Sunday, December 21, 2014

Carboot Sales Putrajaya

Salam, 

Pagi2 ahad dah memeluhkan diri di sini. Moga dipermudahkan semuanya. Amin

Jom datang di Presint 9, Putrajaya. Berdekatan pusat kitar semula. 

Sampai pukul 12 je saya kat sini. Insya Allah 

Thursday, December 11, 2014

LIBUR!

Psstt...

Hujung2 tahun ni tekanan makin memuncak, kerja makin berlambak! Mana nak fikir hal kerja, anak2 dan liburan lagi..ye dak? 


Apa tunggu lagi kasi rembat la majalah libur 1 cam aku ni, hilang jap stress lagi teruja nak rancang cuti adala hewheww..ni edisi khas sempena ulangtahun yg ke 12..tengok la tajuk tu agak2..korang rasa nak melancong terus tak? 
Special Cover Edisi Ulangtahun Ke-12 Majalah Libur...



Kesusahan

Bismillahirrahmanirrahim

Sentap! Itu yang aku rasa, bukan kerana perbuatan orang pada aku tetapi atas kesungguhan orang dalam kelangsungan hidup.

Masa di surau Alamanda maghrib tadi, aku ternampak sorang cleaner yang sedang duduk bertinggung di tepi rak menyidai telekung, dia pandang aku dan senyum (senyumannya macam mengenali aku) aku balas senyum itu, 
Aku pun rasa macam kenal dia (macam si penjual waffle di anjung) lantas aku tegur dan dia mengiyakan. 

Aku tanya kerja ni sampai pukul berapa? Habis di kedai jam 5.30pm dalam pukul 6pm mula kerja sampainya jam 9.45pm..

Aku terdiam. Tak penatkah? Sedangkan aku punya masa berlibur lepas balik keja, dia masih lagi sambung kerja. 

Gigih! Demi sebuah kelangsungan hidup. 


   * Sepinggan nasi ini berharga RM2.50 tapi bukan di Malaysia ianya di Brunei...nasi katok 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!