Tuesday, November 30, 2010

PENGANTIN BARU NAK BAGI HADIAH!!

~ENTRI NI DAH KENA LEKAT SAMPAI HUJUNG BULAN~
(nak baca entri baru scroll yer)



Yeayyy me buat GA lagi!! Sukenyer (hahahaha syok sendiri!! ;P)
Ok GA kali ni me buat on behalf of my sister yang baru kahwin...perrrgghh darah tgh manis ngat! hahaha
Syarat-syaratnyer senang jer:


  1. Kena jadi my follower (kalu dah ok ler tu) psstt ada hadiah misteri utk follower number 131 (jgn lupa prnt screen yer)
  2. Buat satu entri pasal GA me ni (sesimple yg boleh, x payah nyer nak bodek2 k ;P)
  3. Copy pic di atas dan letak dlm n3 korang juga letak kat sidebar k
  4. Macam biasa link kan n3 korang dekat komen dibawah
  5. Cukupla tu...hehehehee
Hadiah kali ni macam banyak jer nak bagi...memacam hadiah ada esp door gift pengantin tu!! (Korang nak ker? Apa door gift nyer? Nanti me upload later key)
 (Kalu ramai yg join, bleh me bg manyaakk, kalu tak ada sambutan skit jer la. 

TARIKH TUTUP GA NI PADA  6 DISEMBER 2010
(KIRA CUKUPKAN SEBULAN ADIK ME JD PERANTIN ;p)

Thursday, November 25, 2010

Congratulation Dear

Salam uols.

Hari ni hari paling bermakna buat dia, setelah berpenat lelah dan bersusah payah hampir 2 tahun lebih, akhirnya dia dapat menggenggam juga Sarjananya itu. Tahniah abg. Me dedicate this entri for him ;D

"Abang, tahniah atas kejayaanmu, tiada hadiah dapat sayang berikan cuma sekalung doa dan harapan moga kejayaan dan keceriaan sentiasa bersamamu. Sayang hanya mampu memberikan sokongan moral. 


Hari ini ketika kau melangkah menggenggam ijazah itu, airmata bergenang di tubir mata, terkenang segala jerih payah yang kau lalui selama ini.Abang, biarlah segala kepayahan itu hanya kita yang tahu, biarkan mereka yang menipu, menganiaya dan dengki denganmu itu mendapat balasannya. 


Abang, jika arwah abah masih ada, tentu dia akan gembira, kerana abanglah satu-satunya anak yang mengikuti jejak langkahnya hingga ke tahap ini. Abang telah buktikan. 


Abang, abang tidak keseorangan, sayang akan sentiasa ada disisimu, tika susah dan senang, usahlah abang berduka atas dugaan yang melanda, kerana Allah sedang menguji abang dengan kesusahan ini. 


Yang selalu menyayangi mu - Isterimu"


Majlis konvokesyen UiTM ke-73 

Tuesday, November 23, 2010

GA Yang Suram

Salam, apa kabar? Em me tak dapat nak update sangat pulak, walau ada BroadBand DG tapi tidak brapa stabil la, huhuhuhu.

Straigth to the point, ni kali ke-2 me buat GA , tp nampaknya mcam tak ada sambutan kan, nape ekk? Adakah kurang promosi n publisiti? Atau sebab tak buat BW? Atau sebab Hadiah yang x brapa hebat?
(Eleh dah buat tu, diam2 je la kan, x payah bising2. Kalu orang tak nak join biarla, yang sedih2 tu nape?)

Lorr, bukan nak merungut ke apa, coz me macam nak bg kat ramai jer, tp kalu sambutan kurang, kang jadi mcam GA hari tu. Sume me bagi, x kisah lah kan sapa je yg join, bukan masalah beso pun, betul tak?

Moral of stori - ingat senang ke nak buat org join GA kita? Bak kata orang ukur baju badan sendiri, tp pepatah me, tgk blog sendiri n perbaiki la utk tarik minat org betul tak? ;P

Sunday, November 21, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU!! (PART 2)

Assalamualaikum, awas ni adalah entri bergambar part 2, ni sume pic yg me snap konon jd photog of the day la...layan je laa yer, sume pic w/out editing (me x suka edit, kekadang je :P)



       













Amacam okeh ker? to be continue....

SELAMAT PENGANTIN BARU!! (PART 1)

(Awas ini adalah entri bergambar)

Assalamualaikum, maaflah kalu entri ni macam dah lewat sangat kan, dah basi gitu. Tapi x apalah yang penting isinya kan. :P

Macam yang uols tahu awal bulan aritu me menyambut orang baru ie adik ipar der. Majlis yang berlangsung di rumah me pada 6 Nov haritu dan menyambut menantu pada 13 Nov. Mmg sedikit sibuk tu yang blog tak berapa terkini. Jom layan pic yg hubie me snap guna Iphone 4 beliau, bleh tahan u pic ni..cantik gak compare ngan dslr


adik mekap sendiri utk maj nikah

me like this post, sudut yg menarik tanpa sebarang editan


dia mmg terserlah gedikzzz hahahah

she with our beloved mum

Pssstt - uols dah join tak GA dari pengantin? kalu belum cepat ada kat sini

Cerekarama TV3-KARMA SALINA

Salam hujung minggu.

Buat apa tu? sronok ke hujung minggu korang? me? SAtu hari duk kat umah buat keje2 rumah okeh (ada tanda ketidakpuasan hati di situ :P).  Housekeeping yg x seberapa keeping hahahaha, bleh gitu?. Tp tak per esok harap2 hari yang ceria.. Yippiee!!

Okeh, ntah tak tau nak tgk cerita apa (baik ngaji kan, tak nak plak) last2 tukar tv3 (mcm x berbaloi jer langgan astro beyond kalu ceta sume x besh!!!!) skali ada cerekaram lah pulak, layan je la, tv buka lappy pun buka. Jadi apa ceritanya?

Ntah apa cerita la n motif dipermulaan tu, Sofea Jane (Aina) isteri kepada Azman (Ady Putra) dan ibu kepada dua orang anak HAris (anak Jalil Hamid) dan JU (sharifah AMani) yang tertekan dan stress dengan situasi hidupnya, anak-anak yang degil dan tak dengar kata, suami yang tak ambil peduli asyik berjudi dan mengabaikan rumahtangga. Tapi yg tak bestnya Aina keje asyik menjerit2 dan bertempik2 (haiila sakit telinga daaa, bawa watakk terlebih sangat beb atau dialog mmg begitu, x ada yg rendah suara, pada me sesetengah scene tu tak kena gaya kalu dia nak menjerit, ceh pandainyer komen ;P). Suami yang dayus dan tak bertimbang rasa. Halau bini dia gara-gara anak dara dia lari dari rumah kerana tak tahan dengan situasi hidup.  Aina duduk di rumah perlindungan bersama haris, Azman ditangkap kerana merasuah. Anak perempuan mati kena rogol.

At the end baru me perasan nape tajuk ceta tu KARMA SALINA rupanya ada kaitan dengan cerita cerekarama SALINA tempoh hari daa...patutla tajuk ceta tu cenggitu, me cari juga apa kesinambungan tajuk dengan watak coz x ada sorang pun nama Salina.

Yang pasti dua-dua arahan Erma Fatima.

Friday, November 19, 2010

Semangat Yang Hilang

Salam...


Hadoilahh..dushhh kasi tumbuk skit bagi sihat, lemah longlai tak bermya jer rupa me (korang mana nampak hahahaha). Bukan apa GA n contest oleh blogger2 sekalian alam ni bukan main banyak tuu, tp me x ada mood la nak buat, kalu ada mood pun tak berkesempatan nak buat, tahu2 jer dah  due. Nape ni yer?  Mana perginya semangat harimau belang me yang dulu begitu teruja dan berkobar ni wehh.. haissh tak boleh jadi ni, mesti kasi semangat balik ni. Kena pulihkan semula....fffuuuuhhh sana  fuuuhhh sini kasi hembus atas bawah, kasi buang itu malas, kasi datang itu rajin (hahahahahaaaa...apa daa ni bukan mandram atau mantera tau ni meraaapppuuuu hihihihiih)

Thursday, November 18, 2010

Jemputan kepada Blogger oleh Producer CRAYON

Salam, tadi me BW kat blog Kak Ina dan terbacalah n3 ni, so rasa terpanggil utk menulis dan mempromosikan berita ni kepad kengkawan semua (me copy paste dari n3 kak ina jer, dia bagi...huhuhu)


"Dear my friend blogger semua..
Dah tengok movie Crayon??? kalau belum cepat pi, sebab esok last main kat GSC.. opsss sedih..movie yang bagus, tapi tak mendapat sambutan, dan bila melepasi syarat wajib tayang, kalau panggung tak nak mainkan dah enough la.. tapi kat TGV masih dimainkan.


Ok, saya ada msg dengan Dean pengarah filem ni di FB, and ada inform Dean, saya boleh minta tolong blogger untuk promote filem ni, ehemmm but it's too late la. kan..



tetapi Dean minta saya hubungi Elis, orang kuat penerbit filem ni, dan Elis ingin saya mengajak blogger yang ingin turut serta program mereka. Programmnya kat bawah ni.

dan ini maklumat dari penerbit :-
The kenduri gathering with anak2 yatim is one of our efforts to help the unfortunate along with our message of hope as disseminated in CRAYON.
Kita tak expect apa2 pun dari bloggers other than be part of our team to docsr. (this is bila saya cakap, takut blogger tak nak cover event ni, sebab program dibuat kat rumah anak yatim, and blogger hanya highlight event bukan filem, jawapan dia very humble kan?)

In any case, the persembahan will be as follows:-
1. Persembahan nyanyian oleh anak2 yatim
2. Persembahan tarian dari anak2 yatim ala2 dance michael jackson yg ada dalam CRAYON
3. Persembahan tarian "shuffle" oleh adek Joshry Adamme (Afiq)
4. Persembahan nyanyian lagu "SATU" (last song in CRAYON) oleh Faisal Abdullah (Rafaat) dan saya (lagu yang saya kata best sangat tu)
I'll try to be there @11, and rush balik ke Putrajaya by 3pm, sebab ada komitmen lain pulak. Harap ramai blogger akan join ye..


Bloggers... please.. i need your help, please spread this.. copy paste entry saya ni, and letak kat blog masing-masing, sebarkan... jemputan ini khas buat blogger sahaja, free media, cover event ni, Insya-Allah next time, next movie, producer dah tau siapa diaorang akan invite for film launching akan datang. Kalau yang belum menonton CRAYON, please do, kerana saya jamin anda semua puas hati, cepat.. pawagam dah nak hentikan tayangan... give last minute support.. Siapa dah copy paste entry ni, please tinggalkan link saya akan fwd kepada penerbit, utk reserve invitation. And please make it sticky mode kat blog masing-masing until Sunday boleh?? kalau boleh la.. jasamu ku kenang buddy."
 
Kalu uols nak baca cerita tentang Crayon bleh baca kat SINI 
 
 
Psst - orang Malaysia kalu ceta x brapa best walau sarat dengan msg tak maknanya nak tengok betul tak? 
 
Psstt - my  GA masih kureng sambutannyer :( ke uols nak tgk hadiah nyer? 

Salam AIdilAdha @ Hari Raya Korban

Salam Aidiladha Sahabat (rasanya masih lagi dalam mood raya kan). Tapi tulah kalu sebut raya Haji suram dan muram je suasana. Ada yang sampai tak meraikan pun cuma sekadar gi solat sunat raya jer mcm me ;( .
Tapi tula kebanyakan umat Islam kat Malaysia ni tak begitu menghayati tentang kepentingan meraikan dan mengingati Hari Raya Korban ni, walhal hari raya ni lah paling bermakna dan besar pahalanya sekiranya kita melakukan ibadah korban.

Bagi yang tak melakukan korban, korang digalakkan untuk pergi membantu orang-orang lain yang membuat korban ie menyembelih, melapah atau tangkap lembu korban tu pun tak per (me dgr kat Ceramah Agama di Forum Perdana Ehwal Islam tadi) dapat gak pahalanya. Paling tidak pun kita bersedekah. Tapi ramai ker yang bersedekah time raya korban ni? Agak-agak ada tak yang kena marah kalu minta duit raya? Mesti ada punya sebab smalam kat status FB kawan me ada tulis cam ni ... "Tolong jangan minta apa yang tuan rumah tidak beri dan tolong jangan beri apa yang tuan rumah tidak minta" cenggitu la bunyinya tapi yg me faham mestilah duit raya agaknya isu tu (mengikut tafsiran me, kalu my fren tu tafsir lain tak tahu lah pulak)


Selain tu ada juga kawan me yang tulis kat FB, dia cakap 'kesian kat binatang yang kena korban tu, rasa tak sampai hati dan kesian sangat, tapi manusia juga yang kenyang'. Me pun komen kat status dia cenggini 'Kalu rasa kesian kat binatang korban atau binantag lain pun sekiranya binatang tu halal di makan oleh orang islam dan sekiranya disembelih mengikut syariat islam kalu tak silap me masa belajar agama , ustaz penah cakap HARAM bagi orang tersebut untuk memakan daging atau binatang tu disebabkan perasaan kesian kat binatang tu" macam tu la me komen (rasanya ustz cakap macam tu yg me masih igt, tp kalu ada kengkawan yg lebih arif harap dapat perbetulkan)



Dan yang paling menunjukkan kedangkalan me ie jarang gi solat sunat raya ni, me konpius adakah org yang solat sunat ni tak mendengar khutbah raya, solat sunat dia itu sah atau x. Apalagi ada la kengkawan yg jawab kat status me buat kat FB tu dia kata tentulah sah dah namanya solat sunat....hehehee nampak sangat ilmu agama ni perlu dituntut lagi...

Sunday, November 14, 2010

Bila Isu2 2008 Dikeluarkan Semula


Salam uols...selamat berhujung minggu.

Wah pagi ni dah panas dgn isu Cik Mat Pot (u know urself k :p) Jadi front cover HM lagii tu. Gi cari paper harini @ baca online beb.

Lagi satu me nak share, nampaknyer lately ni ramai rakan2 sama ada FB, Blogger ada terima emil yg mengatakan @ berkongsi ttg kes2 jenayah yg sgt menakutkan pembaca esp kes budak colek bayi, jenayah sana jenayah sini. But dont u guys realise yg ceta2 semua tu cam sama jer mcm thn 2008 masa nak PRU 12. Taktik penceritaan sama cuma tempat, masa jalan cerita je diubah skit.

Me bukan ahli persatuan politik mana2, cuma rakyat marhain biasa yg ada rasa tanggungjawab. Sebab byk cerita @ kes jenayah yg menakutkan rakyat mesia untuk keluar ke mana2 (like me yg x ada anak pun rasa takut tau)

Why dis stori come out? Haiissh korang x rasa ke ni cerita golongan yg berkepentingan n nak menyatakan yg Malaysia ni macam x secure semula like 2008, (ni yg me dah mcm terasa dah ni)

Well tetiba jer n3 hujung minggu kuar cerita ni, coz hubie yg tlg xplain kat my bro td apa isu yg sebabkan byk ceta jenayah kuar kat paper lately ni.

Psstt - sayangilah keharmonian negara kita kan


Friday, November 12, 2010

Sape nak hadiah free dari Paris?

Salam..whaaaa me n3 GA lg (jgn mare yer)


due 20 Nov ok

me nak tag:

mamazharfan
mamatisya
mama akif





Birthday Lucky Draw_13 -16 nov 2010

Me masuk GA ni plak... senang jer beb syarat nyer...
Kat SINI tau

Due 16 Nov yer kawan2

1st Lucky Draw by HEZE SUZE

Salam..

me join contest ni haa due 30 Nov
sempat lagi kan ;P

korang x nak join?
Join arr SINI

me nak tag;

mamatisya
mamaakif
broframestone

psstt - tq mama zharfan coz tag me ;D

Thursday, November 11, 2010

SLOT AKASIA TV3 = DRAMA CHINTA ~ TAMAT SUDAH!

Salam...

Hah kan betul me kata dekat n3 Ni yang si Chinta tu mati dan Rasul n SAidatul pun live happily ever after...hahahahaaa..suke ngat. :p

Nape me kata cam tu, yer la asyik ceta drama kalu ending jer mesti si heroin n hero get together2 jer, bio la kali ni lain skit. Tp mushkil gak coz ada bau2 ceta 'Ayat-ayat Cinta' time penghujung ju tukan. Emmm

Me mmg tgk cerita ni dari mula2 sampai le end ptg td. Bukanlah best sgt, sekadar release tensen. Nak kata pelakon2 tu best? EMmm, bleh la nak hidupkan watak tu. Tp me mmg suke plak tgk watak si Saidatul @ Faradhiya, nampak sweet n menjadi la dia bawa watak kali ni, kalu x asyik watak garang @ penggoda. Dia putih n bertambah manis pulak bertudung, (me doakan moga2 dia bertudung terus, comel jer. Amin)

Tp watak utama tu..me mcm x puashati jer, coz dlm ceta bukan main cam tu (tp realitinyer hampeh) aiisshh pelakon ni semata2 menghayati watak jer ke kalau berlakon yer? Tak ada ke nak ambil iktibar dari apa yg dilakonkan mereka? Kalu dalam bab watak, mmg sesapa pun menjadi jer, tp derang patutnya amik iktibar dari apa yg dilakonkan, bukan semata2 kerana kerjaya mereka gitu. Sebab mcm hipokrit sangat2 la semua pelakon statement kalu press aju soalan, emm saya mmg suka watak gitu gini, tp in real life..so s***, tak baik kan tipu penonton..

Opppss  x mo cakap panjang2 nanti kena saman, macam yg tgh hangat ni. kes TUTTTT..
Tu la tendang bola ke dinding bola balik ke muka :p


Agak-agak DIMP tu kan kena tarik balik tak? Chooppppp...tak mooo gosssiiipppp syhhhhhh

Al-fatihah juga buat Syamrin Fotograf yg meninggal petang td. Allah lebih menyayangi beliau!

Chinta Mati Ker?

Salam uols.

Wah hari ni last day drama Chinta (uols tgk ker?). Me tgk coz time ptg ni jela me dpt realese tensen kat opis. Mlm kang hubie je yg akan tgk.

Emm agak2 nyer apa ending drama ni yer? (me tgk bkn pasal si FS tu tau, dah dia pelakonnya, kalu org lain me rasa me tgk gak)

Eee bestnyer kalu ending tu si Chinta tu mati kan, bleh ler si Saidatul n Rasul live happily eber after hahaahaa..(jahatnyer me)

Tp rasanya mcm tu jer bunga2 gint tu, takper kita tungguuuu..!!!!

Naper ler Idup Nak Dengki je?

Salam...aMboii2 x nak zz ker?

Jap arr wat satu n3 lagi, dok ngah smgat kang (nape tetiba slang alih beserah ni?) ni gegara bc blog member tpt lama le si ELAJS, terus tertukar slang plak. Tak per arr, windu plak nak cakap sana. Kalu kecek  ngan member kat kuantan tu, kompom slang timur tu timbul, kalu dak, takder nyer nak bunyi pun.
Td masa tgh tgk n3 lelama si Ela ni, jeles plak me tgk keseronokan derang, siap gi main boling tu dgn team daerah lain. X ada pun kes busuk hati n dengki (ada gak tpt yg ada  beb, tgk tpt la)

Tp serius n jujur me katakan, time me merantau keje kat kuantan tu seronok jer, walau me org luar tp ikatan  n hubungan antara staff okey jer (ada pun sorang tu jer yg lain mcm, tp berjaya dipatahkan....heheheheh pakatan berjaya...hahahahaha)

Tp kat tpt baru ni...Nauzubillah, stress + tensen beb. Maha (sori to use dis word..nak describe betapa worst sikap tu) PENDENGKI  + BUSUK HATI...teramatlah banyak n pelbagai cara dilakukan utk 'Mengusir' keluar sesapa yg derang x berkenan, bab2 kipas, sapu buntut ke dan yg sewaktu dengannya tak usah cakapla, x ada harmoni langsung di antara sesama pekerja (me pun dah termasuk org yg di'aim' tau) (teruk ngat ke me ni?, heii x caya gi tanya kat tpt keje lama tu, brapa byk musuh me dah buat? brapa byk org me dah gaduh, ada ke? Bukan nak cakap besar la, tp seigt me, me tak penah pun cari pasal ngan sesapa) tapi kat tpt ni, jgn kata me dibuat musuh, sesapa saja yg nak betulkan kebenaran tunggu le saat kehancuran derang..(adakah me seterusnya? Nauzubillah).

Apa korang igt korang besar ngat ke Kuasa tu? Allah Maha ADil dan Berkuasa, Tiba Hari PEmbalasan, korang tunggu jer la, doa orang-orang teraniaya makbulkan?

Maklumlah kami ni macai n pencacai jer, tak dipandang mana keluhan n  aduan-aduan yg dibuat, pandangan dan pendapat x diterima, "Kau Kuli AKu BOs ada Faham?" gitu lah gayanya..

Macam mana nak maju n kehadapan..kalau dah sikap -ve tu sentiasa ada je dgn orang, patutnya support each other, ni tau SApi punya Susu Lembu dapat Nama tau!!

Pssstt - tetiba n3 emo ni nape? Me jeles ngan Ela coz dia main bowling...wuahahaaaaaa

Wednesday, November 10, 2010

Makan=Gemuk ?

Salam uols...

Syyhhhh, me guna Mac Pro hubie ni..curik2 pakai coz dia dah tido ;P
Lappy me rosak la pulak kena virus, ni sume pasal me download paint.net (ada sesapa tau pasal program ni? gara2 benda tu le lappy tetiba ada 'security' program muncul, puas dah godak n godek dia x mo padam @ hilang, hubie pun x tau nak buat mcm ne...aaiisshh kacau betul la)

Kalu ikut hati dah nak tido dah ni, tp tak boleh coz perut se'eh (sey eh = penuh sgt) byk ngat makan malam ni. Mana tak nyer hubie rajin belikan nasi air, dia dah makan sblm maghrib (me belum makan lagi), pastu lepas maghrib dia suh me masak plak, lauk simple jer ie sardin + telur dadar + ikan bilis goreng = sedap :D

Then sambil lipat kain baju + tgk lappy + tgk tv (wah byk nyer bende nak buat) tetiba teringat nasi air yg ada 1 bekas lagi tu, nak simpan ke makan? so me decide nak makan coz kalu simpan nanti terbuang je la jawabnyer.

Rasanya badan ni dah naik, sendiri pun rasa x selesa apatah lag baru2 ni hubie ada tegur yg dia tgk badan me dah naik. EMmm what to do? bukan x beringat, tp duduk berdua ni bila bab makanan tu yg masalah, hubie me jenis yg x suka makan lauk bermalam @ makan skit, tp kekadang kami beli lauk cukup2 jer utk 2 org, tp tup-tup masih ada balance lagi, nak simpan utk esok gerenti nanti me buang juga {coz me pun dah x lalu makan, dan byk kali dah jd mcm tu, sedih jer tgk makanan kena buang tau ;( }
So dari terbuang baik me makan, walaupun kadangkala dah rasa penuh, tp kerana rezki x nak dibuang (melainkan dibuang hampasnyer tuttt ;P) so badan pun bagai dipam-pam la...huhuhuhuhu

gumuk ke me?
ni kira yg paling panas dari oven la..masa adik me kawin hari tu, 
color biru putih theme dia...

Doktor Cabul Pesakit Dengan Ciuman?

Assalamualaikum..
Apa khabar korang? sihat? ALhamdulillah. Lama tak update blog. Sibukla minggu lepas, maklumlah nak menyambut orang baru (cheewaahh bunyi meriah nampak ;P). Betul la nak sambut orang baru, walaupun ipar kan? ;P

Wah apa kes tajuk ceta n3 PANASS tuu mcm tajuk kes ACK (sekarang ni tgh hangat sangat2...sampai keluar front page hmetro kau. Apa Kes? gi la korang google, me tak campur). Alkisahnyer ahad lepas.. Me kena cium dengan sorang doktor ni, perrgghh psiko beb doktor ni, main cium2 tuu...maunyer tak MARAH..hanging satu badann tuuuu!!!!

Tapi me macam suke jer kena cium...sebab ciuman dia best!!!...(peerghhh apa ni? Giler ke apa?)
Sebab me kena cium dengan ni...






Heheheheeee...uols jangan mare yer..me try buat prank n3..hehehehe me menang contest dekat page doc farynn tu nak baca? Ni Ha dan kat SINI...


Pssstt me kan mmg chocolaholics kan..dpt plak coklat Kisses tuu...mmg beshh terbaikk
Neway tq doc farynn

Thursday, November 4, 2010

Dia Akan Pergi,

Salam,

Lagi beberapa hari jer, dia akan pergi, pergi meninggalkan alam remaja, alam solonya. Melangkah pergi ke alam lain, yang tak pasti kedudukannya. Dengar kata orang semua indah belaka, seronok kerana dapat bersama si dia, yang haram jadi halal, yang teori jadi praktikal. Dia selalu dengar kata orang semua manis-manis belaka, semua penuh bunga-bunga bahagia. Masa bercinta kentut pun jadi wangi, yang buruk semua tersembunyi, yang buruk semua disorokki. Merajuk mcm mana berjaya juga dipujuknya.


Tapi ada yang kata perkahwinan itu ibarat perjudian, jika pandai main percaturannya, bahagia kekal selamanya, jika tidak pasti merana di tengah jalan, yang buruk akan terserlah, yang dipendam akan terkeluar, kentuk akan terbau busuknya. Bila kawin, banyak hati mahu dijaga, yang perempuan akan kena lebih dengar perintah suami (itu sudah semesti, kerana Allah dah berfirman dalam AL-Quran) jika baik percaturan suami, baik lah jadinya, jika tidak akan berat sebelah, antara lebihkan keluarga isteri atau lebihkan keluarga suami, jarang didengar pasangan yang dapat atasi masalah ini, banyak yang berat sebelah sahaja yang di dengar.
Lebih malang lagi apabila kawin rupanya suami anak emak, (tidak salah mendahulukan ibu, dalam Al-Quran dah ada, ibu itu perlu diutama) memang masalah besar jika suami tak pandai tangani. 

Tak lama lagi, dia akan pergi, pergi menjadi isteri, melangkah penuh  gembira bersama dengan si dia, keluarga bukan lagi keutamaan, perintah suami yang harus diutamakan, tinggalkan semuanya, emak,ayah, kakak, abang,adik dan saudara, (ikatan mmg tetap akan ada x akan pernah putus atau patah, cuma tak akan sama seperti sebelum berumahtangga, tak percaya? tunggu dan lihatlah)

Bila dah jadi isteri, tanggungjawab tergalas sudah, bukan mudah mcm didengar, berat dan payah, kalau sebelum berumahtangga semua boleh dibawa berbincang bersama, egonya boleh direndahkan. Tapi bila dah berumahtangga akan ego jadi keutamaan, jika tak dengar cakapnya atau melawan, dia akan mengamuk sakan. Jangan biarkan masalah rumahtangga hanya dipendam dan disimpan, kerana ia 'Ibarat Gunung Merapi, apinya sikit tapi panasnya perit, ibarat tsunami, sekali datang, musnahlah segala isi' (pepatah karang sendiri)


Tolak ansur, kesepakatan, persefahaman semua memain peranan, di awal permulaan, semuanya jadi cubaan, tapi akan bertahankan sehingga 759 hari? Itu belum pasti, usaha ikhtiar dan doa pada Ilahi. Kerana perkahwinan bukan untuk mainan, bukan  untuk melempiaskan nafsu semata-mata. Ia adalah penyatuan 2 jiwa yang berlainan jantina untuk hidup dalam harmoni, mencari keserasian. Ramai jer yang tak mengerti, kawin 2-3 hari ada yang bercerai sudah, kerana tak persefahaman, ada juga 1-2 tahun pun timbul tak ada persefahaman. Kenapa boleh terjadi sedangkan masa bercinta beriya berjanji sehidup semati, kaulah pujaan hati, tiada galang ganti. Tapi bila dah dapat semuanya semua dah tak bererti.


Dia akan pergi, pergi menjadi isteri,
Jadilah isteri yang berbudi pekerti, menjaga maruah dan aib suami, persiapkan diri seindah dan selayaknya walau dalam rumah. Jangan hanya waktu bekerja atau berjalan keluar, bila di rumah dah rupa pembantu rumah, rambut serabai pakaian terabai rupa tak dirapi bau macam-macam  bau. Ingatlah aurat itu utama, dengan saudara dan ipar duai jangan lupa dijaga, sehelai rambut = 60 tahun di akhirat sana (dosa suami yang bawa).

Dia akan pergi, pergi menjadi isteri,
Kudoakan agar bahagia mengiringi, jangan dilupa pada kami, walau renggang akan lahir juga nanti, silap kata harap dimaafi, kini tak boleh lagi kita berkongsi, kerana suami perlu ditaati, kalu dulu kita berkongsi cerita, pasal segala dan masalah bersama, kini hal rumahtangga harus dijaga, maruah dan aib jangan dibuka, jika teruk atau buruk kena pendamkan juga. (tapi  jika akan membuatkan diri menjadi separuh gila, perlu luahkan jugakan...)

Tuesday, November 2, 2010

Yeayy Berjaya AKhirnya!

Salam..

Alhamdulillah rezeki pertama di bulan November...menang GA di Blog Kak Ina untuk bulan Oktober, ni kali ke 2 rasanya join kak ini nyer GA ni, coz me tahu susah nak dapat coz ramai yg join (sume nak kan kad kak ina yg chantek2 tu :D ) contest result bleh tgk kat SINI



tu nama me 



ni lah hadiah yg akan me dapat...sekeping kad quilling dr kak ina.. 

TQ KAK INA KERANA MEMILIH SAYA...=D

Monday, November 1, 2010

Ade Mak Kesah?

Salam...

Emmm neway tak terlambat rasanya nak ucapkan tahniah pada Negeri Kelantan yang telah memenangi Piala Malaysia last Saturday. Akhirnya setelah berhempas pulas, memerah keringat berjaya gak derang memenangi piala yg menjadi rebutan tu u.

Pada bloggers kelantan korang mesti suka gilerr kan...hihihihii

Sebut pasal bola ni, me mmg angin satu badan beb. Yer arr kat Wall FB me ada ler membuat teguran tentang sikap penonton yang membuat sampah sarap yang begitu ketara kelihatan masa perlawanan tu kan (uols pun tahu sapa) me tulis tidak la menyebut sesapa, sekadar meluah rasa kerana sikap masyarakat kita yg masih x berubah, adaler 2-3 'status' gak me update. Semua berkisar pada sampah sarap yg me lihat time perlawanan bola tu.

Yang me nak cerita ni, adalah seorang kawan tu dia siap boleh kondem me secara terang2an lg kat wall dia pasal tak puashati dengan me punya status, ok fine, status tu hak peribadi masing2 kan, lantak pi la apa nak tulis pun, janji jgn mention nama sesapa atau ditujukan khas buat sesapa, ni dah la dia x puashati kat me, siap boleh pulak ada mak nenek ni tukang 'simbah minyak pada api' tu, menambah perasa pada komen kawan me yang x puashati kat me tu, tau la x puashati, x payah la nak kutuk orang terang2 kan. Me pun tak ada komen apa sekadar baca jer (nak ma***s kalu me komen, kang x pasal2 bergaduh besar dlm FB)

Emm lantaklah kau labu...

Bak kata kawan me: 
"Biar kalah bertanding tapi menang budi bahasa!"

~Selamat Ulangtahun Sayang~ 011110

Assalamualaikum semua...
Emm lamanya kan tak update blog ni, seminggu tue, maaf lah seminggu yg lalu bz kena jadi jaga kursus pastu tenet  pulak buat hal, membazir jer tambah duit nak guna, ingat 'line clear'. Tak perla..benda dah berlalu okes.

Hari ni nak cerita gembira sebab hari ni hari gembira =D

Sebab hari ni Hari Lahir Adik Me yang ke...tak boleh bg tau rahsia...hahaha, jadi ni n3 ni me tujukan buat adik me (me tahu dia akan baca punya,hehehehe).

Ni ler sorang adik pompuan yang me ada, yang slalu buat gaduh, buat kawan, tempat meluah perasaan, pinjam barang, pinjam duit etc...hihihii. Jarak umur kami 3 tahun jer, tak jauh mana. Dan dia memanglah seorang yang ala2 gedikz tu (hihihii jgn mare yer dik)..sejak dari kecik suka melaram n fotogedik =D
Tp pada pandangan me, dia ni jenis muka fotogenik (jgn mare yer puji adik sendiri) sebab amik la dari sudut yg macam mana pun, gambar tu akan tetap nampak cantik.

Kami ni dari kecik tak pernah ler nak kamceng ngat, yang akan buat kami rapat bila masa gaduh. Pergghh bila kenang balik peristiwa masa membesar dulu banyak pahit dari manis. ;D
Main tarik rambut, pukul, lepuk tendang-menendang tu perkara biasa bagi kami. Main kejar2 lari satu rumah pun sama...aiiishhhh memori2 =D
Tp itu dulu, kini bila dikenang2 me tersenyum sorang-sorang. Mana taknya memori tu tak akan berulang semula kan, ianya hanya berlaku sekali jer dalam seumur hidup kita. Dah besar-besar ni, kami lagi rapat, berkongsi bermacam2 cerita kehidupan, baik hal cintan cintun mahupun kerja2 seharian.



Buat Adik, 

Akak ucapkan selamat Ulangtahun Kelahiran, moga ulangtahunmu kali ini akan membawa erti yang besar dalam kehidupanmu. Jadilah seorang wanita yang berjaya didunia dan akhirat. (Tak mo ngada2 lagi tau =P). Tiada hadiah istimewa yang dapat akak berikan, kehadiranmu dalam hidup akak amat bermakna dan akak sanggaatt sayang padamu!!

my lovely sister...u know that u r always in my heart 

Queens of my heart




p/s: Tahun ni dia raikan ulangtahun terakhir sebagai anak dara, tinggal beberapa hari lagi je dia akan melangsungkan perkahwinannya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!