Tuesday, August 31, 2010

Huh...Penatnyerr

Salam ramadhan....
Short entri...penat n letih, makan banyak agaknya. 2 hari berbuka di luar 2-2 kat hotel bukan nak riak dah rezeki bulan Ramadhan.. :D

Balik rumah sampai dah lewat hari ni, coztadi berbuka di Double Tree Hotel by Hilton (will update the stori later) tetiba buka blog mama zharfan tgk kena tag la pulak, dah tu due GA hari ni lak, fuhh semput gak aku mengedit apa yg patut utk join da GA.. tq to kak suzie coz tag me (org dah tag takkan x reti2 nak join...ni last minit punya join la ni, harap2 diterima :D)

Aku banyak nyer hutang ngan 'blog' aku ni...ada few entri nak kena update n WAJIB lak tu coz dah promise ngan org nak update n promote their place...ngee...sabo yer...

Oh rasanya macam nak buat GA gak la...hadiah dah beli dah...wat types of GA tu yg tgh pk....any idea guys?....

WARDAHWARDROBE 1ST GIVEAWAY

aku join contest ni
due hari ni 31.8.2010
korang nak join klik SINI

slogan nyer:

saya nak menang blaus dari wardahwardrobe kerana
........................ (tidak melebihi 20 patah perkataan).

Pakaiannya menawan menambat mata
Fesyen terkini muslimah trendy
Menutup aurat paksi utama,
Selesa dipakai elegan dipandang
Muslimah disanjung Islam dijunjung

aku nak tag:

Noor Afzan
Mama Aina
Mama Qistina

Monday, August 30, 2010

Ka-Ching PreLoved Nak Bg Duit Raya


aku join GA ni
korang nak join? klik jer SINI
Pengumuman sehari sebelum raya 9 Sept 2010
Hadiah-hadiahnya ni ha:

Hadiahnye:-
1st Duit RAYA RM50!!
2nd Duit RAYA RM30!!
3rd Duit RAYA RM20!!
4th Duit RAYA RM10!!

Sunday, August 29, 2010

Alhamdulillah Rezeki Ramadhan

Salam Ramadhan

Yeaayy hepii sangat hari ni n smalam.. nape ek? Coz smalam my hubie dpt msg dkt FB dia menang contest organize by DoubleTree Hotel got 1 Tour pas at The Makan. Then hari ni me plak dapat msg kat FB gak mentioned me as 1 of the winner, tp x tau lak hadiah apa. coz dia dah mention sesapa yg menang tp x respon dia bagi kat org lain, agaknya me ni pemenang gantian kot? :D tak kisah la menang apa pun yg penting me ni proxy jer,hubie yg buatkan ngehngehngeh

Tu hotelnya...cantik tu

Hotel Doubletree by Hilton ni baru jer beroperasi kat Mesia ni, so derang wat promosi la utk fames kan hotel derang. Best kalu dpt stay 1 night kat situ kan...ngee...tp yg pasti me hepi ngat coz both of us menang..Alhamdulillah.

Me Join da Club?

Salam Ramadhan...

Ngeee...mood hepi ngat. nape?

tu dia...my own Iphone :D

My hubie beri izin i beli hp ni, dah lama dah idam since my sony ericson dah meninggal a few month ago, sedih gak coz byk no hp kengkawan yg x dpt diselamatkan.
Then i like Iphone so much coz dah terpengaruh ngan my hubie yg mmg kaki Apple tu, hp dia i slalu kaco..emm mmg best nak compare ngan blackberry (kan blackberry dah kena band kat a few country) coz Iphone mcm laptop bergerak easy n user frendly n can do a lot of things...suke-suke...
My sis pun dah sambar satu smalam, me baru hari ni...heheh

Welcome to da Club...ngeee

Saturday, August 28, 2010

GATHERING GENG BLOGGER AGAIN!!

Salam Ramadhan. Hari yang ke 18 Ramadhan.

Pekabo semua? Sihat @ ada yang sakit2...biasalah dugaan kan dalam bulan puasa ni, aku sendiri awal2 puasa hari tu pun demam n batuk2 yang teruk sehingga x larat nak pergi mana2 pun. Tp ntah macam mana batuk tu hilang sendiri (ubat pun dah habis makan)

Oklah hari ni rasa hepi sangat coz me meet again with them a.k.a Geng Blogger. Ni En. Joe le yang arrange, me x register pun dalam form yg dia buat, tp dah inform will be attend at last minute. Kang isi form tp x datang sian dia. Kali ni me nak update, coz hari tu masa 1st Gath kat Putrajaya me x update pun kat blog, baca kat blog org jer...so see da picture n enjoy seeing. :D

tu dia ramainyee...ni geng time main bowling


ni my teammate..Danial (psst bf Ayu ni ngee), Hafis, Munsyi n Me

tu markah aku..ASF tu...ckit jer...x terror pun :P


ni ngan kengkawan yg bleh thn fames la.. esp Joegrimjow, Long Hafis, Broframestone, Kaizaren, Ayu, Danial, Azrul & alamak bro pakai topi n baju biru tu me x igt nama...sowii
(psst kat blakang tu ada Zool la @ ligakampung..yg pakai topi hitam)

 
me & kaizaren (awek bro ni :P)


ni time buka puasa kat Dataran Kemerdekaan S.Alam
-broframestone, me,eazy & Kaizaren


haa pic ni me nak sgt show off :P coz ada sapa tu?
Arif Shah ngee...fames gilos mamat ni, n off coz ada Joe, Shafirul, Kaizaren, Eazy
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
psstt
.
.
.
.
pssttt ada pic spesel

jeng

jeng

jeng

Ariffshah tu diaa...hahahaaa &
awek cupcakes...heheheh (sori lupa nama)

Thats all da journey today...aku harap aku la yg 1st update hehehehe...enjoy n jgn marah yer..

Friday, August 27, 2010

Doa Makbul di Bulan Ramadhan

Salam ramadhan.

Apa kabo korang sume? Alhamdulillah dah 17 Ramadhan kita sume berpuasa. Hari Nuzul Al-Quran hari ni. Hari utk kita renung2 ttg bagaimana Allah turunkan Al-quran.
Korang puasa tak? Hah mesti ada yang x bleh puasa kan. Nak-nak yang bergelar perempuan. Mana pernah cukupkan, melainkan pregnant @ monopouse @ sakit macam aku. Itu dah namanya kelebihan yang ada pada perempuan. Lelaki ada gak yang ponteng puasa @ x puasa gak kan?

Ramai para ulama' dan ilmu agamawan yang berkata (dalam hadith n Al-Quran pun ada) Ramadhan ni barakahnya amat berbeza berbanding bulan-bulan lain. Apatahlagi jika mohon sesuatu yang baik @ yang tak baik kepada Allah akan sesuatu permohonan @ Doa.

Aku nak share pengalaman aku ntah yer atau kebetulan tentang peristiwa dalam bulan Ramadhan ni. Minggu lepas aku mengalami tekanan @ stress yang boleh tahan la, sampai rasa migrain. Boleh dikatakan masalah di tempat kerja la. Agaknya aku ni x pandai buat kerja kot :P Disebabkan  tekanan yang aku alami n tak tahu macam mana nak solve coz aku rasa jalan penyelesaiannya hanya dengan satu cara. So malamnya lepas solat maghrib aku pun baca yasin. Aku kalau stress n problem aku akan baca yassin (tu kan hati Al-Quran) utk dptkan ketenangan.Sebelum baca yassin aku mohon pada Allah minta tunjukkan kebenaran, siapa salah siapa betul. Lepas baca rasa tenang n lega sangat.

Tp beberapa hari yang lalu aku mendapat khabar yang membuatkan aku tersentak. Perubahan bakal terjadi. Aku terdiam seketika. Allah makbulkan doa aku @ mmg kebetulan. (Apakah perubahannya? Utk pengetahuan aku saja, coz PnC gak kalu dicerita, silap2 org salah tafsir). Tp ianya mmg berkaitan dgn doa yang aku mohon.

Sukar utk percaya...tp tadi masa dengar ceramah agama ustaz ad cakap yang Allah memang suka hamba2nya meminta2 dari Nya (kalu minta2 kat manusia lama2 manusia akan cemuih..meluat)

Bulan Ramadhan adalah bulan utk umat Islam berdoa memohon dan meminta apa sahajanya...kerana Ramadhan penuh barakah.

MANDI WAJIB @ JUNUB

Salam Ramadhan.

Lamanya aku x kemas 'rumah' aku ni, cian dah berabuk...org pun x sudi datang. :D
Ni nak share artikel aku dapat dekat FB...utk panduan bersama. Harap lepas ni...jangan ada mandi yang tak sah yer...




Telah dipastikan bahawa terdapat terlalu ramai dari kita yang tidak sah mandi wajibnya...saya kongsikan artikel ini untuk semuanya...sila share atau copy di blog masing-masing..terima kasih-azarudin bocheh.

Assalamualaikum,
Berkongsi sedikit ilmu… dari JAKIM.

Mandi wajib yg betul…..
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanahair kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul.

Untuk melakukan mandi wajib yang betul, seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.

Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Haji Mat Jais Kamos, 49, menegaskan, bagaimanapun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di Pejabat Agama Islam Gombak Timur dan penceramah, didapati banyak umat Islam yang tidak mengetahui perkara ini.

“Akibatnya, mandi majibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah. Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul,” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur .

Mandi wajib yang juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap orang yang mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara. Pertama, niat. Kedua , menghilangkan najis di badan.Ketiga , meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala.”
Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”

Niat itu di dalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.
Bagi perempuan yang habis haid, niat mandi wajib ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: ” Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.

Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah. Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.

Mengenai rukun mandi wajib yang ke2, iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan , menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan, najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib. Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.

Sementara rukun mandi wajib yang ke3, iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir , meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan, sama ada bulu2 yang jarang atau lebat. Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul, sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka. Bulu2 dalam lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Tetapi sekiranya, bulu2 di dalam hidung itu bernajis, ia wajiblah dibasuh.

Mengenai kuku pula, jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.

Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai, mandi wajib seseorang itu tidak sah. Oleh itu, seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu. Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana?..
Inilah yang rumitnya. Sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.

Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai. Inai sebenarnya akan meresap ke rambut, tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.

Tetapi dalam hal ini, jangan pula ada yang salah faham. Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis, bukanlah bermaksud menjadi tidak sah. Dalam hal ini, sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.

Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.

Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula, Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja, iaitu keluar darah haid, nifas dan melahirkan anak(wiladah) .

Mandi wajib boleh dilakukan di mana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.
Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula, mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh, tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.

Selepas bersetubuh pula, jika ia dilakukan pada waktu malam, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.

Panduan Tambahan
1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku).
(HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

4. Untuk punya bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur.

5. Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.

Rahsia 13
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……


1. Niat Sembahyang Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2. Berdiri Betul Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3. Takbir-ratul Ihram Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4. Fatihah Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5. Ruqu’ Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6. I’tidal Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika di dalam kubur.
7. Sujud Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8. Duduk antara 2 Sujud Akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur.
9. Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita di padang Mahsyar.
10.Tahhiyat Akhir Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11.Selawat Nabi Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12.Salam Memelihara kita di dalam kubur.
13.Tertib Akan pertemuan kita dengan Allah S.W.T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda : “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

KAWAN-KAWAN MANDI BETUL-BETUL TAW :D

Tuesday, August 17, 2010

Sanggul Yang Haram?



Salam ramadhan.
Alhamdulillah dah masuk hari ke-7 berpuasa, sekejap je rasa.tinggal hanya 3 minggu jer lebih kurang sebelum berlalunya ramadhan. So di kesempatan ni aku cuma nak shara info yang aku terima melalui FB. Bukan apa lately ni ramai sgt yang mengikut fenomena yang begini. Menutup aurat tu tak salah, tapi kalu dah berfesyen yang sebegini, memanglah salah. Tak kena gaya rasanya dan untuk apa sanggul tu tinggi2 ? Cantik sangatkah?. So tak mo komen banyak, jemputlah baca apa yang aku kongsikan ni.



Di ambil dari: http://ilmudanulamak.blogspot.com/2010/07/sanggul-tinggi.html


'Sanggul dalam keadaan biasa yang dibuat wanita untuk mengemaskan rambutnya untuk mengelak dari mengurai, tidaklah ada larangan... Syarak terhadapnya asalkan ia tidak mendedahnya untuk tontonan orang ramai (selain suami, mahram dan sesama wanita) kerana rambut berada dalam kawasan aurat yang wajib ditutup. Adapun sanggul yang dibuat untuk tujuan fesyen dan untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain (yakni sekalipun berada di bawah tudung, tetapi menjadi tarikan kepada orang lain) dibimbangi wanita yang melakukannya tergolong dalam salah satu dari dua golongan ahli neraka yang disebut oleh Rasulullah'

'Di dalam hadis di atas, bukan larangan sanggul yang dimaksudkan oleh Nabi apabila menyebutkan “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta…”, akan tetapi tujuan sanggul itu dibuat iaitulah untuk menarik perhatian orang lain kepada mereka di samping mereka mendedahkan sanggul itu untuk diperlihatkan kepada orang ramai.'

'Menurut Imam an-Nawawi; maksud ungkapan Nabi “kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta” ialah mereka membesarkan rambut di kepala mereka dengan melilitnya dengan kain serban atau kain-kain lilitan yang lain (Syarah Soheh Muslim). Jelaslah kepada kita bahawa yang dimaksudkan oleh Nabi dalam hadis di atas –berdasarkan tafsiran ulamak- ialah fesyen-fesyen yang dibuat pada rambut untuk tujuan menarik perhatian orang lain.'

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."

Jadi renung-renung dan fikir2kanlah yer. :D

* Disebabkan dah pernah terbaca n tahu pasal hukum bersanggul sebegitu, ada ketika rasanya nak nasihat jer org kedai, rakan2 @ perempuan yg aku jumpa agar tidak bersanggul sebegitu rupa. Tp apakandaya imanku lemah dan hujahku dangkal rasanya. :( *

Saturday, August 14, 2010

Rozel oh Rozel

Salam ramadhan..

Alhamdulillah dah selamat berbuka untuk hari k-4. Menu hari ni; bubur lambuk, nasi goreng kampung, sup ayam, ikan tenggiri dan sayur. Bunyi mcm byk jer..tp portion nyer skit jer...cukup arr utk kami 4 beranak makan. Nampakanya weekend kali ni aku x dapat berbuka bersama2 ngan adik2 yg lain coz adik no 2 ke rumah mak mertua, yg no 3 x balik berbuka bersama tunang katanya, entahlah.

Ni  nak ceta pasal bunga rozel, kat umah mak ada 6 batang pokok, tanam dalam pasu jer, tp bleh tahan hasilnya, merasa lah air rozel buatan sendiri. Orang kata rozel banyak khasiat, kalau x, takkan ramai yg berebut2 tanam betul tak?
bunga rozel yg mak cah tanam..


ROSELLE terbukti kaya dengan anti oksida untuk: * Menyegar & mengembalikan tenaga
* Menghilangkan selsema & sakit tekak
* Meredakan batuk & mencairkan kahak
* Menyihatkan & mencerdaskan minda
* Mengurangkan stress & sukar tidur
* Mencegah kanser & penyakit kronik
* Menstabilkan tekanan darah tinggi
* Meningkatkan daya tahan tubuh
* Membantu proses pencernaan
* Mencantikkan kulit & awet muda
* Mengurangkan kolesterol yang berlebihan NUTRISI ROSELLE

Roselle, merupakan satu tumbuhan herba semulajadi - mengandungi kandungan Vitamin C yang tinggi, dianggar pada 280mg pada setiap 100gm kaliks Roselle yang telah dikeringkan. Ini menunjukkan kelebihan vitamin C yang ada pada Roselle berbanding dengan buah kismis hitam. Ia juga mengandungi vitamin-vitamin lain seperti Vitamin D, B1 dan B2. Selain vitamin, ia juga mengandungi hampir 486mg Kalsium, jumlah yang cukup banyak serta mengandungi Magnesium, Beta-Carotene dan OMEGA-3. Ia juga mengandungi anthocyanine (antioksidan). KEGUNAAN ROSELLE DALAM DUNIA PERUBATAN
Ramai saintis percaya pengambilan Roselle akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana ia menghadkan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas (Roselle kaya dengan anti oksidan). Banyak penyakit zaman moden dikaitkan dengan masalah tekanan oksidatif akibat daripada aktiviti radikal bebas yang berleluasa pada hari ini. Aktiviti radikal bebas menyebabkan berlakunya proses penuaan pantas terhadap manusia.Ia juga membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengatasi hipertensi, anti infeksi bakteria, membantu proses pencernaan dan mencegah kekurangan vitamin C, mencegah peradangan pada saluran kencing dan pembentukan batu ginjal, mengandungi Flavonoid yang berfungsi sebagai antibiotik pembunuh kuman-kuman penyebab penyakit serta penyaring racun dalam tubuh.

KEGUNAAN TRADISIONAL ROSELLE
Roselle digunakan secara tradisional untuk melegakan batuk dan demam dalam masyarakat. Di Sudan, roselle diproses menjadi minuman tradisional yang dinamakan Karkadeh dan merupakan minuman kebangsaan orang Sudan. Salut bunga ini boleh diproses menjadi pelbagai jenis hasilan seperti minuman, halwa, jeli, sos, jeruk dan serbuk atau helaian minuman roselle. - tq to http://www.khasiatroselle.tumblr.com/

Aku x brapa minat ngat, tp bila dah buat air tu minum jer la..tu pic yg aku snap kat depan umah, bukan besar ngat tanah depan umah, bak kata orang sekangkang kera jer..tp memacam pokok2 n tanaman yg ada, dah mcm kebun kecil aku tgk. Orang kata berbudi pada tanah, merasalah hasilnya. :D

Ada Apa Dengan Buku?

Salam ramadhan...


buku apa ni?

Tetiba aku teringat nak upload buku penuh nostalgik ni utk tatapan semua..esp buat Dr. Mazwela kat Hosp Ampang tu. Psstt Maz, ko igt tak pasal buku ni? Lupa dah?

Buku ni dah berumur hampir 16 tahun....tak percaya? serius tak tipu..elok lg dlm simpanan aku ni nasib baik x dimakan anai2...buku masa tgh muda mudi remaja gitu, buku apa ekk? sebenarnya buku ni aku n maz tulis novel...hahaha, gile x igt kami time tu, suka tulis2 novel , jgn x percaya uols..nak2 aku la, kuat berangan n rajin sangat mengarang, sebab tu masa form 4 amik sastera. Kira jiwang karat tu aku la orang nya. Tp sekarang akak nyer jiwang karang tu dah tumpul dik non...x ligat mcm muda mudi remaja.

Buku ni boleh dikatakan nostalgik coz kisah didalamnya ialah kisah cinta yg x kesampaian...opps akak tgh angau time tu, form 2 dah gila bayang ahaks,  akak tulis skit, n maz tulis skit..alah buku 40 pages..byk mana lah ceta boleh tulis, buku yg x ada sampul tu da 1st book, yg bersampul tu kira 2nd book... siap ada cop lg tau..tuu diaa
 ni sign hakcipta terpelihara :P oleh Maz

 Aku sayang sangat nak buang, walau pun sekadar buku 30sen jer time tu lah  tp punya sentimental value yg tinggi, ttg persahabatan, perjuangan, keakraban 2 orang sahabat yg sama2 melayari alam remaja yg penuh dengan suka duka, drama, propa etc...hahahahaaa. (Maz i really miss da moment...time gossip2 depan rumah ko, duduk atas simen kat depan pagar rumah kau malam2...lepak 1-2jam hahahaa. Ceta ttg abg psycho tu..hahahaa..dia dah kawin akhirnya...hihihihi)

Psst buku ni hubie aku pun x penah tau, bukan x nak bg tau coz buku ni kat umah ma famili, x bawa pun, simpan dalam almari...bila aku rindu zaman sekolah2 aku akan cari ler bahan2 ke buku2 aku yg ala2 arkib kat dalam laci putih aku yg ada kat umah tu...byk benda time skolah2 aku simpan, jgn x caya kad raya zaman sek rendah dari kengkwan pun ada lg...punya lah arkib kan aku ni...hihihihihi

Apa cerita buku tu? emm nanti la aku akan masukkan dlm blog ni bila aku free...aku taip smula la..ok

Slamat malam....

Thursday, August 12, 2010

Rezeki Ramadhan

Salam...

Wee....hati berbunga riang!!!!! :P.
Nape ek? sebab my hubby menang contest...heheheheee
Alhamdulillah..bak kata kakinakl tertunailah hasrat dihati my hubie nak dapat lappy baru..hihihii save budget..MacBook tu..kurang2 mau 3K tu..Syukur Alhamdulillah..rezki ramadhan..
Kalu x caya buka link ni...http://www.astro.com.my/bplayercontest/
 
nasib hubie dah upload kat fb, cilok dia punya jer...hihihihih

To My Hubiee...Congrats Dear!!!

Ramadhan Penuh Dugaan

Salam semua...

Hari ni dah 2 ramadhan kan, Alhamdulillah masih punya kesempatan untuk berpuasa lagi. Tp tak tahulah naper kali ni trasa teruk skit. Sehari sebelum puasa demam dapat la MC 1 hari, pastu dah mula puasa, perut pulak meragam mcm org kena gastrik, sebelum ni x penah pulak. Hari ni pun masih alami situasi yg sama, batuk+selsema+ sakit perut. sabar jerlah kan. Dugaan...cubaann

Ahlan Wahsahlan Ya Ramadhan!

KELEBIHAN SOLAT TERAWIH MALAM KETIGA 
" Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka"

Salam ramadhan ya Sahabat. :D



Lamanyer tuan punya 'rumah' x kemas rumah ni, berhabuk dah rasanya....moh lap2 skit kasi wangi2 n cantik2..kan ramadhan dah datang ni...malulah berhabuk n kusam, x comei jer kalu org dtg bertandang :P ada ker yg datang jenguk?.  Tak kisah lah ada ker tak, yg penting kena kemas. Mcm diri kita juga dibulan2 ramadhan yg mulia. Time2 ni lah nak improve diri tu ngan amal ibadah...huiiiyoooo pahala berlipat ganda tuh..(bg sesapa yg tau mengambil kesempatan, bg yg tak tahu, mesti anggap ramadhan sama jer mcm hari2 lain juga kan)

Oh lupa pulak, by the way kali ni ai bersiaran dari umah my mum kat kluang...wah mak aii adah advance pakai TM internet wireless yg student package dpt free laptop tu. Faham ker aku tulis nih? Laptop x sampai lg, tunggu la 2 minggu lagi kot.

OOPppsss naper ada kat kluang bukan kat ofis? emmm makcik cuti sambut ramadhan la sampai hari ahad ni , pakcik? maaf terpaksa tinggalkan jap dgn izin yer. Apa kes ler, org sambut ramadhan ngan somi, aku leh main tinggal2kan lak, bukan tinggalkan dgn sengaja la, tp ada urusan nak kena uruskan kat kg ni, asyik nak berkepit jer x jadi keje kang,...

Tak mo bebel2 kurang pahala kang ;P

Sempena Ramadhan ni aku nak mohon ampun dan maaf pada semua pembaca blog aku ni yg aku kenal @ tak...jika ada salah bicara, mengguris rasa kalian dengan tulisan2 aku yg x seberapa ni dan selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya disamping keluarga tercinta. SALAM RAMADHAN
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!