Monday, December 16, 2013

UNIFI TM Yang Menghangitkan!

Salam,

Jumaat lepas bawa suami pergi ke TM Point Cyberjaya nak buat pemotongan UNIFI kami yang didaftar atas nama suami. Kronologi Cerita:

1. Suami kena admit kat hospital bulan 5 dan membawa kepada keuzuran pergerakan lepas pada itu.
2. Dalam bulan 7 - ada buat panggilan pada Cust. Service nak tanya pasal servis Unifi macam mana nak buat pemotongan - dimaklumkan kena datang ke kaunter jika nak buat pemotongan. Bagi tahu tak boleh datang kerana tidak sihat dan sukar bergerak. Akaun dah kena suspend  masa ni - cek baki yang ada masa tu RM 1000 lebih bayaran bil kami.
3. 13 Disember 2013 - dengan kekuatan yang suami ada (berkerusi roda), bawalah dia pergi TM POINT Cyberjaya nak buat pemotongan - cek baki kena bayar RM2,100 ++. kena pulangkan modem utk tidak dikenakan bayaran RM500 (jika tak pulangkan).

Yang menghangitkan dan menaikkan amarah pada hari tersebut:

1. Bila akaun yang dah kena suspend tapi masih dikenakan caj yang membawa jumlah kepada RM2,100 ++
2. Tiada tolak ansur untuk cara bayaran
3. Tiada kemudahan untuk pemotongan - kena juga PERGI KE KAUNTER KALU NAK POTONG! Masa nak suruh pasang, boleh je buat online dan pakai AGEN!
4. Menindas dan menipu pelanggan! - kenapa customer service kata kena suspend tapi sebenarnya tetap caj pelanggan? bila google tengok pada komplain orang lain, ada yang kata cust. service TM kata x ada istilah suspend...yang ada termination. Kalu betul tak suspend, nape line UNIFI kami tak boleh guna pun ketika itu? sebab kami tak jelaskan bayaran? kalu dah tak jelaskan bayaran, perkhidmatan kami dihentikan tetapi caj bulanan masih dikenakan untuk apa? Dapat duit percuma ke? Adakah begitu caranya pihak TM dapatkan duit untuk bayar bonus pada para pekerja?


Tadi pukul 3.45petang nak dapatkan penjelasan dari CS UNifi, dalam 7minit perbualan dengan Customer Service Unifi (unifi lain no, TM lain no ye. Ni no Customer Service Unifi - 1300 881 222) bercakap dengan CS bernama Hanum.

Ok i get it clear about the 'suspend account' that Unifi/TM apply - kalau 3 bulan tak bayar bil, akaun kena gantung. Masuk bulan ke 4, kalu tak bayar juga - perkhidmatan Unifi akan tetap digantung tetapi bil akan berjalan @ dicaj!. 

Wah2 senang kan syarikat2 telco / service provider cam ni buat duit ek, patutla staf memasing boleh dapat bonus 2-3 bulan.

CS tu kata, memang amalan macam tu, serupa juga dengan ASTRO.

Hurmm...berbalik pada peristiwa hari jumaat tu - memang sangat menyakitkan hati nurani di petang2 jumaat la kan.

Tapi yang membuat terfikir - masa nak daftar/pasang guna agent pun tak apa, tapi nak buat pemotongan amat sukar dan menyusahkan.


Dan yang pastinya amat2 mendukacitakan bila mereka menganiaya pelanggan dan istilah pemotongan perkhidmatan tetapi masih makan duit pelanggan dengan mengenakan bil walau pelanggan tak dapat menggunakan perkhidmatan tersebut. Agak2 apa hukumnya ek?



Thursday, December 12, 2013

Kelas Baking Kanak-Kanak ~ Pavlova & Red Velvet Cupcakes

Alhamdulillah, hari sabtu yang lalu ( 7 Disember 2013) kelas baking kanak-kanak telah berlangsung dengan jayanya...dengan penyertaan 7 orang kanak-kanak.

Terima kasih di ucapkan kepada Puan Aidawati dari Damansara, Puan Nur dari Meru dan Puan Norihan dari Salak Tinggi yang sudi menghantar anak-anak2 mereka ke kelas yang saya anjurkan. Rata-rata kanak2 tersebut amat teruja dan gembira dengan kelas yang dianjurkan. Ibu-ibu pun amat berpuas hati. Syukur.

Maklumbalas yang saya terima, kebanyakan peserta tidak sabar-sabar nak mengaplikasikan ilmu yang ada untuk dibuat dirumah. Lepas ni bolehlah hidangkan untuk keluarga pula ye murid2.. :)

Nasib juga dalam mengendalikan kelas tu saya dibantu oleh assistant Chief yang diimport dari Dengkil heheheh..Terima kasih Chebi ye, kalau tak ada...kalut juga saya nak uruskan..

*Sangat seronok tengok telatah dan gelagat anak2 murid yang hadir...terubat juga rasa hati dan sunyi...


Thursday, December 5, 2013

Kelas Baking Untuk Kids & Teenages

Salam,


Hurmm Pav's Lover Bakery  nak survey market utk kelas baking kanak-kanak atau remaja cuti sekolah ni agak2 ada yang berminat tak? Lokasinya di Putrajaya. Agak2 ada yang berminat tak?

Apa yang dipelajari?


Pakej A : RM50 / seorang, maksimum 6 orang untuk setiap sesi

1. REd velvet cupcake dengan cheese cream frosting

2. Pavlova


Pakej B - RM80 / seorang, maksimum 6 orang  untuk setiap sesi

1. Blueberi Cheese Kek

2. De'licious Cheezy Layer


Hasil yang diperolehi? 

*Input mengenai produk yang HALAL digunakan
*Tips dan teknik mengolah dan mengadun bahan
*Do & Dont's dalam membuat kek

*PElajar akan diajar secara hands on utk setiap resepi yang di ajar. Barulah ada thrill dan feel kan. 
*Boleh bawa pulang resepi yang dibuat tu utk bagi you parents and famili rasa.
*Yakin utk buat sendiri bila balik nanti dan dah boleh buat side income pula lepas ni


Bila dan di Mana? 

6 Dec 2013 - 9am - 12.30pm 
                   - 2.30pm - 6pm

7 Dec 2013 - 9am - 12.30pm

15 Dec 2013 - 2.30 - 6pm 

21 Dec 2013 - 9am - 12.30pm
                     - 2.30pm - 6pm 

28 Dec 2013 - 9am - 12.30pm
                     - 2.30pm - 6pm

*Tarikh tertakluk kepada perubahan

Lokasi - Presint 14 Putrajaya 


Kenapa perlu hadir? 

*Yuran yang murah
*Peluang dan ruang untuk anak-anak isi masa lapang dan tambah ilmu ketika musim cuti sekolah
*Bakal menjana pendapatan!


Jadi tunggu apalagi? Jika berminat sila msg/wassup ke 016-3165209 untuk tempahan, tempahan secara berkumpulan dialu-alukan. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!