Thursday, June 6, 2013

Mei Penuh Tragedi, Permulaan Jun Penuh Ujian

Assalamualaikum,


Subhanallah, lama sungguh bersepah dan berhabuk ruang maya ni. Terima kasih pada yang sudi terjah juga yer. 


Lama sgt menyepi, entahlah tangan ni macam tidak tahu untuk menaip apa, walhal idea ada saja yang mencurah2..kalu boleh nak ada mesin yg boleh terjemah terus apa yang ada di otak masuk kat blog mesti best kan :) 

Hmm…Bulan Mei penuh dgn cabaran, bermula lepas PRU13, pada tanggal 9 Mei 2013 - 27 Mei 2013 hampir 21 hari berkampung di Hospital Putrajaya. Allah sahaja yang tahu rasa hati ini. Mana taknya en. suami admitted di sana gara-gara infeksi pada tapak kaki. Mula2 ingatkan kena gout, tapi Allah nak tunjukkan kuasaNya, lepas me bagi salam pada ketika solat maghrib, terpandang akan tapak kaki suami, tengok kuning. Hati dah tak sedap dan ambil gambaar tunjuk kat dia. SAmbil tu dah siap2kan barang2 yang perlu utk dibawa ke hospital kerana pastinya suami akan dimasukkan ke wad. Dah la mmg ada kencing manis, CKD pula tu…jadi utk menjadi penghuni hospital tu dah pasti. 

Dalam wad selama 21 hari tu, me la yg teman saban malam, masa awal2 admit tu ambil cuti juga dekat 5 hari, lepas tu kena kerja, so dalam pukul 7pg lepas uruskan suami, balik rumah siap2 pergi kerja. Petang lepas maghrib datang untuk tidur dan teman dia. Begitula rutin selama hampir 21 hari. PEnat? Alhamdulillah tidak penat mana.

Pengalaman - banyak sangat2…tentang kesabaran, kesyukuran, redha dan tabah. Byk juga me belajar tentang terms medikal dan sgt membantu. 


Alhamdulillah 27 Mei 2013 suami dibenarkan keluar. Tapi malangnya selang 3 hari lepas tu, me pula yang admitted akibat jangkitan pada paru2….kerana tiada siapa yang nak tlg bawa pergi hospital, me sendiri yang telefon ambulan (siap request tu - saya nak medical team bawa nabilizer dan ubat lega dada - apa igt cam ceta 999 kat USA tu ker? kirim salam je la yer hahahahahaa). Pertama kali dalam hidup naik ambulan ok…

Bajet sekadar ambil nab je…rupa2nya kena admit juga, tragis sungguh. Dah la datang sorang2 x ada yang teman mmg menangis la juga masa tu…sedih sgt2…

Diam tak diam dekat 4 hari juga lah admit akibat jangkitan pada paru2 dan discaj pada ahad haritu. Tp walau dah discaj, keadaan masih x berapa pulih. Batuk x henti2 (kat hospital x batuk mana pun, dah balik yang batuk teruk…melepek kat rumah adik 2 hari. Kebetulan famili dari kg datang dan tinggal kat umah adik, so ambil peluang duk sana la..en suami mil yang jagakan) 



ni la tapak kaki en suami yang telah dikorek…pada yang geli jangan tengok ok...


Saat2 en suami terlantar dan dibenarkan keluar dari wad…Syukur...


masa dalam ambulan, sempat snap sendiri ok


masa tengah ambil nab…kat Emergency….huhuhuu

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!