Sunday, November 24, 2013

Majlis Pelancaran Buku Ulu Yam Di Liverpool


Salam,

Alhamdulillah tadi berpeluang pergi menyaksikan/memberi sokongan pada kenalan suami (yang juga bakal selebriti fofular le lepas ni ahakss) saudara Nazali Noor di majlis Pelancaran Buku Pertama Beliau yang bertajuk Ulu Yam Di Liverpool bertempat di MPH Alamanda yang dirasmikan oleh Dato' Saifudin Abdullah ( ni diehard fan Liverpool - jangan tak tau hehehehe) Mantan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Bro Nazali atau kami panggil Onn ni merupakan Bff suami masa belajar di UTM Skudai dulu, beliau sekarang merupakan tenaga pengajar di John Moores Universiti, UK. Merupakan Diehard Fan Liverpool Football Club!! (errkkk me tak minat bola huhuhu). Uols yang Liverpool Fan bolehlah dapatkan barangan Liverpool original di Branded Bargain UK - page authorized dealer untuk barangan dan cenderahati peminat Liverpool :)

Sebab suami ni Bff dia, jadi banyak gak la cerita2 dia yang me tahu. Ada antara cerita tu telahpun dinukilkan dalam buku beliau ni. Nak tau beli la...


Apa best sangat buku ni? Bak kata DAto' Saifudin tadi - buku ini ditulis dari hati jadi penyampaian dan garapan memang sangat dekat pada pembaca serta gaya penulisan beliau inilah yang dahulunya di amalkan oleh penjajah untuk menyampaikan maksud mereka kepada kita. Kiranya tulisan Bro Nazali ni kira nak 'jajah' minda kita dengan apa yang beliau rasa dan alami supaya pembaca dapat menghayati sepenuhnya oleh kita.

Buku ini diterbitkan oleh Karangkaf Publication dan berharga RM19.90 (murah je). Buku ni sangat la hot selling uolss!!! Kalu nak cari kat MPH, sebab hari tu me cari dekat Popular, tak masuk2 lagi buku ni.

Tahniah di ucapkan....semoga success selalu!! - YNWA Bro

(pic credit to Bro Nazali Fb) 



DAto' SAifudin menyampaikan ucapan 


Dato' SAifudin bertanyakan sesuatu pada Kak Ain (wife Bro Nazali)



2 sahabat bertanya kabar ;)



cenderahati dari kami - haruslah pavlova kan :)





bersama orang kuat Bro Nazali - haruslah wife dia @ Kak Ain :)

Saturday, November 23, 2013

Pavlova Buah Melimpah

Assalamualaikum,

Dalam berniaga ni macam-macam cabaran dan halangan nak kena tempuh. Tapi kita kena yakin dan percaya dengan rezeki dari Allah, betul kan? 

Berniaga makanan (tak kira apa pun) cabaran dan persaingan adakalanya menyakitkan, tetapi kena fikir positif. :)

Sama juga halnya dengan Pav's Lover Bakery- Pavlova, Red Velvet and More.
Nak kongsi la cerita - ada sorang customer ni (boleh dikira regular customer) lama dah tak order, kalu tak tiap2 bulan pasti ada, jadi baru2 ni dia pm nak order, sesaja je la tanya nape lama tak order...dia kata sis dia ada order dengan orang lain. Saya kata tak apalah, cuba dari pelbagai tempat. Tapi dia kata tak sedap (peniaga air tangannya kan lain2 hehehe) dan tak sama macam kami punya. Saya tanya kenapa? Dia kata kami punya banyak buah2an, melimpah...wah sudah bagi idea pada kami ni ...hehehee PAVLOVA BUAH MELIMPAH... hehehee

Pada customer tu..terima kasih atas your  compliment dan insya Allah kami akan terus kekal kan kualiti dan mempertingkatkannya di masa akan datang. Terima kasih kerana terus support kami. Syukur Alhamdulillah 




Sunday, November 10, 2013

Sembang Kopi Dengan Tokei Bisness Delivery Makanan

Salam,


Alhamdulillah baru lepas melayani tetamu yang diundang, walaupun baru kenal tapi rasa cam dah lama sangat kenal Kak Ana dan Abg Azam tu. Memang me yang jemput datang sebab nak bagi bekas2 container makanan yang berlambak2 kat rumah ni (itupun hasil pemberian bekas tauke Tapau Station, moga Allah memberkati beliau, Amin).

Bukan setakat nak bagi barang, tapi banyak perkongsian dan ilmu yang me dapat dari mereka berdua. SAmbil me dah sediakan kek coklat dan seteko Kopi Cap TV @ Kopi Kluang, bukan setakat tu jer. Dah nama datang rumah bakers kan, siap me tapaukan macam2 stok kek yang ada utk dibawa pulang, esok nak gerak ke Melaka, so kasi kosong itu chiller ngeh2


kilang kopi kluang yang terletak di Yap Tau Sah - sedap uols kopinya... :)


Sembang punya sembang, dari pukul 9.30pm sampailah pukul 12.30am kami berchit chat - punyalah lama kan....itu pun cam tak puas je me nak korek pengalaman yang ada pada mereka berdua. Kebetulan Abg Azam tu ex-hotelier, tekun me mendengar pengalaman beliau dari budak cuci pinggan sampai dah naik ke peringkat HOD di hotel 6 bintang tu...selalu dengar cerita orang je, ni dengar dari tuan punya badan punya pengalaman. Walhal ni baru 1st time me jumpa mereka. Kalu tak, mmg x kenal pun. Tapi mesra tu cam dah kenal lama sangat. Harapnya niat baik me nak bina ukhwah diredhai Allah, tak salah kita buat baik kat orang kan...

Cerita abg azam dia kejer as hotelier dah dekat 20++ thn dah then dia berhenti pun sebab dia nak 'cari' yg lebih membahagiakan hidup dia dan keluarga iaitu 'keberkatan' hidup. Tu yang dia berjinak2 semula dengan katering. Dia buat perniagaan delivery makanan - sekitar KLIA/Sepang/Dengkil/Putrajaya/Cyberjaya - My husband baru mula tempah dengan mereka last wednesday. ALhamdulillah makanannya pun boleh tahan sedap, rasa cam masak sendiri jer, makanannya pun mewah dengan harga yang berpatutan.  Bak kata me 'VALUE FOR MONEY, WORTH FOR TUMMY' hehehehe.. kalu uols nak order bleh la roger2 pada
Kak Ana - 017-6994059

ni la menu kami utk 2 orang hari tu - cer tengok, banyak kan. Boleh 3/4 orang makan tak pun boleh ulang utk 2 kali makan...rege pun RM12 jeeee....sedap pun sedap... tunggu apalagi order lee... :)


Moral - hidup ni penuh dengan kasih sayang, walau baru kenal tapi kalu kita yakin 'Hablum minannas' itu kerana Allah, nanti Allah pasti lorongkan ke jalan yang benar, Insya Allah


Saturday, November 9, 2013

Fabulous Food Hunt 2013

26/10/13

Assalamualaikum...


Hari ahad 3 minggu lepas, me and few  frens join food hunt sekitar kuala lumpur je. Anjuran News Strait Time dan Tourism Malaysia. Kalau orang yang pertama kali dengar macam me, mesti kata - fuuhh best tu...pertandingan Cari Makan! Haah ye la sangat, uols silap sebenarnya.

Me pun pada mulanya cam apa yang uols pk tu, mesti seronok. Tapi hakikatnya - ermmm memang best! Tapi tang makan tu, tak feel ok. Kalu korang berangan nak makan best2 n releks baik tak payah join :p hahahaha...


Tapi FFH ni memang enjoy dan tak begitu mencabar minda cam Treasure Hunt (TH) yang pernah me join 2 thn lepas - yg tu memang sakit n semput ye nak mencari klu yang dikehendaki.

FFH 2013 ni ada 9 cekpoint (CP) dan 8 soalan utk dijawab (jawapan dah ada dlm NST keluaran 26/10 tu juga)...

Masa mula2 nak set target tu ada la skit arguement dlm team, biasala kita brainstorm tgk keadaan cam mana nak bergerak dari 1 tpt ke 1 tpt, jarak pula bukan dekat2 tau, kami dilepaskan dalam pukul 11am ...so here our strategy -

1. Pantai Dalam - Makan nasi lemak - our hero aka Mr Morjhan yang ditugaskan :p
2. Bangsar - Rojak dan Cendol Abdul - me yg balun ok - makan rojak dan cendol - tgh2 hari sapa yg ta k dahaga kan hehehehe...tp maaf la me tak ada perasaan nak feel makanan tu huhuhuu
3. Central market - hazimah turn -  makan 1 set sate dan 1 nasi lemak - kesian dia..kalu tau bagi hero kami yang bedal hahahaah
4. Cheras - makan set nasi dengan ayam kampung - belakang veledrom - katanya famos tpt ni - ni CT punya turn
5. Wangsa Maju - kedai mamak - NZ - makan 2 keping roti canai dan 1 gelas teh tarik - hero punya task
6. Wangsa Maju - Kopitiam - roti bakar dan 1 kopi - CT punya task
7. Kg Baru - Mee kari ketam - me punya task
8. Kg Baru - Syazana pau - 2 biji pau - hazimah punya task
9. CP akhir - Hotel Pan Pacific (eerrkk rasanya dah tukar nama kan kekekeke) - makan yong tau fu, ice cream kacang sebatang n 1 tin 100plus - hero punya last task

DAn....kami dapat no 15 daripada 150 grup, ALhamdulillah. Cam tak  caya je utk beginner cam kami ni...hehehehehe.....hope tahun depan bleh join lagi!!! weeee

Fyi - juara FFH2013 adalah team yg dpt no 5 thn lepas katanya, difahamkan mereka mula agak lambat dari yg lain2 tapi mereka bleh siapkan semua task dalam lebih kurang 2 jam je...pergghh cayalah Daud..selain menang RM mereka dapat flight tiket ke Australia tuuu.....mmg mantopp.. :D












Antara aksi-aksi yang sempat dirakamkan.... :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!