Friday, December 31, 2010

Selamat Tinggal Kenangan - Sayonara 2010

Novel -Tiada Penghujun - Part 2

Semua pelajar Sekolah Tinggi Kluang berhimpun di tapak perhimpunan. Masing-masing beratur di mengikut pasukan beruniform yang telah ditetapkan. Norashikin berdiri tegap dengan uniform hijau kekuningan yang tersarung ditubuhnya. Dia ingin menuruti jejak langkah ayahnya menjadi seorang anggota bomba. Apa sebab yang membuatkan dia memasuki badan beruniform itu, dia pun kurang pasti. 
Selepas saja tamat majlis perhimpunan, masing-masing beratur mengikut ketua pasukan beruniform. Mereka akan menjalankan aktiviti-aktiviti tertentu yang telah ditetapkan seperti dalam jadual perjumpaan. Norashikin bersama ahli Kadet Bomda yang lain kekal di tapak perhimpunan itu, setelah diarahkan oleh Ketua Pasukan iaitu abang Rozani. 
"Baiklah....hari ni kita ada orang baru yang telah menggugurkan diri daripada Kadet Bersatu dan ingin menyertai pasukan uniform kita. Anda semua setuju?" tanya Rozani. "Setuju!.." sahut ahli yang lain kecuali Norashikin yang mengerutkan keningnya, berasa hairan dengan tindakan kawan-kawannya. 
"Ishah, kenapa korang gembira sangat ni?" Norashikin menyiku Noraishah disisinya. Noraishah memandang Norashikin sambil mengerutkan keningnya. 
"Kau tak tahu ke? Abang Kamarul Faiz yang masuk kadet kita ni...budaknya baik, kaya dengan senyuman, tetapi tegas dalam menjalankan tugasnya sebagai pengawas!"
"Iye ke?" desis hati kecil Norashikin. 
"Terima kasih kerana anda semua sudi meneriam saya..." Norashikin tersentak mendengar suara itu. Suara yang seolah-olah pernah di dengarinya saban hari, lantas dia memalingkan muka ke hadapan, melihat siapa yang sedang berucap. Dia bagai tersentak dari tidur yang lena. 
"Eh apasal kau ni, terkejut semacam jer..."tegur Noraishah yang perasan dengan tindakan Norashikin. 
"Inike orangnya yang kau katakan tadi?" tanya Norashikin tanpa mempedulikan pertanyaan Noraishah. 
"Iye, inilah orangnya, abang Kamarul Faiz. Handsome kan orangnya...cuba kau tengok muka dia,  manis aje. Itu melambangkan peribadi dia...seorang yang baik & peramah," jawab Noraishah sambil tersenyum sendirian. Norashikin terus menatap wajah Kamarul, seorang pengawas yang selalu menyakitkan hatinya yang sedang berucap di hadapan ahli-ahli Kadet Bomba. Hatinya tiba-tiba terdetik "Mungkin ada benarnya kata-kata Ishah"

***

"Akak kenal tak abang Kamarul Faiz?" tanya Norashikin acuh tak acuh. Zanariah memandang tepat ke wajah Norashikin. "Kenal, kenapa?" balasnya. Mereka berdua sedang menaiki bas yang akan ke Taman Intan. Selesai mengambil tempat, Norashikin menjawab pertanyaan Zanariah. "Tak adalah, saya saja jer nak tahu, semua orang kata dia baik, betul ker?" Zanariah mengangguk. "Memang baik budaknya, dia satu kelas dengans akak," jawab Zanariah. "Boleh akak ceritakan sedikit tentang diri dia?" pinta Norashikin sambil merenung Zanariah. "Boleh, apasalahnya, tapi kenapa ek? Ikin jatuh hati pada dia ke?" soal Zanariah sambil tersenyum nakal. "Memang benar saya dah jatuh hati...tapi bukan pada tuannya!" Norashikin tersenyum sendiri. "Habis tu pada apa? Rambutnya, giginya atau senyumannya?" soal Zanariah bertalu-talu. Norashikin ketawa kecil melihat gelagat Zanariah disisinya. 
"Bukan di rambutnya dan bukan juga giginya..." jawab Norashikin dengan selamba.

(to be continue....miss the previous chapter?.BACA SINI)

Sambutan Tahun Baru 2011?

Assalamualaikum, hari ini hari terakhir 2010 tahun Masihi. Ya tahun Masihi, tahun yang semua penduduk dunia nak raikan, yang beragama islam pun turut sama berpesta, bersuka ria nak sambut Ambang Tahun Baru. Kenapa jadi macam  ni kan? Mudah sungguh paradigma dan minda kita umat islam dijajah. Bila nak sambut tahun masihi, masing-masing mula menanam azam itu ini begitu begini. Tapi kalau tahun Baru Hijrah, ingat pun tidak. Tak percaya? cuba pergi tanya pada umat islam ala-ala moden kat luar, ada yang ingat atau tidak, jika masih ingat Alhamdulillah, tp kalu masih ramai yang tidak ingat, apatah lagi nak baca doa awal dan akhir tahun. 
Cuba kita perhatikan dan lihat keadaan sekeliling kita hari ni,rata-ratanya teruja nak sambut ambang tahun baru, pusat membeli-belah, syarikat2 gergasi dan juga kerajaan sesetengah negeri siap buat sambutan ambang tahun baru, pastinya akan ada percikan bunga api, konsert hingga tengah malam. Yang muda mudi pula mengambil kesempatan....minum arak? sudah pasti...berpelukan? sudah tentu. Betapa banyaknya gejala maksiat akan terjadi pada malam ini. Bergesel-geselan, bersentuh-sentuhan, malah berkucupan di khalayak bukan lagi asing, malah jadi tontonan dan kemegahan untuk ditayangkan. Nauzubillah.

Terasa begitu kelainan rasanya, bila Tahun Hijrah tidak di imarahkan dan diraikan dengan penuh syukur dan penyesalan. Kenapa nak menyesal? Ye sepatutnya kita hartus muhasabah diri, menilai semula kewujudan diri selama setahun yang kita telah lalui, banyakkah amalan atau dosa yang kita lakukan? Andai tahun itu banyaknya dosa kita telah lakukan, maka seharusnya kita patut menyesal, bertaubat kepada Allah kerana  masih beri kita peluang untuk hidup pada tahun ini, kita sepatutnya berazam untuk pertingkatkan amalan dan ibadat.

Seperti sabda Rasulullah s.a.w yang membawa maksud:
"Antara keindahan Islam seseorang adalah dia meninggalkan apa yang tidak berguna baginya." (Hadith riwayat Ibni Majad dan at-Tarmizi)
 
Dunia kian nazak...mungkin kita tidak tahu bila tibanya hari Kiamat, kerana itu Rahsia Allah. Tapi  sebagai umat manusia yang dihidupkan pada penghujung zaman ini, kita seharusnya mempertingkatkan lagi iman, amal dan taqwa. Meraikan jangan sampai menyesatkan dan memesongkan akidah kita, cukup yang sekadarnya sahaja, dalam islam mengajar kita erti kesederhanaan. 

~Sekadar perkongsian~


Thursday, December 30, 2010

Sambut Wira-Wira Pulang!!! - Piala AFF Suzuki 2010

Salam readers.
Wah nampaknya kehangatan bolasepak smalam masih terasa lg kan... XD
Ana pg ni pergi keje penuh ceria dan senyuman beserta ucapan tahniah pada semua org yg ana jumpa..nape? Haruslah tahniah tumpang bangga gitu, aura trasa maklumlah Esok Cuti ekeekeke..
Ok just short noticw to share and inform.

Kepada Peminat2 Team Bolasepak Negara anda dialu2kan utk sambut ketibaan pemain bolasepak negara yang akan pulang pada hari ni pada j 2.30 petang bertempat di KLIA!
So pada yg nak sambut KFCM @ Apek tu & Safee Sali serta pemain2 bola yg lain (ramai yg ensem2 tue...ee gatai XD) bolehla prepare dari sekarang g cari hadiah ie coklat, bunga etc serta x lupa Marker Pen utk minta Sign!!!

Jumpa Di Sana ...yeahhh

Pssstt - Bersemangat nak nyambut weii...Keranamu kami mendapat Tuah...lalaalala

Tahniah Malaysia!! - Piala AFF Suzuki 2010

Ya Allah macam tak percaya jer la gara2 Piala AFF Suzuki 2010 - viewer blog ni pada pukul 12.05am pagi ni sebanyak ni.. 57 orang tu!!!

korang nampak tak brapa ramai yg tgh tgk blog ni ie 57 orang tu!! kebetulan ana tgh update dan tgk status terkini..bila mata terpandang kan jumlah online user tu terus ana prt screen dgn tidak berlengah lagi...terharu sekejap la..sbb x pernah tgk bilangan sebanyak tu...giler kentang..tdo dgn penuh senyuman kejap...huhuhuhuh 

Terima kasih la kerana BOLASEPAK PIALA AFF SUZUKI 2010 - blog ana cipta sejarah peribadi utk diri sendiri ekekeke

Wednesday, December 29, 2010

JUMAAT CUTI UMUM 29/12/2010 - TERIMA KASIH PERDANA MENTERI

SALAM...WAH BREAKING NEWS TU...(Maaf huruf besar :D) 

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI!! TERIMA KASIH PASUKAN BOLASEPAK MALAYSIA...KERANAMU KAMI MENDAPAT TUAH...LALALALALA

Alhamdulillah PM dengan rasminya dah umumkan hari JUMAAT IAITU 29 DISEMBER 2010 DIISTIHARKAN SEBAGAI CUTI UMUM untuk SELURUH RAKYAT MALAYSIA  bagi meraikan kejayaan pasukan bolasepak kita!!!!! Jom ramai2 sambut player2 kat airport!!!


BERITA BERNAMA 29/10 - PM DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MLM INI MENGISYTIHARKAN HARI JUMAAT 31 DISEMBER 2010 SEBAGAI CUTI UMUM BAGI MERAIKAN KEJAAYAAN PASUKAN BOLA SEPAK MALAYSIA PD MLM INI - bleh semak di UTUSAN  ni me kopi dari utusan yer 

"Jumaat cuti umum

29/12/2010 11:38pm

Kuala Lumpur Dis. 29 - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengisytiharkan Jumaat ini sebagai cuti umum bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010.


Alhamdulillah...ni lah rezeki bersama..rezeki rakyat..rezeki my hubie...yahuu..bleh ler candle night dinner...sambut his besday 1-1-11 yang ker? tut!!

Khairul Fahmi my hero... AFF Suzuki Final 29 December

Gol Safee Sali...

Piala AFF Suzuki 2010 - Siapa Calon Menantu?


Akhirnya setelah sekian lama sejak perlawanan diperkenalkan pada tahun 1996, akhirnya pada tahun ni kita dapat juga merasa untuk menggenggam Piala itu beserta hadiah kemenangan berjumlah USD100,000 tu!!
(Convert pd RM dekat RM390k tu!!!) belum lagi hadiah kemenangan yg dijanjikan oleh Menteri Belia dan Sukan yang berjumlah RM9K sorang...mak aii banyak nyer tu durian runtuh hujung2 tahun...

Dah la player kita muda2 n ensem....naik saham abang2 tu oiii!!! Nasib Norshahrol dah kawin yerk... emm Khairul Fahmi kosong ker? ahaksss.

Makcik-makcik dan pakcik-pakcik sila pilih2 mana satu calon menantu...ahakss 



Penjaring Terbanyak - SaFee SAli

Tahniah kepada Mohd Safee Mohd Sali yang telah dinobatkan sebagai penjaring terbanyak sepanjang perlawanan Piala AFF Suzuki 2010 iaitu dengan keseluruhan 5 GOL.

Beliau dilahirkan pada 29 Januari, 1984 di Kajang, Selangor.
(Wah mestti banyak dapat hadiah bulan depan, secret admirer mesti ramai...ahakss)
Pemain penyerang bagi Selangor FA. Memakai jersi No. 10 yang pernah dipakai oleh pemain lagenda Mokhtar Dahari.








KHAIRUL FAHMI CHE MAT - HERO MALAYA!!!

Mungkin tak siapa pun yang perasan dan kenal sangat dengan dia sebelum ni, termasuklah ana, tp kerana ketangkasan dan kecekapannya malam ni, dia mula bersinar!!
Tahniah Fahmi...jasamu kami kenang XD

Biodata beliau - Dilahirkan di Kota Bahru Kelantan pada 7 Januari 1989 (uikkss tak lama lg tu ;D) yang bermain untuk pasukan Kelantan. Pernah memenangi Piala Penjaga Gol Terbaik  pada Piala FA 2010 yang lalu...
MAAF UPDATE TERKINI...DIA DAH BERPUNYA DERR NI CIK ELIA NAMANYA ~BLOGGER GITU!  
(MENCANAK KAU FOLLOWER N NUFF DIA - KOMPOM EKEKEKE)

Lihatlah wajah2 penyelamat gawang Harimau MAlaya





TAHNIAH!! MALAYSIA MEMENANGI PIALA AFF SUZUKI 2010

ALHAMDULILLAH...Syabas Player Malaysia!! Nak2 pada KEEPER yg terer da boom tu KHAIRUL FAHMI & SAFEE SALI yang berjaya menyumbat gol2 kemenangan buat Harimau Malaya... Cayalah you All..Tak lutnya dengan laserr segala bagai dek non oii...Main penuh semangat bukan penuh propa dan auta.
Indon sekadar propa jer lebih tu..macam2 la media diorang buat apatah lagi penyokong2 diorang tu, tapi tu semua tak membawa hal punya...Syukur Alhamdulillah, kemenangan itu buka semula mata penonton kita!!!!

MALAYSIA MENANG DENGAN AGREGET 4 - 2

INILAH BARISAN KITA!!!!



 INILAH HERO KITA!!! KHAIRUL FAHMI CHE MAT


 INILAH WIRA KITA - 3 GOAL JARINGAN BELIAU

Piala AFF Suzuki 2010 - Seri Lah Pulak 1-1

Akhirnya Gawang Malaysia dibolosi oleh Nasuha pada Minit 71....boleh ke nak kejar sampai 4? 
Harap2 tidak le weii...

MALAYSIA 1 - INDON 1
AYUH GANYANG INDON!!!

Novel - Tiada Penghujung (Part 1)

Salam, ana coretkan untuk tatapan semua karya sahabat baik ana ketika sekolah... ~Tiada Penghujung~ Karya Mazwela Mohamad. Novel ni di tulis ketika kami di tingkatan 2 (Dah 14 tahun tu..). I m write it here just to share...enjoy reading ;D. Cerita ini adalah ilusi dan garapan penulis dan ana semata-mata, tiada kena mengena dengan yang hidup, harap maklum. Ana ingat lagi, tiap kali Maz menulis, ana akan ada disebelah sambil memberikan idea2 untuk beliau mengolahnya..how sweet that moment...hahahahaa

Sekolah Tinggi Kluang riuh dengan penghuninya, loceng pertama telah dibunyikan. 5 minit lagi loceng kedua akan dibunyikan. Kamarul masih tercegat di pintu pagar sekolah. Matanya melilau seperti mencari seseorang. Loceng kedua telah dibunyikan, Norashikin berjalan laju ke sekolahnya. Dari jauh Kamarul tersenyum, Norashikin mengeluh panjang, memandang wajah Kamarul yang sedang tersenyum sinis. 
"Lambat lagi nampaknya cik kak kita ni..." tegur Kamarul sambil mengeluarkan buku pengawas dari poket seluarnya. 
"Siapa nama awak?" tanya Kamarul. Norashikin mendengus. "Takkanlah awak masih tak tahu-tahu lagi...kan selalu awak rekodkan dalam buku tu!" herdik Norashikin geram.
"Eh awak ni, jangan nak marah-marah pula...saya bukannya robot nak ingat nama awak sorang jer...ramai lagi nama yang saya tulis tiap-tiap hari tau!" tengking Kamarul. Norashikin tersentak.
"Norashikin bte Malek.."cetus Norashikin pantas dan terus berlalu, Kamarul hanya ketawa kecil melihat gelagat gadis tingkatan 4ST2 itu. 

***

"Kenapa kau ni? Dari tadi bermasam muka jer?" tegur Shamirah, sahabat baiknya. "Aku geramlah dekat seorang pengawas tu..." jawab Norashikin. "Kenapa pula? Siapa pengawas tu? Aku ker?" tanya Shamirah bertalu-talu. 
"Bukan kau, tapi abang form 6 tu. Aku tau lah aku buat silap tapi janganlah nak sakitkan hati aku" jawab Norashikin. "Abang form 6? Yang mana satu ni?" Shamirah terus menyoal.
"Aku pun tak tahu nama dia...tapi aku memang tahu benar muka dia tu!"jawab Norashikin.
"Kalau macam tu bolehla kau tunjukkan pada akau nanti," cadang Shamirah. 
Belum sempat Norashikin membuka mulut. Cikgu Norhayati melangkah masuk ke dalam kelas. Semua pelajar berdiri dan memberi salam kepada guru kelas mereka. 
"Baiklah pelajar..." bicara Cikgu Norhayati selepas menjawab salam mereka. "Sebelum kita memulakan mata pelajaran hari ni, say nak bincangkan sesuatu dengan kamu semua," sambung Cikgu Norhayati. Semua pelajar memandang penuh minat ke arah guru bertubuh genit itu.
"Anda semu sudah tahu yang Zarina telahpun meninggalkan kita sekaligus membuatkan kelas kita tiada bendahari. Jadi saya ingin melantik salah seorang dari kamu menjadi bendahari" bicara Cikgu Norhayati. Masing-masing berpandangan. 
"Jadi saya ingin anda sendiri yang melantik bendahari tersebut. Anda jangan memilih orang yang sekadar manis dipandang mata tapi pahit dibelakang kita. Bendahari tersebut mestilah boleh dipercayai dan amanah orangnya!" sambung Cikgu Norhayati, pelajar masing-masing berbisik sesama sendiri. Shamirah mengangkat tangan.
"Ya Shamirah..." cetus Cikgu Norhayati
"Saya cadangkan Norashikin, cikgu" usul Shamirah. 
Semua pelajar terdiam. "Norashikin...ada sesiapa yang nak membantah?" tanya Cikgu Norhayati. Semua pelajar menggeleng kepala. Norashikin tergamam, lidahnya kelu untuk membantah. "Baiklah Shikin, awak dilantik menjadi bendahari baru..." Tenang sahaja kata-kata Cikgu Norhayati. Norashikin memandang Shamirah di sisinya. Shamirah hanya mengangkat kening.

***

Dari tingkat 2 bangunan sekolah dan berhampiran bilik guru,  Norashikin memandang Kamarul yang berjalan ke hulu ke hilir sambil menggaru kepalanya. Sekali sekala Kamarul memandang jam di tangannya. Norashikin ketawa kecil. Sudah tentu Kamarul menunggu kedatangannya, yang memang selalu datang lambat kerana terpaksa melayan kerenah adik-adiknya sementalahan ibunya yang tengah sarat mengandungkan anak yang keempat.
Gelagat Kamarul terus diperhatikannya. Tiba-tiba muncul Ketua Pengawas yang bernama Ahlias datang menghampiri Kamarul. Ahlias seperti sedang berkata sesuatu kepada Kamarul dan Kamarul hanya menundukkan kepalanya.
"Eh awak buat apa kat sini? Loceng dah dibunyi kan?" tegur Cikgu Romainor, guru disiplin sekolah menegur.
"Eer...ma...maafkan saya cikgu, saya, saya nak ambil kapur," jawab Norashikin yang gugup berhadapan dengan guru disiplin yang digelar 'Harimau Malaya' itu.
"Ambbil cepat, lepas tu turun!" arah Cikgu Romainor. "Baik Cikgu..." Norashikin terus mencapai 10 batang kapur putih di hadapan pejabat dan terus berjalan pantas ke kelasnya.
"Ya Allah...buat apa kau ambil kapur lagi ni?" soal Deelina sebaik saja Norashikin menyusunkan kapur-kapur yang di ambilnya di dalam kotak kapur yang hampir penuh.
"Kau ni rajin benarlah Ikin. Tiap-tiap hari kauy nak ambil kapur. Oh ya, apasal kau 2-3 hari ni asyik datang awal je?" celoteh Deelina setelah soalan pertamanya tidak dilayan.
"Aku tengah rajin Lina...kau tau, mak cik aku dari Muar datang rumah, dia sudi nak jagakan mak dan adik-adik aku. Katanya nak ringankan beban aku" jawab Norashikin sambil membelek-belek buku kehadiran pelahar di atas meja guru.
"Baguslah macam tu. Eh Ikin aku ada berita nak bagi tau kau ni.." cetus Deelina sambil terloncat-loncat seperti kanak-kanak ribena.
"Apa dia?" tanya Norashikin. "Ada abang tu nak jadikan aku adik angkat dia..." balas Deelina sambil tersenyum manis.
"Iyeke...beruntunglah kau, dapat juga abang akhirnya..." bicara Norashikin acuh tak acuh. "Eh mana Cikgu Zainab ni?" tanya Norashikin mengubah topik perbualan.
"Eh kau ni, buat-buat tak tahu pula ker?... Dia kan dalam pantang!" Deelina menepuk bahu Norashikin.
"Haah la, apalah aku ni..." Norashikin sekadar tersenyum menutup malunya.

***

Waktu rehat sudah bermula. Norashikin berjalan sugul ke perpustakaan. Belum sempat dia melangkah masuk ke dalam perpustakaan, terdengar namanya dilaungkan. Norashikin menoleh ke arah datangnya suara itu. Deelina rupanya yang memanggil. "Kau nak apa?" soalnya. "Sinilah kejap...aku nak kenalkan kau dengan abang angkat aku ni," balas Deelina. Dalam rasa keengganan, Norashikin melangkah ke arah Deelina dan seorang pelajar lelaki yang tidak kurang kacaknya.
"Inilah abang angkat aku...Namanya Ghazali.." Norashikin sekadar tersenyum memandang Ghazal ibegitu juga sebaliknya. "Okeylah bang Zali, Dee nak gi masuk perpustakaan ni...bye" Deelina berjalan bersama Norashikin ke dalam perpustakaan.
Sepanjang tempoh rehat, Norashikin tidak langsung memahami apa yang dibacanya di dalam perpustakaan tadi. Fikirannya bercelaru, hatinya pula menjadi sebak bila Deelina menceritakan tentang abang angkatnya. Sebagai anak sulung, Norashikin benar-benar dahagakan kasih sayang seorang kakak apatah lagi seorang abang. Dia mahu dirinya di bela. Dia mahu dirinya dilindungi oleh insan yang di panggil kakak atau abang. Kasih kakak senang dicari tapi kasih abang memang sukar di dapati. Norashikin sudahpun memiliki ramai kakak angkat tp hatinya masih tak puas selagi dia tidak dapat memiliki seorang abang!

To Be Continue... XD

(Emm maaflah kalau ayat2 ni kureng skit yer, coz ana x olah mana cuma taip semula jer..biasalah tulisan bebudak umo 14 tahun yang nak jadi 16 tahun ekekeke...)

Harimau MAlaya MENGAUMM!!! 4 -1 Piala AFF 2010

GOAALLLL.....Akhirnya bolosan ke empat bagi gawang indonesia pada minit ke 53!!! 
Cayalah Safee Sali - U R THE BEST MAN!!
Malaysia 4 - Indon 1
Gambaran Piala Sudah Dalam Genggaman!!!
HOYEEEHHHH

Final AFF Suzuki 2010 - Entri Ganyang!!!

Salam...wahh ramai nyerr yg sedang menonton final bola ek, ana pun turut sama nonton ni. Tahniah la buat keeper Malaysia, berjaya dalam cubaan penalti oleh indon tadi..yuuhuu..tak lepas beb. Enggak gampang sih mau bolosi gawang Harimau Malaya!!.. Tahniah buat Fahmie... ngehngehngeh...

Pemain2 Malaysiaa bermain dgn bijak sekali malam ni, dah hampir 40 minit masa berlalu...bertahan!!! dan terus Serang!!!....

Piala AFF Suzuki 2010 - Round 2 - Here We COME !!!


Salam readers, tu dia the Giant Screen At Putrajaya is REady!!...
Apa lagi orang2 putrajaya moh pakat pi serbu!!! Reramai melepak kat situ jangan lupa tikar, bantal n makanan..kita berkelah di situ...jomm kasii gegar punya.. XD

Alhamdulillah Cuaca pun cerah dan mengizinkan jer nak melepaks di sana...

Mari kita Kasi GANYANG!!!

Monday, December 27, 2010

Terasa Diri Begitu Dihargai :)

Salam readers, emm hari ni dimulakan dgn kerisauan yang melampau, tak tahu nape trasa risau yg amat, pasal apa ek? Ana pun kurang pasti, entah hanya Allah jer yg tahu apa yang bersarang di hati ni kot, mungkin rasanya hal kehidupan, mungkin juga hal kerja. Banyak perkara membelenggu minda. Tapi Alhamdulillah, jika kita sentiasa ingat pada Nya, bebanan atau kerisauan itu pasti kan berpenghujung :D
Nasib baik la cuma sekejap jer, setelah ana dapat 'selesaikannya' baru rasa lega yang teramat. Syukur Alhamdulillah.

Emm hari ni 1 hari perut meragam, cam rasa pedih ulu perut jer..walau dah makan tp masih sakit. Sekarang pun masih lagi, makan dah banyak dah, tak tahu naper..

Tetiba setelah sekian lama x melihat blog hubby (hubby mmg ada blog, tp dia jarang sangat update) tetiba petang ni teragak untuk menjengah dan kemudia ana terbaca entrinya yang betul menyentuh hati ana. :'(
Tak sangka ana, terasa diri ini begitu dihargai...huhuhuhu

Bukan mudah untuk melaksanakan tanggungjawab antara kerjaya dan keluarga... kalau korang nak tahu jemputlah baca, ana tak nak cerita lebih2 karang kata SS pula.. ;D

Sunday, December 26, 2010

Seksanya Melupakan Cinta (Oppsss Skandal ker?)

Salam readers.

Alhamdulillah malam minggu br ni ie mlm td ana dapat tunaikan hajat sahabat ana yang nak sangat jumpa ana, bersusah payah dia datang dari Merlimau nak jumpa ana sebab tau ana dari Melaka (psstt nak tau sapa korang bleh baca kat SINI)

Sound macam jumpa x-bf je kan, ekekekek...haah mmg jumpa pun xbf la, dah dekat 12 thn beb x pernah bersua muka, jgn x tau pukul 11.30pm sampai 1.30am yer ana jumpa dgn dia sambil makan asam pedas dekat Jln Kota Laksamana dan dia yg datang ambil ana dekat tpt penginapan, Subhanallah apa kes kan ana ni, sbg isteri org x patut kuar dgn laki2 lain kan? Aiishh aje gile ker, ana masih waras la..ana pergi kuar dgn izin suami n jgn tak tau ana masih tahu hukum hakam yer ( ayat nak gempaq jer :D) Suami ana pun ada sama la..(Sporting tak? Alhamdulillah suami ana sporting, dan nasib x ada aksi tumbuk menumbuk okey, hehehehe) 

Uols pernah jumpa xbf? Emm ni pestime dalam hidup ana, ana jumpa person yg ada chemical history la kiranya, tp niat ana x ada lain. Ana kenal dia sebagai sahabat dan sekarang ana jumpa dia atas niat persahabatan..ttg cintan cintun dulu tu, ana dah tutup kamus dah. Kalu ana letak perasaan yg ana nak jumpa bekas xbf, mungkin x terjumpa rasanya ( Ye la sapa nak jumpa bekas x bf kan, kalu jumpa juga rasa cam nak lempang 100x jer kan ;P) tp atas dasar kawan, perasaan dendam n tak puas hati tu mmg x muncul langsung...

Kita hidup jgn terikat dgn memori, dan barang yg lepas jangan dikenang, kalu semua tu masih kita simpan dan pendam, hidup kita x akan tenang. Lagipun kan Allah dah kata jodoh pertemuan, qadar dan qadar kan sume urusanNya..cehh pandai jer bermadah.

Ana masih igt dia lagi ker? Ikhlas mmg igt, tp x ada la sampai nak merosakkan diri atau berdendam, mengingati sesuatu yg pernah berlaku dalam hidup adalah sebahagian dalam kehidupan, memori tu mmg akan tersimpan di kotak ingatan kan? Tp tak terseksa ke nak melupakan cinta lama? Oppss soalan cam ne tu? (aiishh naya tau, ni blog suami pun baca yer n mungkin mamat tu pun baca..huhuhuhuhuh)
Aiisseeyy lupa ke tak lupa tu kan sume atas pemikiran diri sendiri, kalu kita rasa nak lupa, akan lupalah, kalu x nak, ada jer kat kotak ingatan, tp Alhamdulillah kehidupan dan kebahagiaan sekarang ni, skit pun x terganggu dgn kisah2 silam, ana percaya semua org ada pengalaman cintan cintun pertama kan, even pasangan kita sendiri. Cuma antara ianya menjadi isu besar atau pun tidak.

So untuk apa ana coretkan semua ni kat blog ni, kan semua org boleh baca? Ana just nak share jer, sebab ana rasa, maasih ramai lagi kat luar  sana yg sedang menderita kerana x boleh melupakan cinta lama even dah berkahwin dan ada juga yg masih buat skandal dgn bekas cinta pertama walaupun masih terikat dalam perkahwinan. (Mcm mana tu?) Ada juga yg menyorokkan dari pasangan ttg pengalaman cinta pertama masing2, betul tak? Kenapa? takut pasangan kita cemburu?

Ana teringat kata2 suami ana yang dia dpt dari pensyarah dia -  "Fren is privillage, husband is right"
Faham maksud tu? Betul..'kawan2 adalah keistimewaan, tp hak adalah milik suami'. Jadi kita boleh berkawan dgn sesapa sahaja dgn izin suami, tp bukan skandal yer...Nauzubillah..

Bolasepak Piala AFF Suzuki 2010

Salam readers, wah tak pernah ana jadi reporter sukan malam ni, tetiba plak blog ana jadi blog sukan ekekeke..
Rasa teruja pula  nak buat entri bola, sebab perlawanan malam ni lain macam skit...LAwan Tebus MARUAH tu...mana taknya pusingan pertama kita kena belasah dgn Indon 5-1 kan?

Seolah2 kita ni mcam anak ayam yang boleh diinjak2 dan dilenyek2 kan (cam ayam penyet tu!!) jadi malam ni, kita bangkit dan GANYANG INDON sebanyak yang boleh dan mungkin untuk bekalan ke Jakarta yerrr...

Manaa taknya bola sepak kita ni banyak hanyut dan tentu arah dah corak nyer, puas dah  inisiatif dibagi dan galakan dari negara bagi untuk semua pemain dan juga persatuan, tp tahap pencapaian cam tu juga, payah sangat nak di tebak la corak permainan pemain. Penat juga coach tu ngajo ntah memacam cara, tp derang tetap dgn cara derang kalu kat tgh padang...hhuhuhuhuhu

Lagi satu ana bengang juga dengan penyokong fanatik Malaysia ni yg telah mencemarkan imej dengan insiden Laser ke MUka MARCUS tu (hek eleh mamat tu pula saja nak cetus propa la, last2 3-0 kena, x ada pula laser time tu!!) sampaikan permainan terhenti seketika, janganla gitu rerakan semua...yang rosak imej pada Malaysia juga. Korang sayangkan negara n nak sokong x ada masalah, tp  biarlah berhemah. Kasi menang bergaya lah skit..

Pssstt - Dari dalm Tv tgk RAMAI PENYOKONG INDON KUAR STADIUM AWAL, PE CER ? 
CE CETA SKIT ;D

Malaysia 3, Indon 0 - Bolasepak Piala AFF Suzuki 2010

Yeahhhaaaa..sekali lagi Safee Sali pula kasi goall yang ke 2 buat dirinya malam ni...!!!! 

Yeahh Malaysia 3, Indon 0..cepat banyak lagi masa..kasi bekalan banyak2!!!

Emm Marcus pe ce? Takkan kes laser kot bro? ;P

Malaysia 2, Indon 0 - Bolasepak Piala AFF Suzuki 2010

Yeahhhaaaa..sekali lagi Ashaari Shamsudin pula kasi goall...!!!! pada minit yang ke 67 tu!!! Terima kasih pada Nor Shahrul atas leretan bola yang cantik gitu kepada Ashaari, kan bagus cam ni main bola, barulah semangat nak tengok beb.

Yeahh Malaysia 2, Indon 0..cepat banyak lagi masa..kasi bekalan banyak2!!!

Malaysia 1, Indon 0 - Bolasepak Piala AFF Suzuki 2010

Hoooyeaahhh...Goall!!!.. Malaysia 1 - Indon 0, Alhamdulillah bergegar blok rumah ana time ni, semua bersorak gembira ketika SAfee SAli menyumbatkan Goal pertama ke gawang Indonesia. pada minit 62 tadi :D

Ana duduk kat umah jer bersama suami tercinta menonton perlawanan bolasepak ni, seronok juga sesekali layan bola dgn suami...tp sayangnya, perlawanan ni dicemari insiden laser yg membantutkan permainan, emm nak menang pun biarlah berhemah sahabat penyokong sekalian...jgn buat malu Negara..malu lah sampai jadi kecoh2

MELAKA NEGERI YANG SEMPIT (org melaka jangan marah)

Salam readers. Subhanallah lama nya tak update blog ni, mentang2 lah bercuti hujung minggu entri pun x ada yg baru (cam na org nak dtg baca kan? Nuff pun x masyuk la...ekekeke) Tak apalah, nak buat cam na, kesempatan tiada nak update.

Ana tak dapat nak update sebab hujung minggu ni agenda bersama keluarga amat penuh. Syukur Alhamdulillah ana dapat meluangkan masa bersama famili tercinta bercuti ke Melaka. Tp kesibukan dan kepadatan pengunjung luar janganlah cerita yer, memang MELAKA JADI NEGERI YANG SEMPIT!! Em...kalu cuti hujung tahun nak2 masa krismas ni jangan ceritalah kepadatan pengunjung luar ke tempat2 seperti MELAKA, PULAU PINANG, PORT DICKSON & KOTA BAHRU (ini berdasarkan pengalaman dan cerita dari kawan2). Almaklumlah, semua org nak bercuti2 Malaysia ketika hujung tahun. 

Memang Melaka jadi negeri yang Sempit sebab, di kebanyakan tempat semua jem dan padat dengan makhluk Allah kat negeri Melaka, ana kebetulan dapat homestay di area Bukit Katil (mcm yang ana cakap dalam entri ni) jadi nak keluar ke kawasan town jangan cerita lah yer, dari simpang hospital pantai tu sampai ke area Parkson jem nyer MAsya Allah, boleh tahan jem, jadi ana yg nak ke bandar tak jadi terus patah balik ke area MITC (Kota Fesyen MITC). Dari traffic light depan PArkson dah nampak kereta berderet nak ke bandar hilir, jadi kirim salam kami sekeluarga nak ke sana. Mmg sampai ke sudah tak jejak kaki ke bandar pun.

Tengok plat kereta semua banyak plat negeri luar, mmg havoc betul la Melaka, ditambah pula malam ni sambutan Hari Krismas Peringkat KEbangsaan, jadi tak heran semua serba padat n penuh...jalan raya, tempat2 bersejarah dan hotel2...

Sebut pasal MITC ni, dulu rasanya kawasan ke MITC x adalah bangunan cam sekarang ni (wah menunjukkan betapa lamanya ana tak pergi ke Melaka, Melaka dah maju) tapi sekarang sume dah berubah sekelip mata, (so sapa kata MElaka tak best?) yang pasti ada Mydin Wholesale dan deretan kedai2 yg menarik tertarik dan dabbooommm!!

JAdi seronok ke gi Melaka?...Em kesimpulannya ana rasa seronok kerana banyak kenangan tercipta XD (lain macam jer bunyi ekekekeke...adalaaa ;D ) dan ana dapat spent time dgn famili, itu yg penting. For da 1st time ana dapat bawa famili g vacation tu (semua adik beradik termasuk ipar duai semua ada) Syukur Alhamdulillah...

Memang sesuai lah dengan gelaran Melaka Bandaraya Bersejarah 
(Emm sejarah tercipta di Melaka buat ana ;D )

Thursday, December 23, 2010

PMR 2010 - 2A jer

Salam readers. Alhamdulillah hari ni penantian semua student PMR dah pun berakhir, tahniah diucapkan pada semua yang telah berjaya dengan cemerlang. Pada cousin ana yg dpt 7A 2B tu pun tahniah yer...korang mmg teror la. Pada yg tak berapa berjaya, jangan kecewa yer.

Emm... sebut pasal PMR ni, ana teringat ana puna result, yup mmg ana x malu ngaku ana punya result masa tu cuma 2A 6B jer dan ana x pernah menyesal sebab takat itu jer kemampuan ana masa tu, walaupun  kebanyakan rakan2 ana terutamanya kawan baik ana dapat 8A skit pun ana x pernah frust, dan mereka pun x pernah nak bangga diri (tu yg bagusnya)...tp kesian juga kat kwn ana tu, dia x dpt pergi asrama penuh, sampai habis sekolah kami di sekolah yg sama (dia mmg best student, SPM pun gempaq dan dah jadi doktor pun dia.hihihihi)

Pada adik2 yg gagal tu...ana nak nasihatkan janganlah korang kecewa atas kegagalan dalam PMR, sebabnya gagal atau x cemerlang dalam PMR bukan bermakna hidup adik2 dah berakhir. Tp anggaplah ia sebagai permulaan satu kehidupan dan anjakan paradigma dalam hidup.

Oh ya just for sharing, adik2 ana pun x cemerlang mana pun dlm PMR, tp Alhamdulillah dlm SPM kami cemerlang & dah berjaya dalam hidup serta kerjaya...

Wednesday, December 22, 2010

Cinta Tak Kesampaian - Part III

Salam, hrrmmm masih x habis lg ek ana punya cerita ni, maaflah kalu mcm ada yg bosan pula utk m'bacanya. Ana tulis sekadar utk mencoret kenangan lalu...

Emm naik tingkatan 4,ana mula berkawan dengan sorang sahabat, ana mmg dah kawan dgn dia masa sk agama lagi, kami berkongsi kakak angkat, suma cerita kakak chik yg tau, bila hari raya kami akan kunjung mengunjung ke rumah masing2...persahabatan kami ikhlas & x ada agenda tersembunyi, tapi ntah mcm mana ana boleh terjatuh minat pd dia.

Mungkin sebab ana cemburu krn ada sorang junior ni ceta pada ana yg dia minat kat sahabat ana tu. (boleh pula gitu kan)...
Minat pada sahabat sampai ana sanggup pergi tusyen dekat tpt dia tusyen, masuk persatuan silat dan join kelab seni kreatif (wah...teruk kan. Tp kami x lah penah dating @ buat sesuatu yg di luar dugaan, kami masih kawal batas persahabatan tu, ana sertai apa yg dia sertai semata2 nak tgk n dpt jumpa dia jer, tp bila dah nampak tu kami bercakap pun tidak, kira mcm x kenal pun)
Kami masa tusyen siap main tukar2 surat tau.. Ala2 surat cinta konon, tp surat tu bukan ada ayat2 cinta rindu dendam etc, sume ceta pasal aktviti harian dan study.

Ing lagi, kalu ada kesempatan kami akan balik rumah (rumah dia dekat jer dgn bus stop, ana pula sanggup jalan jauh skit pasal nak saing dgn dia, nak balik tu pula sorok2...ana jalan depan dia kat belakang, kekadang tu dia jalan depan ana kat belakang. Tp bukan selalu dpt saing balik skolah, sesekali jer, sebabnya dia ada kelas tambahan petang. ..

(bersambuny...ana kat majlis makan malam ni, buat juga entri walau majlis tgh ligat berlangsung)

Cinta Tak Kesampaian - Part 2

Salam,

ADIK ANGKAT YANG TERANGKAT

Pasal abg angkat kat skolah agama tu, bukan la terangkat sangat pun, memula dia tu share ana pasal dia minat ada sorang kakak kat skolah tu, dia ceta ngan ana macam2 pasal kakak tu, begitu la begini la, ntah macam mana, ana jd tpt luahan hati dia pula...kebetulan dia pun abg senior kat skolah menengah ana. Lama2 ana pulak yg terangkat kat dia, sbb cam rapat, kami jumpa pun masa kat skolah agama jer (masa skolah tu hujung minggu sabtu n ahad, masa kat skolah menengah tak jumpa mana pun, masing2 sombong buat x brapa kenal)

Ada satu hari tu, dia bg surat kat ana, Masya Allah, surat dia punyalah berbunga2 sains fiksyen gitu (dia ni budak kelas sains), jadi surat dia bagi kat ana penuh dgn istilah2 sains n bahasa komik (surat tu ada ana simpan sampai sekarang, masa dpt tu baca dekat 2-3 kali br boleh nak faham apa yg dia cuba cakap...tp bukan lah ayat2 jiwang tau n tak ada maksud dia suka kat ana) dan kami berbalas2 surat...surat yg ana tulis pun rasanya cam berbelit2 bahasanya, (walau simple tp ana belit2kan hahahahaa)

Kami berkawan dekat 2 thn, sampai habis SPM, terus x tau mana. Ana igt masa hari ulangtahun ana masa ana form 3, dia bg sekuntum bunga ros plastik tp ada muzik (Masya Allah, Allah jer yg tau perasaan ana time tu, malu, blushing, suka n etc la) Korang jgn bayangkan yg he is so prince charming who give rose to the princess, maaf imiginasi korang silap, hihihihii..sebab dia bukanlah terlalu charming tp chubby kot hehehehe (tak kisahlah cam ne rupanya pun, janji makhluk Allah).Apalagi lepas dapat bunga tu, kecoh la hari ana masa tu, kena usik dgn rakan2. Bunga tu pula dia spray dgn minyak wangi, ala2 minyak atar kot, sebb bau dia mmg lama lekat, n bunga tu pun ada lagi (to my husband kalu baca, jgn marah yer..) even sume kenangan zaman2 skolah, rasanya ada lagi kat rumah mak ana kot, Insya Allah kalu x dibuang la..
Muzik pada bunga tu pun kalu tukar bateri bunyi lagi agaknya...
 
Hah ana baru teringat, masa time tu dia tingkatan 5 (kalu x silap) ada program usahawan kat sek menengah, dia ngan team dia akan jual burger, tiap2 hari jumaat ke selasa (lupa dah) dan ana dgn malu2 akan gi beli burger kat tpt dia jual tu, (aiishh x penah dpt free derr ;P) tp masa tu , ana masih minat kat brother yg ana admire dari form 1 lagi (masa ni ana form 3 dah) kira kami ni jarak usia 2 tahn.. jadi dtg beli tu nak tgk brother tu la, tp sampai ke sudah ana tak ada apa2 pun ngan brother yg ana admire tu.

Ana igt lagi masa besday brother yg ana admire tu ana bg hadiah kat dia, pas kat org tgh (ana jumpa DOB dia kat dlm buku log, persatuan yg kami join rasanya) tapi rupanya silap tarikh la terbalik gitu.. ana igt besday dia 9 Februari, rupanya 2 September (rasanya la kot no tu, kalu tak kira terbalik la 9hb 2 bukan 2hb 9) so brother tu terpinga la kot, dapat hadiah, hahahaha kelako jer la.

Apa jadi dengan dia agaknya kan? Ana mmg lost contact dgn dia lepas dia habis SPM, tp ana tau rumah diam no tel umah dia, penah juga ana n bestfren ana (sekrang dah doktor dah dia, tahniah la, tercapai juga cita2 dia) cuba hubungi dia, tp mak aii dia punya menjauhkan diri, gaya cam org ilang ingatan, tak kenal langsung dgn ana. Penah juga kami buat keje gila, naik motor lalu kat depan umah dia (ana yg bawa motor tu). Tp dia x ada, cuma tau dia masih tinggal situ la...

Baru2 ni jer terjumpa kat fb dan  kedua2 brother tu dah kawin, sorang dah beranak pinak, sorang dah kawin.

Hehehehee...ana senyum jer masa taip entri ni, kelakar kenang kenangan lalu tu, kalu empunya badan yg baca entri ni, ana minta maaf kalu tersinggung yer. Tak ada niat nak pelekeh kamu pun.

To be continue..part 3

Tuesday, December 21, 2010

Cinta Tak Kesampaian - Part 1

Salam...

Zaman sekolah adalah zaman terindah dan sangat berharga kan, kalu boleh nak putar masa balik zaman sekolah, kan..kan...XD

Tapi tu sume x boleh jadi kenyataan, mana boleh kita undurkan masa yerkk..tipu jer sume tu. Allah dah kata masa tak akan boleh berputar semula.. yg berputar terbalik hanyalah Matahari...Nauzubillah, tu tandanya Kiamat kalu matahari dah terbit dari barat.. Allah hu Akbar..

Bila mengimbau zaman sekolah, Ana rasa cam nak imbau masa zaman sek men (elelelee...time tu ada chenta2 monyet skit ekekekeke) Allah.. x baik ekk..

Bukan nak cerita apa pun, x ada yg boleh menimbulkan nafsu syahwat ker apa...cuma nak ceta cam ne Ana ni boleh  terjebak dlm chenta monnyyett tu. Kira bukan baik mana pun Ana ni, ye la zaman sekolah Ana bukan di dalam kategori chantik atau ramai peminat (emmm perlu ker?) tp minat kat org tu ramai la. Sapa la nak kat Ana ni, skema yer rakan2, garang dan gedebuk skit (tak baik kan, x hargai kurniaan Allah, Astagfirullah)

So kira time form 1 & form 2 tu, masa culture shock skit k, jiwa tgh mentah n muda, tp Ana x adalah buat benda2 tak elok. Dan Alhamdulillah, kawan n sahabat disekililing Ana time tu, semua yg membawa ke arah jalan yg benar (cehwahh, maksud me, bukan jenis yg kaki ponteng etc, sume kaki buku jer, derang pun dah jadi org2 pandai n keje bagus2, Alhamdulillah)

Yang paling Ana tak boleh lupa, masa Ana form 1, anak gatai nak pakai spec tu, konon2 cam rabun, (tp mmg mcm rasa x berapa nampak, kira articmatisme-tul ke eja tu? Kira silau la mata, nampak cam berbalam2 gitu) konon nak ubah imej..cam perasan cantik la time n harap ada org pandang la (Allah, apa niat Ana kan, x baik sungguh)..tp nasib baik x lama pakai kira ada la 2 thn jer kot rasanya (time tu pun abg senior yg ana minat dah habis skolah dah...huhuhuhu)

Masa tingkatan 2, ana skolah agama ie darjah khas kat johor tu, Alhamdulillah tamat dgn jayanya (kira boleh la cert tu laku utk jadi cikgu skolah agama kat jhr tu) Masa skolah tu, ana rasa seronok coz boleh berkenalan dgn ramai kakak2 n abg senior, bayangkanlah ana masa tu umur baru 14, tp rakan2 lain umur 15-17 thn, ada pula umur 20 thn, huuiii bukan senang nak dpt kawan ngan org yg lebih tua dari kita masa skolah tau, campur satu kelas lagi, tak mcm skolah Menengah, kan asing2..(Manalah semua kakak2 n abg2 tu yer...rindu pula kat kalian la, kalu kalian cam ana lagi ) Hah time ni, x ada cintan cintun (ehh cam ado jer, tp bukan cintan cintun rasanya, main abg2 angkat...skali cam terangkat plak...haaippp bukan angkat betul la...kiasan jer tau ;P )

Haiisshhh ado jer la...hihihi

To be Continue.... ;D

Jiwa Kacau

Salam..

Hrmm...ntahla ada yang tak kena dgn Ana ni kan, dlm 3 hari ni dah 2 kali tukar background. (Adakah itu menunjukkan jiwa kacau?) Mungkin bagi org yang belajar psikologi boleh menilai kot. ;D

Tp sendiri rasa ada yg x kena dgn background merah tu, emm pertamanya kenapa warna merah? Bukankah merah menunjukkan garang? Mungkin, tp Ana suka merah sebab ada imej hati. Sahabat pun ada tanya naper pilih merah...Ana cakap sweet jer warna nya..

Tapi tup-tup hari ni aku jadi x tenteram plak tgk warna merah tu, cam jadi hangin jer kan, huh..Memang sah jiwaa tgh kacau. Astagfirullah....Istigfar banyak2 kan.. Allah hu Akbar..

Bila fikir2 balik, baik cari warna yg tenang dan mendamaikan, warna yg disukai nabi. Hrmmm baru Ana igt, warna kegemaran Ana biru ngan hijau..godak template jumpa abstrak background, kira boleh la kot. (Sendiri nak design tak berapa pandai)..cam tenang jer tgk.Korang tenang ker baca blog Ana ni? Kalu menambah kan serabut jer, x payah la baca..bukan ada apa sangat pun blog ni, serba daif dan x brapa berinformasi pun (tetiba datang mood emo plak ni, maaflah jiwa Ana mmg tgh kaco ni, ada yg x kena rasanya..bukan dtg bulan..tp mengejar bulan  yg x kesampaian..huhuhuhu..;D)

"Wahai Allah yang membalikkan (menguasai) hati-hati, tetapkanlah hatiku ini di atas jalan Mu" Amin.

Hakikat Hidup

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum

Kala aku menulis ni, aku sendiri tak tahu apa yang nak diceritakan untuk dikongsi. Perjalanan seharian memang terlalu banyak perkara baru yang dilalui. Tekanan, gembira, bahagia, marah dan amarah. Semua ada kan. Korang pun mesti rasa macam tu kan. 

Hari ni aku ke Melaka, pergi ke hospital Melaka. Bukan jauh sangatkan dari Putrajaya ke Melaka. Dalam sejam 15 minit jer. Pergi Melawat Pegawai atasan aku yang admitted akibat masalah jantung. Alhamdulillah dia tak apa2 cuma doc kata denyutan jantungnya tak stabil. 

Dalam perjalanan tu, aku sempat membaca novel  Islamic Pembangun Jiwa – Tribute Buat Nenda Karya Rashidy Jamil Muhammad Ar Rashid. Novel tu sangat bagus untuk pengisian jiwa. Bergenang juga airmata ni membaca kisah hidupnya yang disulami dengan sirah2 nabi dan para cendiakawan serta ilmuan islam yang tak pernah aku tahu. 

Tadi ketika membaca kosmo onlie aku terpanggil untuk membaca artikel tentang ‘Dakwah Cara Fatimah dan Farhan’ aku tertarik tentang kata-katanya  - Sebagai penulis, sudah menjadi tanggungjawabnya untuk mendidik masyarakat atau berdakwah melalui penghasilan penulisan yang berkualiti dan membina keperibadian muslim.

“Apatah lagi, saya memang sangat takut dengan hisab Allah pada setiap patah perkataan yang saya tulis. Jadi saya akan pastikan jika ingin mengupas sebarang isu, ilmu atau sebarang kefahaman, maka saya akan merujuk kepada sumber-sumber yang muktabar iaitu al-Quran, sunnah dan perbincangan ulama-ulama yang disegani seperti Sheikh Yusuf al-Qardawi, Abdul Karim Zaidan dan Dr. Wahbah Zuhaili. 

“Saya tidak akan menulis mengikut logik saya sendiri kerana saya tahu kelemahan diri. Bahkan Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda: ‘Sesiapa yang menetapkan satu ketetapan yang buruk dan ia diikuti, maka mereka akan berterusan mendapat saham dosa sehingga ke hari kiamat”

Jadi bila fikir balik tentang penulisan aku kat blog ni, aku jadi takut pula  jika terdapat kata2 aku yang boleh merosakkan orang, Nauzubillah. Lantas aku terfikir yang aku perlu gunakan medium penulisan blog ini untuk ke arah kebaikan, bukan setakat sebagai diari online dan kenangan masa hadapan, tetapi juga yang boleh bermanfaat. Jadi orang yang membaca blog aku ni bukan semata-mata untuk release tension, atau mengetahui tentang cerita aku tetapi boleh mengambil sedikit pengajaran dan iktibar di dalamnya. Insya Allah.

Psst – Kalu contest cam ne ek?. Tu nak kira cam ne?

Ku petik kata-kata penyair Arab dalam novel Tribute untuk Nenda -

"Kita disibukkan pagi dan petang dengan hajat-hajat kita. Sedangkan hajat bagi orang yang hidup itu tidak pernah habis-habis"

Monday, December 20, 2010

Homestay @ Stay Home?



Salam readers.

Me rasa teruja sangattt dan gemmbiirraaa giler rasa nak lompat2  menari macam tarian balet kat atas tu ;D (Sebab x pandai le  me taruk pic tu hehehehehe). Buang tebiat apa? Tak la, sebenarnya hari ni me rasa lega coz planning me n my famili nak pergi vacation hujung minggu ni akhirnya terjawab sudah. Insya Allah. Uols nak tau, td dah la me penin kepala mencari hotel2 kat melaka, semua penuh beb....homestay jangan ceta le. Abis me 'geladah' website cari ceruk mana ada tpt utk stay...tp hampeh (Me geledah time rehat yer...) Maklumlah hujung minggu ni kan Krismas, then Melaka pula jadi tempat Sambutan Krismas Peringkat Kebangsaan, mau x penuh semua tpt, ceruk rantau orang booking. Sampai rasa frust. (Adik me pun sama penin, dia pun cari gak, tp penuh)

Memula kami adik beradik mmg plan nak stay sana after gi wedding our cousin, tp my mum kata x payah, so we just follow her, tup-tup last Sunday my sis cakap mak kata suh cari hotel coz nak bermalam kat sana...mau tak menggagau mencari, me telepon sales person hotel yg me ada, pun x dapat nak nolong weii.

Last2 me cuba tanya one of my fren yg duk Melaka...Alhamdulillah dia perkenalkan me dgn kak ak angkat dia yg baru nak buat homestay....so korang tengoklah sendiri yer:

MERAK HOMESTAY @ TAMAN MERAK MAS, BUKIT KATIL, MELAKA

Ni laa rumahnya, double storey. Yang terletak di Taman Merak Mas, Bukit Katil, Melaka
Rumah 4 bilik tidur, 3 bilik air yang fully furnish, boleh memuatkan 5 buah keluarga...
Dilengkapi air-cond di setiap bilik dan dapur memasak. Memang mcm rumah la...


 Ni pula ialah master bedroom...

Bilik ke 2, bilik-bilik lain pun sama juga..queen bed.


 Ruang tamu...tv plasma uols...pastu ada kerusi urut plak tu (hotel ada ker?) XP


 Ruang makan


Dapur...
 Ni pula taman mini yang ada di tepi rumah tu.. how nice isn't  it?



 Siap ada gazebo untuk bersantai


 Kolam ikan yang mendamaikan....


Taman mini....cantik tak? 
Kalu nak buat barbeque pun boleh dan dibenarkan...


So uols...macam mana, tertarik menarik dan da boom tak homestay ni? Me rasa bukan cam nak duduk homestay beb...tp cam nak STAY HOME jer kat situ...ekekekeke...
OOppss lupa pulak...korang mesti nak tau kan harga dia..korang agak2 la brapa agaknya harganya..kalu hotel mcm ni jer dah dekat RM500++ kan.. Yang ni korang agak brapa? Emmm salah....

Harga dia RM 300 jer beb semalam...memang berbaloi2!!!! 

So apalagi.....save your date n go to Melacca.

Kalu nak tau detail atau how to get the contact no, emm silalah email kat me ok (maaf x dpt nak bg contact no, coz me x minta kebenaran owner tu nak reveal the contact no.) asfieda_1313@yahoo.com

Cehh gaya me promote cam la me dah duduk kan, tak per nanti lepas dah duduk sana, me update lagi k.. Seronok nak duduk umah cantik ekekekekeke.....

Ekekekeke x sabar nyer....sengeh sampai cam ni sekali hahahahaa

Pssstt - Allah sentiasa membantu orang yang dalam kesusahan kan? Syukur Alhamdulillah, me sangat2 terhutang pada kawan me tu, Moga Allah sentiasa merahmati dia selalu. Amin

Antara 2 Jiwa

Salam readers...n selamat Monday Blues (sure punyalah monday blues, like me) Cuti 2 hari cam x kecukupan jer kan. Time ni lah nak spent time puas2 ngan anak2 (bg yg ado ya) n suami. Me 2 hari ni mmg spent the quality time with him, dah 1 week x jumpa kan...byk cerita nak share n agenda nak buat (hahh jgn pk yg bukan2 yer...ehem, bukan bout sexual k, byk agenda urusan rumahtangga yg perlu kami buat) hahahahaaa,korang kalu bab rumahtangga otak mesti pk yang tu jer..ahaksss

Alhamdulillah, syukur pada Allah kerana so far our marriage getting quite establish (for time being, hope will be forever. Amin) Bukan senang nak bina kekuatan & persefahaman dlm berumahtangga. Tambah pula dlm keadaan kami ni yg dah 2 thn tanpa cahayamata (but its ok for me, walau kekadang rasa nak mengandung sesangat, coz my frens around me rite now ni, mcm lari berganri2 uols, lepas sorang,sorang bersalin, mau x cemburu...tp kena redha ok..Allah Maha Mengetahui) 2 tahun kira muda lg, ada yg dah berbelas thn masih x ada juga n they live happily jer...

Sebut pasal 2 jiwa ni, me terpanggil utk menulis ttg hati dan perasaan. (Sori yer kalu me tetiba cam nak jd kaunselor kejap, ahaksss jgn mare.;D) Sebab me ada terbaca kat fb n drpd rakan2 me ttg masalah hati dan perasaan ni. Perkahwinan yg di bina yg baru mencecah 1-5 thn merupakan satu tempoh masa utk menyesuaikan diri dan mencari titik keserasian antara pasanan tersebut. (Cehh, fakta ke auta?Ee betul la ikut survey jawi...)

Untuk dicintai seseorang, kita harus mencintai mereka terleih dahulu.Kita kena bekorban hati dan perasaan kita dulu utk menagih kasih syg org lain..dlm dunia ni mana ada free kan...

Tp dalam persoalan rumahtangga, mmg akan ada 1 ketika, sang pasangan merasakan, hanya dia sahaja yg seperti menagih cinta drpd pasangannya,manakala pasangannya bersikap dingin. Mari sahabat2 n readers sekalian renungkan semula...asal usul percintaan korang masa sebelum berumahtangga, sebab kemanisan ini adalah berkaitan dengan kita dan pasangan. Andai kemanisan telah kita kecapi ketika belum berumahtangga, maka kemanisan berumahtangga juga akan pudar. Believe it...Islam pun mmg dah bg garis panduan dlm perhubungan kan..
Kalu x takkan byk kes2 perceraian (di kalangan artis kita boleh tgk kat paper baik sebelum berkahwin hingga mereka bercerai kan)

Jadi my advice...kembali kepada kejadian diri & Pencipta.Apa yg boleh dibuat, perbaiki dan muhasabah diri. Perbanyakkan amalan kerohanian kepada Allah.

Pssst - pandangan ni adalah pandangan peribadi n hasil perkongsian ilmu drpd sahabat yg lebih pakar, jadi me pun share la ngan uols..

Sharing is caring..

Sunday, December 19, 2010

Mulianya Tetamu


Huraian:
Setiap insan yang mendiami bumi ini seharusnya menjalinkan hubungan sesama mereka dengan adab-adab muamalah dan pergaulan sosial yang baik sama ada berbentuk perkataan yang baik dan enak didengar, kejiranan yang mendamaikan dan layanan terhadap tetamu yang selayaknya. Semua ini adalah unsur-unsur keimanan seseorang kepada Allah SWT yang menyuruh kita agar berakhlak mulia yang akan memberi manfaat di dunia dan akhirat. Beramal dengan apa yang terkandung di dalam hadis di atas akan mewujudkan kesatuan ummah dan menjinakkan hati manusia serta menghapuskan sifat hasad dengki di antara satu sama lain sebaliknya akan meluaskan perasaan kasih sayang yang berpanjangan.

Dugaan Itu

Salam readers. Uols buat apa hari ni? Melepakz ker mcm me buat ni? Ekekekeke. Sekali sekala duduk umah diam2 jer jgn gi mana2 k. (Mcm bleh percaya muka me kalu x berjalan hujung minggu).

Emm br lepas entertain my fren yg dtg bertandang ke rumah, dia dtg ambil brg kiriman dia tu Sayur MIDIN tu...me jamu la sekali dgn nasi goreng kampung + ikan terubuk masin + kek lapis srawak + teh stawberry CH. Hihii, pepagi lepas solat me dah kelantang keluntung siapkan  makanan tu, pukul 8.00am siap, tp tetamu nya datang kul 10am...hihihihi. Tak kisah la janji dia dtg...she come with her famili. Rumah me yg senyap sunyi ni kalu sesekali org nak dtg me rasa happy..ada gak org dtg berziarah, (boleh la bawa kuar dosa2 kecik  me skali kan :D)

Oh ya 2-3 hari ni me asyik berchat kat FB ngan my fren, actually dia yg tegur me dulu, me notice dia online tp x ada la nak tegur, tp ntah nape dia tegur me dulu, me jawb la n layan. Sebenarnya dia ni kwn skola Menengah dulu, kami pernah close sekejap (eheemmm lain mcm jer statement tu? Sapa ni? XD) pastu masing2 meningkat dewasa bawa haluan sendiri n x jumpa dah..sejak ada FB br dpt contact balik. Sembang itu ini, kisah  masa dolu2 n memacam la yg rasanya boleh di share dan diimbau semula...

Tapi yg buat me terkejut, rupa2nya dia sedang menanggung kesakitan, me tak tau la dia sakit apa n dia x reveal pun apa penyakitnya...bila bercerita dengan me, dia ada sebut nak sgt jumpa me n one of our fren, kalu boleh nak jumpa dlm masa terdekat n secepat mungkin. (Me dah x sedap hati bila dia sebut cam ni, me ni slalu pk yg bukan2 kalu bab2 cam ni) Dia kata dia dah x larat tanggung sakit tu, n asyik makan ubat pun bukan makin baik, tp makin teruk. EMm kesian dan simpati pula me dgrkannya, dah la kami dah lama x jumpa, bila tau ceta cam ni, lagilah la rasa syahdu beb...

Entah me pun tak tahu naper 2-3 menjak ni org2 yg me kenal n rapat semua berada dalam penderitaan dan kesakitan..Mereka cam tau jer bila masa mereka akan dipanggil Allah. Tp me selalu cakap kat diorg, jgn igt org yg sakit akan pergi dulu, mana tau me yg sihat segar bugar ni yg akan pergi dulu. Ajal maut kan di tangan Allah...


Me selalu fikir kesakitan adalah ujian. Allah menguji pada hambaNya yang sabar dan tabah sahaja. Buat sahabat, teman dan kawan yg sedang dilanda masalah @ menanggung penderitaan kala ini, aku hanya mampu mendoakan kesejahteraan kalian di kejauhan...Moga Ketabahan menjadi milik kalian selalu...Amin

 

Sekadar renungan; 

Abu Qatadah Ibnu Rib’i al-Ansari r.a menerangkan bahawasanya satu jenazah telah dibawa berlalu di hadapan Rasulullah SAW maka berkatalah baginda :“Orang yang beristirahat atau orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya. Para sahabat bertanya: “Ya Rasulullah, siapakah orang yang pergi beristirahat dan siapakah orang yang pergi supaya orang lain beristirahat daripadanya? Nabi menjawab : “ Hamba yang mukmin pergi beristirahat daripada kepayahan dunia dan gangguannya kepada rahmat Allah. Dan hamba yang fasiq, beristirahat daripadanya segala hamba Allah, negeri, pohon dan binatang.”

(al-Bukhari dan Muslim)



Huraian
Sesungguhnya orang yang meninggal dunia itu terdiri dari dua golongan iaitu golongan orang yang beriman meninggal dunia menuju ke suatu tempat yang aman yang membahagiakan. Mereka sudah terlepas daripada kepayahan dan ujian dunia menuju kepada rahmat Allah SWT. Sedangkan orang yang buruk akhlaknya, kematiannya itu merupakan satu kerehatan untuk penghuni dunia daripada terus berhadapan dengan kejahatan dan kemungkaran yang dilakukannya. Kematiannya dituruti dengan kesengsaraan dan balasan azab daripada Allah SWT.

Bersabarlah

Saturday, December 18, 2010

Cerita Cinta Bumi Kenyalang - The End of Journey....

Salam readers...emm rasanya cerita me dah sampai ke punghujung dah. So lepas ni korang tak payah risau yerk.. :D
Tapi berkunjung ke Kuching Sarawak, merupakan pengalaman yg best...Tq org S'wak;; XD



bersama barangan yg diangkut @ Kuching International Airport



menu dlm flight utk penerbangan tu..syg x ada ais krim dah...
makanan tu pun habis me bedal...lapo oo..

Giveaway - Saya Nak Kain Itu!

saya join GA ni pula...
due date 21 Jan 

jom join kat SINI

ezloveycraft 1st giveaway

join GA ni pulak
due 12 jan (sehari sblm my beday tu ;D)

Korang meh la join kat SINI

nak tag semua readers blog kecik me n sesapa yg bc blog me ni...ekekekeke

The Lucky 10 Draw by Erin

me join contest ni (wah lamanya x join contest)
due 20 Dec

senang jer syarat2 nya...korang ce tengok kat SINI

Friday, December 17, 2010

Dalam Hati Ada Taman!!!

Salam, yippieee...

Malam ni me happy berganda2 uols...kalu tadi pasal my BE sekarang pasal visitor plak...kan dulu me penah ckp, me x penah pun jumpa visitor lebih dr 2 org, tp mlm ni me jumpa lebih tu...eee suke2 sangggaaaatt.. sume pasal entri x sedo diri me NI kot..agagagaaa..bukan selalu kan

 mula2 me tgk ada 3 org termasuk me...x lama lepas tu...


ada tambah sorang lg...weee tu yg suka sangat..
(walau bukan berbelas2 pun kan, biar kecik tp trasa dihargai ;D)

Bila Suami Tak Ada, Me Bawa Balik Skandal!!

Salam.

Emm, memang hubie me tak ada, masa me balik dari Sarawak last Wednesday, dia dah pergi Lumut till Saturday. Eee, boringnya tinggal sorang2, n uols pun tahu kan me ni kan P***Kut. So tetiba nak hilangkan boring and bosan sesorang, me terjumpa seseorang...

Me ajak dia datang umah me, dan dia setuju.Wah sangat la happy coz ada teman, dia datang semalam. Me ajak dia stay ngan me sampai Sabtu. Dia pun tak kisah sebab dia single. Hubie? Eleh dia sporting, dia x kisah me nak bawa balik sapa pun...

HAAHAHAHAAA...entri gila kan, boleh rosak rumahtangga uols...jangan tiru tau!!!

ni haa, my fren masa zaman kanak2 ribena, kebetulan dia keje kat area sini, so me ajak la dia teman, walhal masa sekolah tak rapat mana pun gegitu jer...eheeee

Cerita Cinta Bumi Kenyalang - Part VI

Salam readers...emm cerita tak habis lg ekk...actually bukan nak cerita apa nak share gambor jer...ekekekekeke

UiTM di HatiKu!!

Me di bawa gi kat sini, tempat biasa org datang utk cari UiTM (bukan universiti laa)




ni haa UiTM tuu


tu rege jer..tp me dapat brapa tau RM30 = 10 ekor, korang jgn x caya!!!
betul me x tipu, me beli kat bhgn luar pasar, dekat pintu tu, uols jalan terus jer then belok kiri, kat bhgn hujung tu ada jual, kalu kat dlm pasar tensen beb, byk sgt saingannyer..
Ce tgk ikan tu segar kan...mmg segar n fresh lg br garam..isi tebal
Ada setengah tempat tu, kering n kuning tu maknanya dah lama.
(Me br jer goreng td emm sedap n x masin sgt, fresh lg rasa beb..perrggghh ngenciss air liur hahaha)


Proses menggaram ikan terubuk



Pas tu kawan me bawa me gi cari MIDIN..tau tak apa tu MIDIN? Ialah sejenis sayur ie mcm paku pakis.. kawan me kirim, kalu x,tak gi cari juga..

Antara pasaraya yang me nampak dalam perjalanan nak pergi ke Batu 7, nak gi cari Midin punya pasal.


Me nak ke Batu 7, jalan ke Batu Kawa...




Ni lah tempat me nak gi cari MIDIN, kawan me kata kat sini murah skit, kalu kat pasar tadi tu mahal..bleh cecah RM 10/sekilo


Hah ni lah sayur MIDIN tu, mcm paku pakis... ;D


Ni pulak kawasan pasar tu, majoriti kawasan cina ni, so org cina byk meniaga kat sini



Ehemm..korang nampak ker tu? :P 
Ada jual yer kat sini, tp kawasannya di asingkan...eeeyyarrrkkk

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!