Thursday, January 19, 2012

Besday Treat From Best Budiey

Assalamualaikum

Jgn muak yer coz sampai 3ntri ceta beday tak hengat hikhikhik

Last friday, my old schoo frend aka Bakal DM biz ni treat me kat TGIF Alamanda, kesian dia gara2 miscomm punya pasal dia kena tunggu me coz lambat sampai sebab tunggu bas.

This is 2nd time makan kat TGIF. Sok sek sok sek sembang sampai pukul 3.30 nasib x keje time tu.

Tapi yg bestnya kalu celeb besday kat TGIF derang akan kenakan korang dan dlm masa yg sama meraikan befay person. So same goes to me, patutla supervisor derang tu asyik nak amik pinggan makan me tu, me pun ckp kat my fren tu, nape derang sibuk sgt nak collect pinggan, sampai 3x derang tanya.

At last x habis makan, me pun redha la pinggan tu di ambil. Then x lama kemudian me nampak derang bawa a glass of sundae dgn lilin, tot my fren punya, tp dia g kat me n ask me bangun suh nyanyi..what n.y.a.n.y.i? Kim salam uols me x reti nak nyanyi, siap bg bekas lada hitam as mic..me x nak pun last2 me bg speech for my fren (time tu siap speakang tau, apahal ntah pi ckp omputih time tu)

Then they all nyanyi beday song n ask me close my eyes n make a wish, kim salam me nak buat cam tu, of course me baca doa la dlm hati. Yg my fren dah gelak2..

So althou only both of us (actually lunch date) but the moment will remains as best things in my life as my besday treat fm her on my 30's..tq so much Cik Du!

Happy Belated Besday

Assalamualaikum

Entri ke 2 pasal ulangtahun yg sudah lepas. Wah mentang2 dah lepas upload sampai byk gitu..

Ni ofismate raikan pada jumaat lepas , kecil2an tp amat bermakna..

Terima kasih uols :)

Tuesday, January 17, 2012

Selamat Hari Lahir

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, lewat jumaat yg lepas (13 Januari 2012) usia dah menganjak ke angka 3series (rasa tua sgt ke?) diam x diam saya dah meninggalkan angka 2 itu, huhuhu masa beredar tanpa kita sedar...

Hadiah paling bermakna dr en hubbu ialah beberapa buah buku. 1st time dia hadiahkan buku for my besday, sebelum ni kad la, brgn la dan lain2.

Tapi kali ni sedikit pelik dan saya tabya kenapa beli buku ni? Dia cakap tak per la dalam buku tu ada ajar cara berniaga dan lebih penting kita bileh kenal sahabat nabi. Terharu jap rasa coz he know my dream and what i want and always supporting me. Syukur Alhamdulillah..

Tuesday, January 10, 2012

Munchy' - Tin Biskut Sgt Cantik

As salam

Cantik kan tin biskut ni..saya x makan sgt biskutnya tp sbb bekas tin yg cantik tu sanggup beli, isinya nanti pakat bg pd org lain

Harga RM9.88 dekat Carrefour, ada yg kata tin tu ada 3 design, nanti nak pergi carila :)

*Kalu dah namanya perempuan, ada jer brg cantik yg nak dibuat koleksi kan..

Monday, January 9, 2012

JBSG | Universal Studio Singapore (USS) Part 2

As salam..

Ok kita samb ceta pasal USS saya tu, jom...

antara kedai2 lama yg terdapat di kaw Hollywood 

persembahan yg terdapat di pentas di Holywood

ni la Battlestar Galactica: HUMAN vs. CYLON - sgt gerun dan maafla x  naik pun

Dgn maskot Sci-Fyi City apatah nama...

Theme Far2 Away - Ala2 Fairy tale gitu...tpt Shrek ni

Cantik kan Castle tu? Kat dalam tu ada Shrek 4-D Adventure
Korang boleh tgk dan rasai pengalaman 4D tu..kerusi siap gerak2 lagi dan yg paling geli bila part ada labah2, kat kaki siap rasa labah2 bergerak tu! geli ...

Madagascar theme, tu pula pintu masuk nak ke Madagascar: A Crate Adventure

Ni pula Madagascar Boogie!
                                                   Come 'move it move it' with the cast!
*Show Times:11:00am, 12:30pm, 2:00pm, 3:30pm, 4:30pm and 6:30pm 
 

Ni replika rumah shrek...nice

aksi tak boleh blah, konon nak buka pintu tp kim salam x boleh yer 

Jurassic PArk 

Tu ialah kaki Dinasour ;P

Balik dulu! hahaha..ada gaya tak? cam real je kan  lori tu gerak..padahal statik jer..

Hajat nak  gambo dgn Kungfu Panda tercapai (masa tu nak gi solat, kebetulan nampak, beratur amik gambo dulu)

Woody Wood Packer plak..
Sume gambar ni diambil oleh krew maskot2 tu..so jgn risau kalu uols ada yg pergi USS tu sensorang..

Cantik kan view malam...
Sebab duduk kat sana dari pagi sampai la nak tutup USS tu, dia tutup pukul 9mlm

ni namanya x ada keje, cam cantik jer pemandangan malam di area New York theme ni.

Muka2 letih..cian kami nak tunggu bas trip pukul 9.30 mlm

FYI, ni adalah skit jer sebagai teaser uols yg nak ke sana, kebanyakan yg theme park tu saya x naik sgt permainan nya sebab terlalu ramai orang (walau pergi hari khamis) ada can pergi untuk kali ke 2 pula :)
Kalau uols nak tahu lebih lanjut pasal USS tu klik jer di Resort World Sentosa




JBSG | Universal Studio Singapore (USS) Part 1

As salam

Lepas trip pertama pergi naik bas pukul 8.30, jadi sampaila giliran kami seramai 6 orang untuk naik bas pukul 10.30 pagi pulak...Mood sangatla excited sebab saya mmg x pernah pergi ke Singapura walau duduk sgt la berjiran.

Oopss lupa pula, bagi uols yang nak tempah tiket ke USS tu boleh la klik sini  dan tiket tu valid untuk 6 bulan.

Naper yang nak sgt ke sana? Sebab;
  1. Dekat dah ngan Malaysia
  2. Tak payah kuarkan duit banyak nak pergi USA sana nak tgk apa yang ada macam dalam filem tu kan.
  3. Nak rasa dan alami sendiri pengalaman macam kat filem (tu jer kot bagi saya)

FYI di USS tu ada 7 theme park yang berlainan tema bermula dari pintu masuk iaitu;
  1. New York
  2. Hollywood
  3. Sci-Fyi City
  4. Ancient Eygpt
  5. Madagascar
  6. The Lost World
  7. Far Far Away  (tempat Shrek)
FYI juga, saya pergi ke sana dengan hanya berbekalkan SD100 saja tau kena bagi dua pula tu, kira sorang SD50 jer tau (sedih jer bunyi, yer mmg sedih sebab bajet ada lari skit, jadi mmg sgt2 kawal nafsu utk membeli belah dan cuba utk tidak membazir)

Sedia untuk bertolak 

Pemandangan dalam bas - Bas ikut laluan Link Kedua atau TUAS 

Ok kita dah sampai Singapura 

Imigresen Singapura 

Di stesen bas bawah tanah, naik eskulator yang agak tinggi untuk ke atas tu 

Kami dah sampai


pintu masuk USS

Punya panjang la nak kena beratur. Kalu nak cepat gunala Express pas SD30 tau, sume cepat jer boleh potong Q

masuk2 jer terus jumpa New York theme

Kedai cenderamata di New York theme, rege jgn ceta..kena bawa duit byk2 dan pejam mata jer k (maksudnya jgn cuba2 nak darab dgn duit Malaysia korang akan rasa nak nangis tau)

kedai gambar express, korang boleh pilih gambar untuk dibuat kenang2an, saya cuba tanya harga untuk dapatkan theme USS tu jer sekali harganya SD12 tau, ala setakat nak tepek logo jer..huh balik umah cari jer la kat tenet. free jer kan (ayat org berkira :P ) 

Ni la BFF encik suami (sejak dari sek rendah tau, cuma tak cukup korum lagi sorang)
Ni dah masuk kawasan Hollywood

En. suami yang kepenatan, dia duduk kat situ while isteri dia ni memanjangkan langkah lagi ke depan...jahatkan ;P

Apa kes bergambar dgn tong sampah?  Ntah rasa cam menarik jer tong sampah tu..kalu yg tau tu tong sampah la..


Mr Transformer, dan orang sgt ramai serta sangat panjang semata2 nak tgk Transformer 3D tu, saya x pergi pun..kalu nak uols pergi dalam pukul 6pm dah tak ramai pun masa tu..

En. suami bersama bottle air USS yang berharga SD14.90 beserta air (tu jer kenang2an yang ada)


Ni pula kat kawasan Ancient Egypt - saya jalan sorang2 jer (masa ni dah berpecah sume) tak masuk pun dalam tu, macam scary jer..dan hurmm sebenarnya ada amik gambar dgn 'Cleopatra bersama Bodyguard' tp x boleh tempek kat sini sgt sensor k (ntah mimpi apa agaknya pi gambar dgn derang tu hahahaa)


Bersambung part 2...tunggu!

Sunday, January 8, 2012

Keputusan Akhir MasterChef Malaysia Musim Pertama - Tahniah!

As salam,

Akhirnya setelah sejam kecut perut tgk persiapan dan persembahan tukang masak Amatur ni untuk merebut gelaran Juara Masterchef Malaysia Musim Pertama maka keputusan telah berpihak kepada Ezani..

Hadiah RM100k uols dan berpeluang menerbitkan buku masakan sendiri gitu. Bukan senang kan nak mengharungi semua cabaran bagi peserta yang bergelar Amatur.

Profile Ezani;


Umur: 26
Asal: Kajang
Pekerjaan: Doktor Pergigian
Hidangan Kegemaran: Bermacam-macam
Lokasi Percutian Kegemaran: Pulau dan Pantai
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: Bermacam-macam
Pencuci Mulut Kegemaran: Bermacam-macam
Sweet or Savoury: Both
Chilli or Garlic: Both

Kalu uols nak tgk resipi2 masterchef yang lalu bolehla ke page Masterchef Malaysia
Akhir sekali tahniah kepada pemenang..beliau sememangnya berbakat...

Santapan Penamat - Masterchef Malaysia

As salam...


Wah malam penentuan masterchef yang digelar Santapan Penamat gitu.. macam best jer kan. Tepat kul 9pm dah terpacak depan tv nak tgk sapa pemenangnya Wahidan ke Ezani..

Derang kena cipta 3 jenis resipi iaitu Pembuka selera, Menu Utama dan Pencuci mulut.
Mereka kena buat hidangan untuk 40 tetamu jemputan...ala2 jamuan kecil gitu. Bukan senang nak jadi pemenang tau!

Tapi organizer tak kejam, derang jemput 18 orang peserta yang tersingkir untuk dibahagi kepada 2 kumpulan utk membantu Ezani dan Wahidan, tapi derang kena pilih 5 jer utk bantu... (nak buat menu utk 40 orang uols, x terkejar ok kalu nak buat sensorang ekekekee)

Uols teka sapa menang?

Saya rasa saya pilih Wahidan sebab dia tu pekebun dan umur dah lanjut selain dia punya style tersendiri dalam memasak. Manakala Ezani dah ada kerjaya yang mantap sebagai dentist tambahan dia pun muda dan dah establish dengan karier dia..tapi kalu menang tu sebagai batu loncatan dia..ekekeke

Sapa menang? Kita tunggu!!






JBSG - Trip Makan-Makan PArt 2

As salam..

Perghh memang pannjangg nak ceta tu, rasanya dekat 6-7 entri. Jgn marah yer. Ok sambung.

Lepas dah jenjaan dekat JPO kami pun cek in di Tune Hotel, masuk mandi manda dan rehat sekejap kami gi pula kat area Stulang makan2 lagi (sebelah the zone JB tu)

Nama kedai tu - Sayam Seafood 

Nasi goreng USA - RM4.50

Sup ekor - RM7.00

Mee rebus Johor - RM3.50

Sirap bandung 3 layer - RM2.50

Dan.. encik suami yg sedang food spotting. 

Tips -
  1. Book hotel online dan cek in ikut masa serta print kan slip tu yer
  2. Makanan boleh tahan, tapi kalu nak makan ikan pari bakar sedap, kedainya kat hujung sekali.
  3. Parking memang susah skit.

Hari ke 2 

Pagi2 lagi kami terpaksa pecah 2 group untuk ke Universal Studio Singapore, sebab dah bas dah penuh untuk memuatkan kami 11 orang (moralnya bagi uols yg nak ke USS sila beli tiket bas Odyssey online dan bila sampai hotel sila tukarkan keratan yg korang print tu di kaunter tiket bersebalahan hotel sekiranya nakkan tempat awal kerana sistem dia 1st come 1serve, atau boleh telefon mereka untuk book tempat)
1st team yg pergi naik bas pukul 8.30 pagi

Boleh pula jumpa bloger famos amos ni kat tune hotel - Kak Ina KL dengan anak2nya yang nak ke USS juga, dia pun naik bas pukul 8.30pg. 
Tahu kak ina ada kat tune sebab baca FB dia, saya pun respon dan PM dia minta no tepon senang nak contact thru hp. Alhamdulillah rezki dapat jumpa dia kat lobi hotel. Dia pun dah buat entri pasal USS dan tepek muka saya ini....hehehehe kak ina mmg pantas


Sementara nak tunggu turn kami pukul 10.30pg punya bas, apalagi aktiviti makan la ... destinasi di tuju ialah Larkin yg tepatnya kedai makan sebelah bomba larkin ( tu tpt saya membesar, tp rasanya sepanjang duduk situ tak pernah pun makan kat situ)

Menu Sarapan Terbaiikkk - KAcang Pool


Set Kacang pool ni RM4.00 dan roti dia sangat lembut serta sedap

Ni la kacang pool nya..

Side dish - lontong tp kuah dia kureng ie cair RM3.00

Tempat keje abah saya masa saya kecik2
Saya duduk kuarters kat situ ;)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!