Monday, April 23, 2012

Pau Durian

Salam,

Nampak sangat sedap, dan memang sedap yer. Mula2 tu macam x konfiden je nak makan sebab macam eeiiyarkk..hahahaha tapi bila makan sekali, perghh mmg nak makan lagi.

Makanan ni ala2 pau, tapi sangat lembut kulit luar tu yer, dalam nyer ada whip cream dan isi durian yang yummy delicious tau.

Ni bukan beli, orang bagi atau kata lain nya ngecek pada orang heheheeh...

Harganya 2pcs = RM4 tapi kalau 6pcs=RM10 (mana lagi untung?)

Kalau nak beli pergi je di Mid Valley LG, laluan hala ke The Garden akan jumpa la kiosk ni.


Sarah Hughes @ Globe ~ Promosi Langsir!

Salam,


Ingat lagi tak tentang entri lepas, ala yang saya kata jumpa Moon  tu, iye pasal promosi langsir tu. Kalu tak sure boleh tengok balik entri ni 

Bukan apa, nak update gambar-gambar kain langsir yang saya capture hari tu. Memang cantik2 dan berbaloi serta eksklusif gitu.











Ada antaranya nampak sangat eksklusif kan?...murah mmg memang murah. Kalu nak tau macam mana nak dapat harga murah, harga runtuh dan memang daboom, apa lagi sila lawat Blog Moon yer..


hiks...hikss...sharing is caring kan... 

Sunday, April 22, 2012

Apple Idaman @ Ipad3

Salam hujung minggu

Ipad3 dah kluar last friday kan, tapi rasanya x ramai yg sambar kot sebab tgk pictures di dealers apple yg beratur x panjang mana. Sebab features skit up dr ipad2 kot. X byk yg menarik (bg yg da ada ipad2 la)

Tapi my hubbie yg mmg gadget freak esp Brand Apple, menukar ipad seperri menukar baju ok, dari ipad1 sampai la ipad3..sume akan dibelinya!

Tapi x la di simpan, dia main tukar beli, so x ada la ipad1 tu dlm simpanan same goes to ipad2 dah kena let go pun..

Ipad3 yg menarik camera dia dan kalu utk tgk video, pix dah up grade jd HD..

Harga pun masih rendah lg RM1499 utk 16gb Wifi..hubbie x amik 3G coz pakai wifi bleh buat hotspot dgn iphone..

Pada sesapa yg blum ada ipad bleh buat comparison dulu sblm beli.. :)

Saturday, April 21, 2012

Bersama Moon di Sarah Hughes @ Globe

Assalamualaikum..


Weehee suka sgt dapat jumpa Moon (blogger femes ames tu, x kenal? Ala kakak ipar Norma, kalau x kenal bleh buka blog Moon)

Hari ni (actually smalam 20-22 April 2012) Globe @ Sarah Hughes buat clearence sales kat ground floor, tapi langsir di tingkat 5 sampai 31 Mei..

Murahhh sgt yeee..tp kalu di dept langsir ting 5, uols kena sebut kata2 keramat br dpt potongan lg tau..psst nak tau ke? Pergila lawat blog Moon yer, heheehee

Anyway rasa sronok sgt dpt jumpa personally dgn Moon. Asyik baca blog n tgk Fb je kan. Alhamdulillah

Friday, April 13, 2012

Hidup Tak Selalunya Indah

"Dia pulang ke rumah - dgn wajah sugul, letih dan penat
Tanpa sebarang ucapan...
Bersihkan diri dan mengambil tempat utk beradu...lena
Aku?
Termangu sendiri, bercampur sebak dan sedih yg menggunung...
Kecewa rasa hati,
Diri yang tadinya berkobar2 utk berkongsi cerita terus terdiam
Melihat dia tak punya rasa

Aku mengerti
Luka dan kecewa dihatinya bisa ku baca
Wajah sugulnya bisa ku tafsirkan mengapa

Aku tahu
Hidup tak sekejam mana
Hanya manusia yang mencipta kekejaman itu
Tanpa perasaan
Tanpa pemikiran
Tanpa pernah untuk mengerti dan menyelami
Permasalahan yang mungkin dihadapi

Hanya tahu keseronokkan hidup sendiri
Hanya tahu kemewahan untuk keluarga sendiri

Banjingan itu tidak akan pernah dan bisa mengerti
Sehingga dirinya itu nanti
Berada di kedudukan yang kami rasai deritai"

Nukilanku
13 April 2012






Sunday, April 8, 2012

Kelas Membuat Blueberi Cheese Tart Ibu2

Alhamdulillah berjaya juga membuat kelas untuk kaum ibu di Kluang..
Caj yg dikenakan amat berpatutan. Mereka siap dapat 12pcs bekas tart dan 50gm jem blueberi disamping bawa balik tart yg dibuat. Berminat? Boleh email pada saya di asfieda_1313@yahoo.com

Psst - harga yg ditawarkan amat berpatutan..yang penting Ilmu yg di ajarkan dapat manfaat untuk bekalan di akhirat sana harapnya. Insya Allah :)

Saturday, April 7, 2012

Blogger Famos Amos vs Blogger Cikai

Kat MIHAS 2012 hari tu, me gi sesorang, tetiba kat booth MyChef ternampak le blogger 2 orang ni, mmg kenal dah lama, tetapi jumpa kadang-kadang. Dua-dua otai oo ce tgk kat blog derang tu..rating dan view mantop

Sapa tak kenal kan dengan Broframestone dan Ariffshah

Dr. Chef Ezani - From Doc to Chef

Pestime tau jumpa dia..suweet jer orgnya, penangan Master Chef le katakan. So tak lepaskan peluang untuk bergambar ok..

MIHAS 2012 ~ Jalan2 Cari Food Testing

Hari Khamis berpeluang untuk pergi jenjalan tgk MIHAS 2012. Mmg dah plan nak gi tgk tu. Mana boleh lepaskan peluang nak dapat food testing ooo...

Walaupun sesorang, saya tetap gigihkan diri juga...

1329425610.jpg" />

Tuhanku Tabahkan Hati Dia ~ Talib & Norma

Assalamualaikum,

Hari-hari saya tak lupa baca posting @ update  status Moon  mengenai adik iparnya (Talib dan Norma).
Kenal Moon pun melalui entri rakan-rakan blogger yang akhirnya buat saya jatuh cinta untuk membacanya setiap masa.

Kisah tentang keutuhan cinta, ketabahan sang suami dan keakraban ukhwah keluarga dalam berdepan dengan situasi yang menyayat hati. Norma isteri Talib yang mengidap barah otak tahap 4.

Kisah bagaimana Talib begitu tabah berdepan dengan setiap situasi, kisah kakak ipar yang sentiasa supporting dalam mencari momen2 indah untuk dicoretkan diblognya mengenai setiap perkembangan, setiap ceritera yang mereka hadapi, dari mula Norma disahkan mendapat barah saat melahirkan Rafiq dan segala2nya tentang pasangan itu. REally proud of u Moon..


Saat entri ini di tulis, keadaan Norma kian lemah dan doktor telah berpesan keluarga Moon untuk bersiap sedia untuk menerima apa juga keadaan.

Buat Moon sekeluarga,

Kita mungkin tak pernah kenal, apatahlagi untuk bersua muka, tetapi di paparan maya ini kita berkenalan.
Tetapi setiap coretan yang dipaparkan amat meruntun perasaan, menambahkan kekaguman atas kekentalan semangat kalian, berdepan dengan situasi yang begitu membebankan. Tetapi hidup mesti diteruskan, yang sakit dibiar jangan, bahagiakan sebaik mungkin. Kerana itulah sebuah pengorbanan dan pengabdian bagi yang hidup untuk meneruskan kehidupan, moga ianya kan menjadi kenangan untuk tatapan di hari depan.



Bagi korang yang nak tahu cerita lanjut pasal Norma dan Talib  boleh klik baca kat blog Moon. 
Semoga secebis coretan itu boleh menjadi azimat dan pembakar semangat untuk korang yang berdepan dengan situasi macam tu. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!