Friday, May 28, 2010

Weeee....aku dikampung!!

Assalamualaikum,

Hari ni aku hapdet dari rumah tercinta!! Kluang tersayang!!! Seronoknya dapat balik umah parents nak2 jumper my new niece.. Aisyah Nur Umairah. soo bambam, umo baru 2 bulan lebih jer tp dah mcm budak 5 bulan. (Pic nanti la hapdet) Abis sume gomol dia...nak2 atok la gomol2 dia...Tp dapat jumpe kejap jer ni td dia dah balik kg mak dia lak kat Tenggaroh...huhuhuhuu x dpt main2 ngan dia agi. Tp tak per dah dapat jumpe kira ok la..

YG PASTI SAYA ENJOY...weeee happy holidayy!!!

Tuesday, May 25, 2010

Alahai...

Bismillahirrahmanirrahim...salam

Alahai aku x pernah2 kena tag tetiba Pn Beba dgn baik hatinya telah tag aku utk jwb kuiz ni...(pergghh ni pestime aku tau kena tag, tp cam malas jer nak jawab..jwb gak la. Tak baik tau cian Pn Beba...hehehehe) Tq yer beba.

Ni lah antara soklan2nya;



1. Apa yang akan anda buat bila dapat tahu member anda tikam belakang anda?
Seriuss bengang n marah...kalau ada peluang bleh sound dia, aku buat punya..tp dgn cara berhemah lah. Tak dernya nak tikam balik.
2. 6 orang di hati anda.
(Allah dan Rasul amik kira tak? tu kan mmg dah wajib :) )
  • Ma Husben
  • Mak 
  • Mak Chah ( my beloved untie aka penyimpan mohor besar raja2 hehehhee @ penyimpan rahsia)
  • Abah
  • Adik2ku
  • Arwah nenek
3. Anda rasa anda comel?
Comel? Iya...haruslah..plus montel hahahahaa

4. Single or taken?
Taken already ma...

5. Blog yang anda suka….
 Crafting blog...tp craft aku x siap2 lg..contest @ GA blog, blog kengkawan

6. Adakah bilik anda kemas setiap hari?
Anda rasa? :P

7. Lagu terakhir yang anda dengar?
Ntah x ingat...makcik mudah lupa akhir2 ini. huhuhuhuhu

8. Last text message..
To Ummi @ KLSS - i really waiting for the cake!!

9. Last phone call..
kaki gayut tepon tau!!...dgn ma colleque

10. Hari terakhir anda menangis
Kuat nangis @ kememer (tau tak maknanya? org jawa kata cengeng)

11. Five-5- favourite colour
  • Biru
  • Hijau
  • Biru+hijau
  • Pink
  • Krim
12. Orang terakhir YM?
 x hengat gak..

13. Game paling anda suka?
game?....emmm scrabble game online...


14. Apa perasaan anda menjawab tag ini?
Kerna terpaksa..



15. Anda rasa tag ini best?
Blum cukup mantop...:P



16. Tag lagi 10 orang.
Kita blum ramai kawan laaa...mana nak dapat 10...huhuhuhuuu...takkan nak tag balik kawan yg telah tag kita. Bleh gitu? :P



tu jer arr yg bleh di tag...sowii yer




Sunday, May 23, 2010

KLSS @ KEK LAPIS SELMAH SALLEH

Bismillahirrahmanirrahim dan Assalamualaikum semua!!

Fuhh...fuhh, tiup dulu dah berhabuk rasanya 'umah' aku ni. Dah dekat seminggu x hapdet pun, x sempat rasanya mcm letih jer.. (byk ke keje?)

Oklah straight to da point k. Kali ni aku nak wat promote skit pasal tajuk kat atas tu, actually aku x jual pun kek lapis tuh, api tolong kengkawan since dia x ada blog. Guna FB jer. Aku lak dah promise kat dia nak watkan n3 utk dia kat blog aku .(No komisyen tau, tolong2 jer..bantu membantu. nak buat x reti :D )

Dia ni kawan masa degree kat Mascomm dulu satu course lain kelas. Sekrang ni bakal jd guru. Tgk cikgu pun bleh cari duit lebih tau...heheheee. Aku dah rasa pun kek ni mmg bestt sgt n sedap. tak tipu, kek dia lembab..tak la kering sgt, siap dah order tau. So wat per nak tipu. Dia mmg budak Sarawak n tinggal kat Semenanjung ni, so bukanlah baru blaja2 k, dah mmg asal sana...korang pk2 la sendiri.

So Jom Layan...

Bak kata tuan punya diri..iaitu Puan UMMI

"'Tidak perlu terbang jauh untuk menikmati keaslian cebisan kek lapis Sarawak. Nah!!! Pelbagai jenis Home Made kek lapis Sarawak disediakan khas terus ke rumah anda!!! Adunan sempurna menggunakan butter berkualiti tinggi menjadikan pengalaman anda ketika menikmati kek ini tidak akan dilupakan.
Kek ini mudah dipelpagaikan kegunaanya seperti hadiah untuk tetamu ketika meraikan majlis perkahwinan, majlis cukur jambul cahaya mata, majlis aqiqah, hadiah korporat, majlis hari jadi insan tersayang dan apa saja yang anda idamkan, Perkhidmatan kami meliputi: bungkusan hadiah majlis istimewa, penghantaran terus ke rumah anda"


Kek Lapis Cadbury yang paling best .... 8x8" = RM 90

Kek lapis idola 8x8"= RM 90, separuh RM 45 

ni contoh kek lapis cadbury yg telah dipotong2...pergghh sedap beb tu nampak coklat tu 
(sapa yg suka coklatlah)

Kek Lapis Oreo 8x8" = RM90 , kalu nak separuh 8x4" = RM 45

Ada lagi tp kalu korang yg ada fb tu bleh cari kat.... www.facebook.com/usalleh kek atau cari Salleh Naziha U @ ni aku bg biz kad dia...sesapa yg nak order esply warga lembah klang calling2 la dia. Tester disediakan.. Jgn malu2... k enjoy it



p:s : Ummi hope ko baca n sukee...aku bantu apa yg patut jer..wish u success in da biz n jd cikgu yg berjaya...Amin. (Pasni kang naik rating ko tuh!!) :D

Tuesday, May 18, 2010

Be KedaiGambarKami top referrer contest & wins FREE photobook!!

Be KedaiGambarKami top referrer contest & wins Free photobook!!!



im joining the above contest. its soo easy...my referer is pn izan
ok

Akhirnyaa..My first lucky GA!!

Alhamdulillah akhirnya pn beba telah pun announce benda yg aku ternanti2kan ni, bukan apa dia dah maklumkan kat i benda ni awal2 lg dah, cuma reveal jer blum, tu yg i nanti2kan sgt tuh.. mcm dia kata kat bawah tu.. 
ni clue yg dia bg tuh...dah la ni 1st time aku visit her page. jenuh gak nak godak cari gambo si kenit tu!!

ni pula aku nyer jwpn...auuww malu aku (nampak ngat mcm keterujaan melampau...ahakss)

ni la hadiah yg bakal dihadiahkan...cantik i like u!!

Terima kasih daun keladi la buat pn beba coz buat GA ni...lainkali bleh join lagi..

Ada Apa Dgn 18 Mei?

Happy anniversary to all Phoenicians!!! (Psstt hanya geng tu jer yg tau ;P)

Mengimbau sejarah setahun yg lepas...

Pada tarikh keramat ni setahun yg lepas aku bersama dgn 333 org telah melapor diri utk melaksanakan misi. (cheeh suspen jer bunyi). Mau tak i am one of da lucky person who enter da Premier Services (ada yg x tau apa menatang tuh?...gi cari kat en. google). Igt senang ker nak join, ramai giler yg berebut2 tuh, siap ada yg cari makan dgn buat blog ttg kerja tuh, buat  buku la, ebook etc, punyalah nak dapatkan tips utk join kerja tuh..tp aku Alhamdulillah rezki....smooth jer, cuma last stage jer ada skit sangkut, tp nasib derang bg chance.

Balik pada tajuk kat n3 tu, yer arr setahun yg lepas time2 ni (mlm dah ni) aku n gen, telah dikerah tenaga dan keringat dgn pelbagai xtvt kat Bukit Lagong. (Kat mana bukit lagong tu? aku dulu pun mati2 la igt lagong tu jauh ngat, rupenyer kat selayang jer wehh) mmg tpt dia skit mencabar, dgn hp x bleh bw, tido yg x mencukupi etc.

Pelbagai pengalaman, rintangan dan halangan yg terpaksa aku dan rakan2 tempuhi. Hanya Allah yg tahu. (sumenya dibuat utk melahirkan sorg officer yg berjaya)...so pada rakan2 di luar sana. Aku doakan smoga kita berjaya mengharungi cabaran2 mendatang. (Issshhhh....aku x bleh hurai lebih2 coz kira PNC tau silap2 bleh kena tindakan...so ceta sipi2 jer....hehehehehee)

Once again Happy Anniversary @ Besday to all the Phoenicians

Hidup Selepas Adamaya? :P




Salam sume....

Hahahahaa...gilerrr arr penangan Adamaya ni, even my hubie yg x suka tgk drama melayu pun bleh addict (tahniah to the director). Elehh dia jawab balik apa tau...'I suka tgk Amani jer, kalau x kerana Amani yg cute tu x adanyer i tgk'...isshhh kira penangan gak la tu kan...

    si comei Amani yg menjadi pujaan ramai...gilee uols glamer tuh!!

comeeiiii nyerrr!!

Emm...so ceta dah habis last week..payahla nak jumpe lg ceta2 yg menarik mcm ni...sampaikan somi2 yg x minat (mcm somi i tu)...tunggu jer laa kan ceta baru laks..

Monday, May 17, 2010

NAPER NAK JOIN GA KENA JADI FOLLOWER?

Aku ni bleh dikatakan dah addicted ngan GA ni, nak2 lak ada sifu mcm Kak Suzie yg bestt tu..
HEHEhehehee...yer arr, hari2 mesti tgk blog dia tau, coz dia mesti hapdet GA baru, aku pun follow arr...kalu x faham then aku tanya dia. Dia ngan baik hati akan menerangkan kat aku itu dan ini. (kak suzie ni entri 'kipass' ker? hahahahahaa)Tak kedekut ilmu tau..cikgu la katakan,ahakss

Ishh balik pd n3 aku tuh, yer arr aku lately ni ada gak terfikir, sume organizer2 GA mesti tulis kat syarat2 yg wajib diikuti utk join GA derang mesti jd follower. Mesti lepas tu follower berdentum2 naik punyaaa. Tp ikhlaskah follower tu? dah habis date GA derang mungkin ada yg x follow lg, so mesti menurun smula follower. (Mesti lepas ni ada organizer bengang ngan n3 aku n disqualified aku kan. ada ke?issh nampak ngat x ikhlas tau)

Mmg ar wat GA salah satu main factor tu nk ramaikan follower, tp kalau dah blog x menarik, nothing can attract reader, nak ke derang follow? (sendri mau ingatla) Biar la x ramai follower (mcm aku ni 2-3 kerat jer kan) tp janji derang setia membaca blog kita, ikuti perkembangannya.(setia ke?jwb kak suzie...heheheee)

Cuba buat syarat2 GA tu lain dari yg lain...(ko buat arr dlu, sibuk suh org buat...:P)

p/s: sekadar luahan dr aku, harap x ada sesapa yg terasa.

Berpisah Jua Kita Akhirnya...

Huhuhuhuhhu....cam sedih jer kan bunyi tajuk kat atas tu kan. mana tak sedih coz jodoh aku ngan si dia dah berakhir semalam. Hah aku dh bercerai? Eh nonooonoooo...minta dijauhkan nauzubillah. Ishh bukanlah...ni jodoh aku ngan encik lappy aku tuh. Aku dah pun letgo lappy comei aku tuh kat budak UKM, aku advertise kat mudah dekat 1 week gak, then ada gak org nak bli, aku pun lepaskan lah...huhuhuhuhuuuu
ni la encik lappy yg hanya bertahan selama 3 bulan jer ngan aku....byk gak jasa2nya

So sekarang aku guna apa? Ishh mak dah naik pangkat skit, guna IMAC...hahahaha bukan nak berlagak, IMAC pinjam jer, en hubie punya...dia kata nak bg i terus, dia nak beli IPRO...perrrghh x hengat. Dapat yg 2nd hand jer la aku ni...:(
Kira ok gak la dari tak ada, belajar2la bersyukur kan...

Sunday, May 16, 2010

Contest "Cuti-cuti di Cherating"

Aku sertai peraduan ni, tarikh tutup 19 May 2010

Oleh kerana aku tak pernah menginap di Cherating jadi aku sertai ketegori

cool myspace layouts B)Percutian Impianku di Cherating cool myspace layouts


Oktober bakal menjelang dan thn ni genaplah 2thn usia perkahwinan kami. Jadi dengan menyertai peraduan percutian impianku di Cherating akan bakal meralisasikan bulan madu kami buat kali ke 2.
Nape pilih Cherating? Lah namanya pun bulanmadu, bulan madu kalau dgn pasangan mmg tak dapat dipisahkan dengan pantai. betul tak? (1st time bulan madu pun kat Langkawi)
Kalu dapat ke Cherating teringin la menginap kat Impiana Cherating.( Nape impiana? Ishh i mmg suka dgn perkataan impiana tu, tgk la nama blog i tu, asfiedaimpiana. Kalu translate impiana tu maknanya impian saya..sebab Ana tu perkataan arab, dlm melayu maknanya saya)

perghh tgk la pemandangan di impiana waktu mlam, cantik tak? mana tahan beb - amik dr web impianacherating.com


Impian percutian ku di Cherating?
Apa yer? emmm..myspace layouts codes


ni bilik kat impiana cherating - sumber webpage impianaresort cherating

Aku harap bilik yg aku nak check in nanti akan dihias seperti ini...


kemudian...pergi pantai
sambil melihat matahari tenggelam macam ni


macam ni...emm sungguh romantik
kemudian makan malam secara 'candle night dinner' macam ni..
serta dikejutkan dengan ini..

Pagi-pagi pihak hotel sediakan ini..






kemudian bilik mandi dpihak hotel buat mcm ni...




dan mandi bersama macam ni...(gamba illustrasi jer..x adalah nak minum wine mcm tu)

Lepas dah puas semalaman berbulan madu, jom kita ke jalan-jalan cari Makan!! kat mana?

Aku rasa nak la jenguk2 bandar kuantan (psstt...aku penah keje kuantan, tp x penah pun bercuti kat cherating tuh!!) kita gi cari Kepok Lekor Mok NA kat area Tg Lumpur....power tuh!!


dan yang mesti aku akan buat ialah...berjumpa dengan GENG BUS SKOLAH aku yang memang duk kat Kuantan tuh...rindu wooo!!!
perghh...mesti tidak bisa aku lupakan percutian tersebut!!!! (kira 2 dlm 1 - honeymoon jumpe kengkawan!!!)


Tima kasih la pada penganjur YTT yang sudi menganjurkan peraduan ni yer..harap2 adalah rezki hendaknya..Amin



Create your own banner at mybannermaker.com!

Friday, May 14, 2010

Sararisa GA

Ishh masalah kalu dah addict ngan GA ni, so ni entri terbaru ai tau ttg SARARISA GA...cepat2 nak tutup dah ni brapa hari jer tinggal...


ni la GA yg disediakan...menarik tu due date 18 may.

GA ni dibuat sempena besday SARA yg akan datang, didoakan semoga SARA panjang umo dan murah rezki slalu!!

so sesapa yg nak join klik la SINI

OBSESI AKU!!! @ CONTESTT

Ntah naper aku makin menjadi2 gilerrrr dgn contest..mcm ketagih 2 addict sesangat, pantang nampak borang peraduan, aku amik n baca n tgk rules n regulation n how to join, kalu senang n x memerlukan cost yg tinggi, akan aku join, tp yg memerlukan cost tinggi minta maap!!.

Aku anggap contest ni dah mcm hobi aku je, sejak kecil aka zaman sekolah rendah lg, aku dah berjinak2 dgn contest, x kira la apa pun..(walau byk yg x menang tp x mematahkan semangat aku..)

Igt lg masa time Diploma..aku kena wat 1 tugasan ke Balai seni lukis negara, aku gi ngan kawan aku Zahidatul, naik la LRT, tiba kat kaunter nak beli tiket aku nampak ada borang peraduan, aku amik n baca sepanjang jln, pastu time balik aku masukkan kat box kat stesen LRT.

Nak jadi ceta, aku menang n 1st Winner lg...surat smpai kat kluang, mak yg tepon bg tau kat aku. Dah tu kena gi amik sendiri kat LRT Dang Wangi n da date is same date with my quiz test kat faculty (subjek food sains, kalu x silap)...aku kena ada kat tpt amik adiah tu sblm kul 1pm, test tu mula kul 10am...aku wat test tu ntah2 apa2 ntah, kul 11.30 aku dah submit n gegas ke keel nak amik hadiah..nasib la bab2 public transport ni aku mmg dah mahir...sampai kat tpt tu dekat kul 1 gak..berpeluh aku dibuatnya..n lucky da prize giving ceremony tu aku sempat amik...Hadiahnyer? Makk Aii Hamper mkanan dekat sama tinggi dgn aku!! (korang cuba bayangkan mcm mana aku nak bw balik naik lrt n bas?) then kat lrt worth RM300..best tuu!!!
Nak tak nak aku tepon uncle aku minta tolong anto aku alik S.Alam, aku kata aku kat LRT Dang Wangi seblah Balai Polis (Pak cik aku terkejut dgr aku kat balai polis n he so worried!!)
Aku terpaksa naik LRT ke stesen Setiawangsa, (korang bayangkan lah susah giler aku mengusung hamper tu, n mata2 yg memandang..)

2nd hadiah -(aku ceta yg beso2 jer la, bukan riak, cuma mengabadikan dlm blog ni jer) aku menang set Home theater LG worth RM599 tp guna nama mak aku..kira dia la yg menang...aku masuk gak tp nama aku x naik, (aku kalau masuk contest habis nama famili aku guna, kita tgk sapa yg kena hehehee) Time tu aku kat umah, dah kena lak gi ke Kl amik...mak koo bapak beso giler nak bw set tu..nasib ada encik boyfren (now hubie la) yg tolon anto ke pudu...

hadiah2 lain yg penah aku menang, peraduan sms courts mammoth (CD player sharp)..
jam swatch (peraduan oreo) lg? ...oo hadiah footsall DiGi @ Era kat Stadium Melawati Shah Alam, (kontroversi tu!!) mana taknya MC announce pls find sticker kat seat, then yg jumper kawan aku kat seat dia, tp dia xmo, aku la gi, tendang plak bola (linda on jd keeper) masuk tu!!...n im a DiGi user.. dpt la hadiah worth 1k...(500 cash - tp lama nak mampus br dapat, 500 prepaid)..tp yg ni paling kontroversi..u guest what? malas la nak ceta biarlah rahsia. hehehehe

tu jela hadiah2 yg penah aku menang...hahhahaa. Tp aku masih lg x berputus asa!!! Chaiyo!!!
Betul tak kak suzie?

STRessss & TEnsEN Jer

SAbo jelah kan, aku pun x tau naper ngan lappy aku ni, aku tgh bersemangat nak menulis ni, dia wat hal, tu yg n3 sblm ni jd lain, aku buat lain bila post jadi lain...eeeee
Dah la tgh berkobar2 nak hapdet n3 ni (semangat tgh membara seperti pemain2 badminton yg nak turun lawan China petang ni...ChaiiYOO MESIA TEAM!!!) (Sempat lg tuh...hehehehehe)

Wahai la lappy jgn la kome wat hal yer...aku nak hapdet stori yg byk ni, dah berhabuk blog aku seminggu ni..

Kebetulan aku lak cuti hari ni, tp esok kena keje woo...1 hari tuh!!

*Weekend yg penuh agenda di PUTRAJAYA ni dengan HARI BELIA xtvt..esok JOM HEBOH Edisi HARI BELIA...konon nak gi skoding n snapping pektures, tp cam malas woo..dah namanya cuti!!*

Hadiah The Star "Everlasting Love" Velentine's Day

Huhuhuuu....setelah 3 bulan berlalu, akhirnya hadiah yang ku tunggu2 dah dapat...bukan lambat pasal delivery, tp lambat x pergi amik kat HQ The Star tu...
Actually aku mmg xsambut velentine tu pun, tp kebetulan The Star wat contest, ku suh la hubie masuk via tweeter dia, itupun dah last day dia anto setelah puas ku pujuk rayu...maklumlah inglish dia power n ayat pun aras tinggi, aku ni inglish ayat tahap bawah jer...yg xtra vaganza nyer ayat aku x reti, tuh yg suruh dia masuk. Alhamdulillah nak jd rezki dpt la gak consolation prize worth RM950...



hubie bersama hadiah yg dimenangi...


tak sabar nak tau isi perut, x sempat nak balik umah..buka dlm keta jer, tu pun masih depn HQ The Star...hehehehe


ni la hadiah yg paling mahal..(utk aku la tuh)...facial treatment yg bernilai RM400...ajer gilos aku nak bazir duit byk tu, nasib free. :D



ni la antara isi perutnye (maaf pic terbalik, aku dah puas adjust, [tp x mo lak tegak angin jer]...
hadiah2 yg dimenangi..
-NH Detoxlim capsul (125 biji, bolehla aku kempiskan perut aku dlm masa sbln 1/2..ahaks)
- 2 kotak NH Colla-plus drink (auww..mak nyer kulit akan jd tegang gitu)
- 2 Murad Clarifying cleanser voucher (nak kena tebus sblm 31 Mei 2010..tak lama dah tu)
- Tripollar Facial Treatment (pekebende tuh?)
semua ni ANA yang punya...yela takkan hubie aku kot nak guna? Dia dgn berbesar hati pas kat aku (mmg pun aku yg punyer walau dia x bg, aku tau dah ...hahahaha)
perghh bleh tahan beb hadiah conso...mana aku x ketagih join contest, sampai hubie aku pun jd mangsa (slalu gak kena marah ngan dia, coz dia tensen aku asyik push2 dia jer..huhuhuu. tp aku tetap tak putus asa!!)
akan ada contest lg ni..nak2 tgh nak World Cup ni..banyakk WOOO!!! tunggu!!!

Sunday, May 9, 2010

PASAR MINGGU KAMPUCHEA

Hari ni kebetulan kena jaga kursus di Morib seminggu (hari khamis lg dah mula)...nak jadi rezki n cerita me n hubie pergi la ke pasar minggu ni a.k.a PASAR BORONG KANCHONG DARAT yang terletak di kaw. Kanchong Darat Banting...emm quite interesting..byk jual kain2 pasang borong.

inila signboard pasar tuh..

Tp yang bebenornya nak cari bukan kain baju tp sosej je...

ni lah sosej yg diidamkan


hek eleh sosej jer ker? Tp jgn main2 sosej ni mmg power best..buat sendiri oleh org kampuchea yg duk area tuh..sedap, tak sedap di goreng tp dibakar..terasa rempah2 dia mcm sate.. ada ummpphh.

Sosej ni hubie aku yg ngidam, coz dia terbaca artikel ni kat paper the star,tu yg gi cari tu...sebelum di bakar skit nyer beso tp dah kena bakar kecut jer...hehehehe

Sunday, May 2, 2010

Aku Join Giveaway Ni ~

Hari ni aku join giveaway ni..senang jer nak join..korang klik jer SINI!!
Syarat-syarat nyer senang jer...

1.Mesti jadi follower blog ni...paksaan ni
2.Pastu kalau boleh add la link blog ni dalam bloglist korang..senang nak tau sebarang update dari aku :P
3.Tinggalkan link blog anda di ruangan komen di entry ni..

cepat-cepat join SINI!!

Yeaayy I Win My 1st Giveaway!!

WEEEE.....aqak menang.!!! Ni haa...orang tak perasan yg Beba @ Love U n Me Contest ni ada buat 1 giveway...maklumlah entri tu beba tulis kecik ngat...inya bukan entri khas..cuma sapa yg baca jer perasan..tgh mlm td time tgh dok usha2 blog si beba ni..aku terbaca komen dia yg giveway dia buat tu x ada sambutan, bila aku cari..mmg x ada org jawab lg..tu yg aku godak2 cari ler jwpn tu..

ni la gambo si Alif dgn pinky gurl ni..si beba suruh teka sapa gerangan pinky gurl ni..

ni pulak jwpn @ comment aku n beba nyer respon..

Seronok aku 1st time menang..walau x tau apamende hadiahnya..x kisah arr tuh..janji WIN. Tq juga nak ucap kat Beba yg byk beri komen n m'betulkan entri aku dlm join contest dia tu..maklumlah aqak baru jer berkecimpung dlm giveaway ni, masih blaja lg..tu pun nasib ada 1-2 tok guru yg sudi ajar...:D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers

Saat Kasih Bersemi

Daisypath Anniversary tickers

The Best Place To Purchase Gift!!