri jelajah. Rugi sapa yang tak terjah.

Jam yang selalu digunakan, tengok saje pun dah boleh rasa cam debar je xD

Sebahagian dari barangbarang yang terdapat dalam pantri MCA2015 

Ambil aura MCA2015 :D

Nak juga selfie dgn Papa Joe @ Chef Joe  XD 




Saturday, August 22, 2015

MasterChef Asia 2015 - Lifetime Umumkan Tarikh Tayangan Musim Pertama (Part 1)

Salam, 

Buat julung kalinya Masterchef Asia 2015 akan mula disiarkan pada 3 September 2015 setiap Khamis jam 9malam melalui saluran Lifetime (Saluran Astro 709). 

Kita sangat beruntung kerana 3 orang 'home chefs' (chef rumah) atau peserta dari Malaysia akan turut bertanding untuk merebut gelaran Masterchef Asia Musim Pertama 2015. Masing-masing terdiri daripada Puan Jasbir Kaur (Kuching, Sarawak), Marcus Law & Sophia Zulkifli (Kuala Lumpur) 

Hari ini bertempat di Centrecourse Mid Valley KL telah diadakan acara sesi ramah mesra bersama wakil dari Malaysia dan juga para Juri yang hebat. 

Kiranya ai beruntung la dapat berjumpa dengan Audra Morrice (selalu tengok dekat saluran astro fyi739 setiap pagi uols) 

Disamping itu Lifetime juga membawakan kepada anda yang nak merasai pengalaman berada di dapur Masterchef anda masih lagi berpeluang untuk merasai debaran dan suasana di Dapur Panas Masterchef Asia 2015 kerana ianya akan dipamerkan sehingga esok 23 Ogos 2015. 

So tunggu apalagi pergi la terjah ke Midvalley 😊

    Teruja ai berada di pantri Masterchef Asia 2015






Bahagian kabinet Masterchef Asia 

Bersama Audra Morrice - Salah seorang Juri dan juga selebriti hebat ini, ambil aura sikit 

Inilah dia barisan Peserta dari Malaysia dan para juri Masterchef Asia 2015 



Friday, August 21, 2015

Jom Sertai Sesi Beramah Mesra Bersama MasterChef Asia

Tu dia... MasterChef Asia akan kembali lagi bersiaran uols, tak sabar nak tengok season kali ni punya  peserta dan masakan yang mereka akan masak.

Untuk pengetahuan semua, di Midvalley sedang berlangsung acara Jelajah MasterChef Asia yang dibawakan oleh Lifetime...di MV tu mereka telah set up kan dapur MAsterchef yang asli sepertimana yang kita tengok dalam tv tu, jadi korang boleh le merasai pengalaman ala-ala Masterchef tu, selain tu boleh jumpa juri-juri, peserta-peserta yang akan bertanding.

Jadi tunggu apa lagi? Lapangkan masa luangkan hari anda esok untuk ke Mid Valley bagi acara beramah mesra


Sesi Beramah Mesra MasterChef Asia
Tarikh    : 22 Ogos 2015, Sabtu
Masa     : Dari 12 tengahari
Tempat  : Mid Valley Megamall | Centre Court, Aras Bawah



Medifeet & Plantar Fasciitis

Sejak kebelakangan ni, ai mengalami sakit di tumit kaki sebelah kiri yang amat menyakitkan, bila dirujuk pada doktor dia kata nama penyakit ai tu Plantar Fasciitis (kalu tak silap istilahnya macam ada serbuk kaca halus dibawah tumit)

Memang nak memijak tu rasa sakit yang amat sampai boleh nangis, tp ia bukan gout sebab bukan di bahagian sendi. 

Nak jadi cerita, setelah membaca dan google di internet, terjumpa sebuah artikel dari blog ayuarjuna tentang kedai kasut Medifoot ni, jadi semalam ai dengan suami pergi terjah di HQ yang terletak di kawasan Worldwide Shah Alam. 

Medifoot sebelum ini dikenali sebagai Stepfoot (suami ai penah beli kasut diebetes dari jenama stepfoot ni dan ianya memang sangat sesuai bagi pesakit diabetes) 

Ai nyaris nak terbeli kasut jenis diabetes sebab rasanya yang selesa untuk pergerakan, tapi nasib ai baik sebab bila tanya pada manager tentang sakit kaki yang ai alami beliau mengesyorkan sandal yang sesuai untuk masalah sakit kaki ai 

Inilah sandal yang ai pakai untuk masalah yang ai alami sekarang, sangat selesa pergerakan ai dan mengurangkan kesakitan. Harga dalam RM186 (memang macam mahal tetapi yang lebih berharga adalah kesihatan 😂😂😂) 



Kalu nakkkan keterangan lanjut mengenai kasut MediFeet dan cara untuk mendapatkannya, korang bolehlah layari :-


ataupun

MediFeet HQ at : 2-3, Block 1, Ground Floor, Worldwide Business Park, 

Jalan Tinju 13/50, Section 13, 40675 Shah Alam.

ataupun hubungi di talian

Cake Birthday - Frozen & Upin Ipin


Salam

Hari ni berjaya menyiapkan kek seberat lebih kurang 3kg untuk tempahan. Kek coklat devil food cake ni ditempah oleh Pn Nik untuk anak-anaknya 

Dalam cuak nak buat tu, akhirnya jadi juga dekorasi yang simple dan comel untuk tema upin ipin dan frozen 

Harga untuk setiap kek ni RM150 je, 



Saya menerima tempahan untuk sekitar putrajaya, cyberjaya & sekitarnya.
Sesiapa berminat boleh la order dgn menghantar sms/wasssup ke 0163165209 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!